Apabila belajar tentang matematik, sains dan juga fizik, nama-nama besar seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking serta ramai lagi bukanlah sesuatu yang asing.
Kalau dalam Islam sendiri pun, Al khawarizmi cukup terkenal dengan kehebatan matematiknya termasuk memperkenalkan konsep algebra.
Bagaimana pula dengan anak Malaysia?
Siapa cakap tiada anak Malaysia mampu meletakkan nama setaraf nama-nama besar ini? Meski pun kini sudah memasuki era moden, pembaharuan tetap akan berlaku.
Baru-baru ini tular satu cerita salah seorang Alumni Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang berjaya mencipta sebuah karya saintifik berinovasi ‘Cooling Performance Index’ atau ‘Fawzal Number’.
Ads
Apa itu Fawzal number?
Fawzal number ini diambil bersempena nama bapanya iaitu Ahmad Fawzal. Fawzal number (nombor Fawzal) merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk.
Nombor Fawzal ini juga didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa dan ia merupakan revolusi baharu dalam kejuruteraan permotoran.
Ads
Pernah diaplikasikan pada model supercar
Kongsi sebuah portal, Fawzal number ini pernah diaplikasikan pada sebuah model terpantas yang dihasilkan sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.
Memetik perkongsian Aid, katanya syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machinemodel keluaran mereka.
Ads
Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi selain beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanannya.
Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200% (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).
Vitamin C memang bagus untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Selain mengambil vitamin C daripada sumber semula jadi, banyak juga pil vitamin C yang dijual di pasaran.
Jika konsisten mengambilnya pasti ada kebaikan yang bakal anda peroleh dengan pengambilan vitamin C ini. Seorang pengguna bernama Ika Mat Bakhir berkongsi kebaikan yang diperolehnya apabila mengamalkan vitamin C setiap hari.
Bukan sahaja miliki kulit yang sihat dan cantik, ada banyak lagi kebaikan vitamin C yang telah dikongsikannya. Malah pengambilan vitamin C juga dapat mengatasi pelbagai masalah pada kulit anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Haaaaa.. ni sis cakap wajib tapi untuk sis laa. Wajib sebab sis dh rasaaa berkesan nyaa vitamin c ni haa. Bende kecik molekkk jeee tapi berkesan tahap hyper. Selaen petua2 sis yang sememangnya jadi amalan harian, sis turut amalkan pemakanan sehat. Chewahhhh. Tak ler tipuu jeee. Aku makan baham belaka kalah rimau. Haahahhaha. Sis makan VITAMIN C setiap hari 1000MG okay. WAJIB SIS MAKAN. Tak makan sehari rasa terus eyhh hodohnya aku. Padahal memang tak lawa mana pon. Manis nyaa adaaaaa. Choiii kau carut sis hodoh, hodoh lagi kau. Haha.. ni sis share kebaikan vit c yg jadi pada sis :
1. Kulit muka makin lama makin helokkk merecikkkkkkk
2. Pori2 dulu besar bak lobang hidong zabedah kini kecik moliukk
3. Jerawat makin takdok smp tahap tumbuh seketoi jeeeee
4. Parut makin pudar
5. Kulit jadi makin cerah
6. Susah nak kene demam kura2 demam kepialu mahupun demam kunyit
7. Gusi takde darah2 kalau gosok gigi..kalau tak dulu mesti macam puntianak harum sundal petang senja time gosok gigi
8. Langsung takde stretch mark kat perot licin sajoo sepanjang preggy
9. Kulit anak cantekkkk bersih (kalau makpak nye memang genetik hitam2 si tampuk manggis jangan lah berangan anak jadi putih2 melati merah2 jelita pulakkkk)
10. Masalah kulit kering takde maybe sebab makan vit c sis minum air paling kurang 3liter okayyyy
11. Kuku jd kilat2 je tak senang patah padahal sis spesies gigit kuku
12. Kulit hilang kusam dan rasa anjal jeee
13. Anak lahir susah nak kene parut (ruam susu kene jap je dua hari ilang,kene gigit nyamuk xde tinggal parut)
14. Tumit pecah dah xde
15. Luka cepat baik (ni haaa memang cepat tak kesah luka apa,luka bersalin cepat baek parut takde mcm xpenah beranak jee jadi. Hehhehehe.)
So sesapa yg pm sis tanya sis pakai vitamin c apa, sis makan apa sahajaaaa brand janji tepek kat situ 1000MG. sis dulu hodoh jeee entah macam mana naseb baek pulak aku boleh berlaki, hahahaha.. korang yang duk review make up sana sini tuuu bujang sampai ke tuaa jee. hahahhahhah.. tp bukanlah semata2 amal vitc. Sis cuba jugak amal petua2 sis untuk kulit sehat. Kay bawah ni sis share tepek gambar vitamin c yang sis guna. Explaination kat gambarr naaa.
Ni kalau hujung bulan beli ni haaaa sebab murahh. Hahah. X kesah lah janji berkesan. Kat Watsons ado. Kat Guardion adooo..
Ni pon harga mampuu milikkk ahhh tapi untuk org kedekut mcm akuuu rasa mahaiiii dohh. Hahaha.
Ni time awal bulan sebab sah2 bergaji n berduit kan. Aku awal2 carik ni dolu laaa sebab vitc dia 1000mg. Haaaa.. seller dianz apaaa lagi bolehaa amek sis buat testiii. Chewahhh. Hahaa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Marc Syahmie, pelakon baharu yang semakin menempa nama dalam dunia seni tanah air, tak sangka masalah sakit belakang dialaminya selama hampir setahun dan bengkak di sebelah testis merupakan petanda awal kepada sesuatu yang lebih serius.
Pada usia usia 25 tahun, dia disahkan menghidap kanser testis tahap dua. Marc, atau nama sebenarnya Ahmad Syahmie Mahayudin, mengakui hidupnya berubah sekelip mata setelah menerima berita tersebut.
Foto: Instagram Marc Syahmie
“Saya terduduk juga apabila disahkan ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan saya masih muda dan tidak ada sejarah sakit kanser pun dalam kalangan keluarga.
“Keluarga juga terkejut, tetapi apabila saya fikir sakit adalah penghapus dosa, saya mula berlapang dada dan berdamai dengan takdir,” katanya penuh ketabahan.
Namun, dalam ujian itu, ada sisi positif. Kanser yang dialaminya dikesan lebih awal, membolehkan tindakan segera diambil sebelum ia merebak ke bahagian badan lain.
Bertarung Dengan Takdir
Dalam masa sebulan selepas disahkan menghidap kanser, Marc mengambil langkah pantas menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser di testis kirinya. Marc juga perlu menjalani satu sesi rawatan kimoterapi dengan dos tertinggi.
“Alhamdulillah, saya hanya perlu melakukan kimoterapi sekali sahaja. Walaupun kesannya agak berat pada badan seperti rasa loya dan keletihan, saya bersyukur kerana seminggu selepas rawatan, saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
“Doktor juga memberitahu, peluang saya untuk sembuh sepenuhnya sangat tinggi kerana usia saya yang masih muda,” ujar Marc dengan penuh kesyukuran.
Walaupun penyakit itu membawa stigma tertentu, Marc bertekad untuk berkongsi pengalaman bagi meningkatkan kesedaran kaum lelaki tentang bahaya kanser testis.
“Jujur mulanya saya rasa malu, tetapi saya sedar, jika saya tidak berkongsi, ramai lelaki di luar sana mungkin tidak tahu.
“Kanser testis boleh menyerang lelaki muda berusia 25 tahun ke atas. Jika dapat dikesan awal, nyawa boleh diselamatkan, dan kualiti kehidupan akan lebih baik.
“Saya menyeru lelaki yang mengalami sebarang perubahan abnormal pada tubuh supaya segera melakukan pemeriksaan. Jangan seperti saya yang menafikan simptom selama setahun,” tegas Marc.
Syukur Dapat Peluang Kedua
Menurutnya, meskipun beliau telah kehilangan testis kiri akibat pembedahan, kehidupannya tetap normal. Malah, beliau yakin masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa, berkahwin, dan memiliki anak.
Foto: Instagram Marc Syahmie
“Inilah yang ramai takutkan. Dengan teknologi perubatan sekarang, bekas pesakit kanser dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.
“Doktor juga yakin saya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh setahun,” jelasnya lagi.
Bakat Marc mula dikesan menerusi program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada tahun 2022. Selepas memenangi tempat kedua, beliau terus melangkah ke dunia lakonan dan juga modeling.
Dalam tempoh dua tahun, Marc telah membintangi beberapa drama seperti ‘Geng Daddy Daddy’, ‘Cinta Kedua’, ‘Keria Women’, ‘Bintang GV Dikejar Zombie’, ‘Hati Terpaut Sayang’, dan terbaharu ‘Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan’ yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Lestary TV3.
Selain sibuk di pentas seni, Marc juga sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Inspirasi Untuk Lelaki
Bagi Marc, ujian kanser yang dilaluinya bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Sebaliknya, ia menjadikannya lebih menghargai kehidupan.
“Kanser bukan penamat kehidupan. Saya anggap ini peluang kedua untuk menikmati hidup dan meneruskan kerjaya dalam bidang seni.
“Ia membuatkan saya lebih bersyukur dan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Saya ingin menggunakan masa yang ada sebaik mungkin,” kata Marc, penuh azam.
Marc Syahmie boleh menjadi inspirasi buat lelaki terutamanya golongan muda. Dia membuktikan dengan kekuatan dan semangat mampu membawa seseorang keluar dari kegelapan, kembali bersinar di pentas kehidupan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejujurnya MASKULIN rasa semua orang yang celik IT dan menggunakan laman media sosial Facebook terutamanya pasti kenal dengan nama Mark Zuckerberg.
Amat mustahil untuk kita yang setiap hari duduk menghadap Facebook dan segala info dari Internet tidak pernah kenal dengan nama ini. Malah kisah hidupnya yang berjaya mencipta laman media sosial paling berpengaruh dunia itu juga pernah difilemkan menerusi ‘The Social Network’ (2010).
Walaupun pada tahun lalu namanya sedikit terpalit kontroversi dek kebocoran data penggunanya kepada Cambridge Analatyca namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti pioneer teknologi moden berusia 34 tahun ini.
Malah menurut Forbes, Mark Zuckerberg kini menduduki tangga kelima manusia paling kaya di dunia dengan jumlah aset bernilai USD53.8 bilion (RM221.41 bilion).
Tapi pernahkah anda terbayang bagaimanakah kehidupan Mark Zuckerberg ketika zaman mudanya terutamanya ketika menuntut di Harvard University sekitar tahun 2002 sehingga 2004?
Jom saksikan foto-foto rare ini di bawah!
1. Seorang pelajar bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata. Berbanding rakan-rakan lain memang dia nampak lebih kecil.
2. Tak pernah berenggang dengan komputer peribadinya. Di Harvard University dia terkenal sebagai antara programmer berbakat besar.
3. Sempoi! Gemar pakai selipar sahaja bila berada di kampus.
4. Gaya nerd? Mungkin nampak seperti itu tapi dalam kepalanya penuh idea bergeliga!
5. Lepak tepi kolam mandi pun masih setia dengan sandal jenama Jerman ini. Steady!
6. Siapa sangka pemuda dengan hoodie lusuh dan seluar jeans bakal menjadi bilionair seperti sekarang.
7. Pada hari-hari biasanya, Mark juga lebih selesa mengenakan kemeja sahaja.
8. Antara foto Mark terkini. Seakan tak jauh beza dengan dia yang dulu bukan?
9. Kini dia berumahtangga dengan Priscilla Chan dan dikurniakan dua orang anak. Kalau nak tahu mereka berdua sudah berkenalan sejak tahun 2003 lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.