Bila menyebut tentang kek pastinya ramai yang lebih mengaitkannya dengan wanita. Namun dalam dunia sekarang, lelaki juga mampu berjaya dalam bidang tersebut. Itulah yang telah dibuktikan oleh Ali Nadzwan atau dikenali juga dengan panggilan Ben Ali.

Selaku pengasas bersama Absolut Brands Sdn Bhd. yang kini cukup popular di kalangan penggemar kek, liku-liku keperitan yang dilaluinya bersama isteri, Nadiah Shahab membina perniagaan mereka mungkin tidak diketahui ramai.

Dalam temu bual eksklusif bersama MASKULIN, kami cuba ‘mengorek’ semula bagaimana cabaran serta keperitan yang dilalui mereka sebelum mengecap kejayaan seperti sekarang.

Jelas Ben Ali, selepas bertunang dengan Nadiah dia perlu mencari jalan untuk mencari wang untuk melangsubngkan perkahwinan.

“Kita semua tahu melangsungkan perkahwinan itu memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi saya harus cari idea bagaimana nak cari duit. Satu hari, Nadiah membawa kek dan memberikan ieda kepada saya untuk jual kek.

“Pada mulanya saya agak skeptikal kerana saya ni lelaki. Macam tak yakin dan kurang macho bila berniaga kek. Tapi sebab saya memang memerlukan duit, saya ikutkan idea daripada Nadiah,” tambahnya lagi.

Akan tetapi tidak segalanya bermula dengan kejayaan. Pertama kali memperkenalkan jenama mereka, Nadiah memuat naik video memprosmosikan jenama mereka, Absolut Chocolate. Video tersebut mencatatkan jumlah tontonan yang sangat tinggi iaitu kira-kira 500 ribu view.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ali Nadzwan 🇲🇾 (@bena1i)

IKLAN

Tapi tingginya jumlah view tidak diterjemahkan kepada jumlah pesanan yang diterima.

“Hari pertama kami hanya dapat 4 pesanan kek sahaja. Kemudian kami berusaha dan berjaya cukupkan 10 pesanan untuk hari pertama. Kemudian semakin hari semakin bertambah kepada 15 kemudian 20 hinggakan Abdlut Chocolate berjaya dapatkan 150 pesanan dalam sehari.

“Bila dikenangkan kembali, jika kami terus give up pada hari pertama tu maka tiadalah Absolute Chocolate,” jelasnya lagi.

Antara pengalaman yang paling berharga buatnay sepanjang mengendalikan perniagaan ini ialah ketika memperkenalkan salted egg cake. Pada ketika itu memang tiada lagi sesiapa memperkenalkan kek dengan perisa telur masin dipasaran di Malaysia. Jadi dia mengambil risiko yang sangat besar untuk memperkenalkan seseuatu produk yang belum pernah dihasilkan oleh orang lain.

Malah tidak keterlaluan ia juga satu pendekatan yang agak ekstrem dengan menggabungkan rasa unik tersebut pada kek. Pada hari pertama pelancaran, Ben menyangka sambutan cukup hebat bakal diterima.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ali Nadzwan 🇲🇾 (@bena1i)

Tapi malangnya tiada sebarang pesanan langsung yang diterima. Sekali lagi membuatkan dia rasa macam nak menyerah kalah. Namun memikirkan staf mereka yang perlu dijaga, Ben dan Nadiah kembali memikirkan strategi baru pemasaran. Mereka meneruskan semangat dan dengan strategi baharu, salted egg cake kini menjadi salah satu best seller jenama mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Absolut Chocolat (@absolutchocolat)

Benarlah kata orang, kejayaan itu hanya akan menjadi milik kepada mereka yang tidak putus asa.

Berikut merupakan 5 tip perniagaan atau pemasaran dari Ben Ali.

IKLAN

1. Sepanjang penularan pandemik dia memberikan fokus sepenuhnya kepada jualan secara online

2. Perlu tahu dan kenal dengan identiti jenama. Unique Selling Point (USP) juga perlu diperkuatkan.

3. Kenali audiens atau sasaran spesifik untuk pasarkan produk.

4. Menggunakan influencer marketing sebagai satu langkah pemasaran relevan pada masa kini. Ia membawa banyak traffic kepada brand, seterusnya boleh mengubahnya kepada jualan.

5. Perkenalkan harga yang kompetitif terutamanya pada ketika pandemik di mana orang berbelanja dengan berhemah.

Ikuti temu bual penuh MASKULIN bersama Ben Ali di bawah! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!