Jenama Casio sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan penggemar jam tangan digital di negara kita terutamanya menerusi produknya, G-SHOCK.
Malah tidak dinafikan, komuniti peminat dan pengumpul jam G-SHOCK di Malaysia cukup besar. Tampil dengan harga yang kompetitif dan mampu milik menjadikan G-SHOCK sebagai antara item buruan ramai penggemar jenamanya.
Terbaru Casio telah mengumumkan kerjasama istimewa mereka yang bersifat lebih lokal dan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini terutamanya bagi peminat pasukan bola sepak kebangsaan, pasukan Harimau Malaya.
Kerjasama Casio bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tekah diumumkan pada minggu lalu. Kerjasama FAM bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula secara rasminya pada 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Dalam sebuah acara berlangsung di ibu pejabat FAM minggu lalu menyaksikan perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
ITEM WAJIB PENGUMPUL
Ia merupakan satu berita baik khususnya buat peminat G-SHOCK tempatan yang pastinya mahukan koleksi kolaborasi ini sebagai item wajib ada dalam koleksi mereka.
Ads
Bersempena perjanjian dan penajaan tersebut, Casio turut memperkenalkan edisi khas G-SHOCK Harimau Malaya. Pengenalan edisi istimewa ini dilihat selari dengan perjuangan pasukan kebangsaan yang masih ada baki tiga perlawanan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Tajaan FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, tajaan daripada syarikat elektronik gergasi Jepun menerusi pengedar rasminya itu adalah tanda bola sepak negara telah mula mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta
di dalam Malaysia.
“Keadaan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Mac 2020 tidak menghalang syarikat-syarikat swasta ini untuk tampil menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan.
“Menerusi kerjasama ini, saya pasti ia akan menjadi motivasi untuk pemain-pemain skuad Harimau Malaya memulakan kembali kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat pandemik,” kata Datuk Hisamudin.
Ads
SOKONGAN KEPADA PASUKAN NEGARA
Jelasnya lagi, sokongan daripada syarikat-syarikat korporat ini adalah sebahagian daripada usaha Datuk Haji Hamidin selaku Presiden FAM yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti serta nilai komersial badan induk bola sepak negara itu.
Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-SHOCK edisi terhad ini, Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi
Harimau Malaya dengan nombor siri 001 daripada Encik Tezuka Itsuro.
Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.
Ads
Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.
Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.
Jadi buat anda peminat G-SHOCK dan pasukan Harimau Malaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan koleksi limited edition ini!
Anak lelaki kepada pasangan tersohor Hollywood, Will Smith dan Jada Pinkett Smith ini bukan calang-calang. Namanya cukup besar lebih-lebih lagi dalam dunia fesyen, pemilihan fesyen yang out of the box melayakkan dia bergelar ikon fesyen untuk generasi muda hari ini.
Ini sebabnya…
Bila Jaden menjadi wajah Kempen Koleksi Wanita Louis Vuitton
Jaden menjadi lelaki pertama dilantik sebagai penghias kempen koleksi wanita Louis Vuitton, untuk musim bunga/panas 2016. Kempen iklan bertema ‘The Heroine’, Jaden menyarung ‘pleated skirt-suit’ yang secara tipikalnya disarung kaum wanita.
Jaden sendiri menyatakan peluang bekerjasama dengan dengan LV merupakan satu kepuasan bagi dirinya yang sukakan sesuatu yang baru.
Dirinya adalah kanvas
Setiap kali di karpet merah, Jaden bebas memilih helaian avant garde yang ada kalanya di luar kotak pemikiran kita, terlalu rumit untuk dilihat.
Senang cerita, campak apa sahaja, anak muda ini mampu membawanya dengan penuh keyakinan sekali.
Fesyen rambut? Semua Jaden boleh!
Fesyen rambut Jaden yang cukup unik melambangkan stail baru anak muda masa kini.
Bukan sahaja stail bahkan dia ‘nailed it’ setiap warna rambut yang diberi – merah, ombre hijau kuning, semua nampak sempurna.
Bahkan stail braid sebegini juga…
Jaden juga seorang musician
Jika tidak menghadiri minggu fesyen, berlakon, Jaden lebih senang menghabiskan masanya menulis lagu. Muziknya juga boleh tahan, vibe boleh buat korang ketagih.
Jadikan G-Dragon sebagai ikon
Sebelum ini kecoh Will Smith terbang ke Seoul, Korea Selatan semata-mata mahu membawa Jaden Smith bertemu dengan ikon muzik, G-Dragon.
Jaden menjadikan anggota kumpulan Big Bang itu sebagai idolanya dalam mengembangkan kariernya sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat.
G Dragon Is My Inspiration.
Ke mana sahaja berada, kesihatan kena jaga
Buktinya, di tangan sentiasa ada bekalan mineral water ataupun coconut water supaya kekal hidrasi. Orang kita kena ikut benda ini, tak adalah asyik minum air manis sahaja.Lagi satu hal, pegang botol air pun nampak cool okay…
Anime sendiri?
Jaden Smith juga mempunyai anime show sendiri, bertajuk Neo Yokio di Netflix. Best atau tak, korang kena tonton dulu baru kritik.
Gigi emas
Ya, pernah mengejutkan ramai bila tampil bergigi emas bersama tas tangan unik. Nak tahu tak tas tangan itu dari rambut Jaden sendiri yang digunting. Boleh aje…
Cool kan….. Pakai apa sahaja nampak elok. Untung sangat!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santunnya. Memang tu lumrah dari dulu pun. Baru-baru ni satu kumpulan anak muda telah menyediakan satu website untuk anak muda pulang mengundi di kawasan masing-masing. Ini bagi yang bekerja di Kuala Lumpur dan pusat mengundi mereka jauh sehingga memakan perjalanan berjam-jam.
Saat diumumkan pilihanraya ke 14 ini akan diadakan pada hari rabu 9 Mei, mulalah rakyat Malaysia tak tentu arah nak balik mengundi ataupun tidak kerana kesuntukan masa. Ketika itu, topik ini hangat diperkatakan di laman twitter sehingga anak muda menggunakan hashtag #pulangMengundi.
Ia bermula dari seorang di Twitter yang menawarkan carpool untuk pulang ke kampung halaman. Dalam tweet tersebut, beliau menawarkan sesiapa sahaja yang tidak dikenali untuk menumpang beliau ke kampung halaman. Ternyata ia mendapat sambutan hangat apabila mereka yang lain meminta dan menghulurkan bantuan bertanyakan kepada sesiapa yang nak ke pusat mengundi yang sama.
Demi memudahkan perbualan dan pencarian, sekumpulan anak muda telah membuka satu website di Twitter, Instagram dan Facebook kepada mereka yang ingin ke pusat mengundi dan tiada pengangkutan awam. Kira ini bantuan sesama rakyat la. Korang yang masih tak ada pengangkutan dan nak tumpang geng-geng ni, boleh ke Twitter dengan menggunakan #balikmengundi dan #CarpoolGE14 ataupun ke carpool.pulangmengundi.com Kalau Sabah/Sarawak tu maaf lah, korang kena naik flight jugak 🙂
Cayalah anak muda Malaysia! Keep it up!
Selamat pulang mengundi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sangkaan anda meleset kerana lelaki kurus juga berdepan dengan banyak cabaran dalam menggayakan fesyen.
Lelaki kurus jangan bimbang. Praktikkan 8 gaya fesyen ini supaya anda lebih stylo dan tak nampak sekeping lagi. Check this out!
1. BETULKAN CUTTING
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, sebaiknya anda tempah baju pada tukang jahit. At least takdelah nampak macam anda pinjam baju ayah, abang atau kawan yang badan lagi besar daripada anda.
2. PAKAI LEBIH SELAPIS
Kerapkan memakai baju berlapis untuk menampakkan yang anda lebih besar. Misalnya anda pakai t-shirt kemudian sarungkan jaket ‘varsity’ atau kemeja yang lebih besar sedikit untuk lapisan luar. Pastikan pemakaian baju berlapis ini mengikut cuaca. Elakkan baju berlapis jika cuaca terik. Cara ni boleh memberi ilusi badan anda lebih berisi.
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk lelaki berbadan kurus, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat, elak memakai ‘skinny fit’ kerana ia boleh menampakkan tubuh anda yang kurus.
4. ELAK PAKAIAN LONGGAR
Pakaian longgar memang boleh buat anda rasa selesa. Namun elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar kerana ia akan menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang mengatakan pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan anda itu salah.
5. ELAK AKSESORI BESAR
Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana ia akan menampakkan yang anda serba tak kena. Misalnya anda memakai jam tangan besar, pasti orang lebih nampak jam tangan anda dahulu berbanding mereka melihat anda.
6. ELAK CORAK MENEGAK
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi bagi anda yang sememangnya sudah kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakailah baju bercorak melintang untuk memberi ilusi badan anda lebih berisi.
7. PAKAI WARNA CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan lelaki kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Namun sekiranya anda memang minat dengan pakaian warna gelap, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.
8. TAHU JENAMA SESUAI
Sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot atau sado. Jadi pilihlah jenama dan pereka fesyen yang arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...