Jenama Casio sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan penggemar jam tangan digital di negara kita terutamanya menerusi produknya, G-SHOCK.
Malah tidak dinafikan, komuniti peminat dan pengumpul jam G-SHOCK di Malaysia cukup besar. Tampil dengan harga yang kompetitif dan mampu milik menjadikan G-SHOCK sebagai antara item buruan ramai penggemar jenamanya.
Terbaru Casio telah mengumumkan kerjasama istimewa mereka yang bersifat lebih lokal dan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini terutamanya bagi peminat pasukan bola sepak kebangsaan, pasukan Harimau Malaya.
Kerjasama Casio bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tekah diumumkan pada minggu lalu. Kerjasama FAM bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula secara rasminya pada 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Dalam sebuah acara berlangsung di ibu pejabat FAM minggu lalu menyaksikan perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
ITEM WAJIB PENGUMPUL
Ia merupakan satu berita baik khususnya buat peminat G-SHOCK tempatan yang pastinya mahukan koleksi kolaborasi ini sebagai item wajib ada dalam koleksi mereka.
Ads
Bersempena perjanjian dan penajaan tersebut, Casio turut memperkenalkan edisi khas G-SHOCK Harimau Malaya. Pengenalan edisi istimewa ini dilihat selari dengan perjuangan pasukan kebangsaan yang masih ada baki tiga perlawanan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Tajaan FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, tajaan daripada syarikat elektronik gergasi Jepun menerusi pengedar rasminya itu adalah tanda bola sepak negara telah mula mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta
di dalam Malaysia.
“Keadaan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Mac 2020 tidak menghalang syarikat-syarikat swasta ini untuk tampil menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan.
“Menerusi kerjasama ini, saya pasti ia akan menjadi motivasi untuk pemain-pemain skuad Harimau Malaya memulakan kembali kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat pandemik,” kata Datuk Hisamudin.
Ads
SOKONGAN KEPADA PASUKAN NEGARA
Jelasnya lagi, sokongan daripada syarikat-syarikat korporat ini adalah sebahagian daripada usaha Datuk Haji Hamidin selaku Presiden FAM yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti serta nilai komersial badan induk bola sepak negara itu.
Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-SHOCK edisi terhad ini, Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi
Harimau Malaya dengan nombor siri 001 daripada Encik Tezuka Itsuro.
Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.
Ads
Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.
Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.
Jadi buat anda peminat G-SHOCK dan pasukan Harimau Malaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan koleksi limited edition ini!
Sama ada anda berkerjaya tidak memakai tali leher sekali pun, namun dalam beberapa jenis keadaan ia memang diperlukan sebagai pelengkap gaya lelaki.
Buat anda yang tak tahu cara-cara untuk memakai tali leher tentu anda rasa leceh untuk mengikatnya. Sudahnya tali leher anda jadi tidak kemas, senget, terpendek atau terpanjang.
Hakikatnya, tidak susah mana pun untuk memakai tali leher asalkan anda tahu cara betul untuk mengikatnya.
Untuk yang baru sahaja nak berjinak-jinak untuk memakai tali leher, ini ada tip yang boleh membantu anda mengikat tali leher menjadi lebih kemas.
Selamat mencuba!
Cara-cara mengikat tali leher
Berikut merupakan cara-cara mengikat tali leher. Ikatan tali leher terbahagi kepada empat jenis ikatan iaitu:
1. Ikatan Tali Leher: Four In Hand
Ikatan Four in Hand ini merupakan ikatan tali leher yang popular dan paling mudah untuk dipakai. Ia membuatkan tali leher tampak tirus dan sedikit asymetrical. Ikatan ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja berkolar tajam, mempunyai bukaan rapat dan kolar jenis berbutang (button down).
Ia juga sesuai diikat menggunakan tali leher yang mempunyai fabrik tebal. Walaupun sesuai digayakan oleh semua golongan, namun ikatan ini nampak lebih cantik apabila dipakai oleh lelaki berleher pendek. Ia juga sesuai digayakan untuk pemakaian smart casual.
2. Ikatan Tali Leher: Half Windsor
Ikatan Windsor berasal daripada Duke of Windsor (secara rasmi Edward VIII) pada tahun 1930-an. Ia mula menjadi ikutan kerana ikatannya lebih kemas dan cantik dengan bentuk segi tiga. Half Windsor merupakan ikatan yang sesuai buat bukaan kolar yang sederhana lebar berbanding ikatan Single Knot.
Ia merupakan ikatan tali leher yang lebih besar daripada Ikatan Four in Hand tetapi lebih kecil daripada ikatan Windsor/ Full Windsor. Sesuai disepadankan dengan tali leher berfabrik ringan dan medium.
3. Ikatan Tali Leher: Windsor/ Full Windsor
Windsor merupakan ikatan tali leher yang tebal dan sesuai untuk bukaan kolar yang lebar (spread collar dress shirt) dan luas dengan bentuk segi tiga. Windsor ini menjadi ikatan kegemaran ramai orang korporat dan golongan profesional serta sesuai dipakai untuk temu bual kerja, pembentangan dan mesyuarat bersama orang penting.
Untuk pemakaian yang betul, tali leher yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 4 cm (1.6 inci) lebih panjang daripada tali leher konvensional biasa. Bagi yang ingin mencuba ikatan ini, pastikan ia digayakan dengan tali leher berwarna gelap dan corak yang tidak begitu menyerlah.
4. Ikatan Tali Leher: Shell Knot
Ikatan ini juga dikenali sebagai Shelby Knot atau Pratt knot . Ia merupakan cara ikatan lama yang sesuai untuk pemakaian formal, business casual dan casual, bahkan sesuai dipakai untuk tali leher yang berfabrik ringan dan medium. Ikatan jenis ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja kolar bersaiz kecil dan tajam.
Selain empat jenis ikatan ini, terdapat juga teknik lain mengikat tali leher yang boleh anda cuba.
Kelvin Knot
Oriental Knot
Nicky Knot
Victoria Knot
Cafe Knot
Kepanjangan Tali Leher
Dah tahu macam-macam jenis ikatan tali leher, pastikan kepanjangan tali leher juga diambil kira. Jangan sekejap panjang, sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher yang anda pakai itu ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
Semoga perkongsian ini memberi anda manfaat dan selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans adalah ‘trademarked’ istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.
Nama asal panggilan seluar jeans/denim adalah ‘waist overalls’.
Denim dicipta untuk pakaian si pelombong emas pada kurun ke 18 tetapi telah menjadi trend sehingga ke hari ini.
Kegunaan poket kecil yang terdapat pada jeans/denim adalah untuk si pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.
Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. mencipta paten celana tersebut.
Denim jua diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jauh di sudut hati setiap lelaki mereka cukup takut akan perkara ini. Bila rambut mula gugur dengan sendiri terutamanya di bahagian atas atau tengah kepala, ia merupakan mimpi ngeri menjadi kenyataan!
Percayalah, tiada seorang lelaki pun mahu tampil dengan imej kepala dengan rambut tapi botak tengah. Ya, setiap orang mungkin akan alaminya namun berbeza-beza mengikut usia dan juga gaya hidup.
Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh genetik. Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ikuti 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.