Bukan sahaja pandai berlakon, tujuh artis k-drama ini juga mahir dalam seni mempertahankan diri.
Malah salah seorang daripada mereka adalah pemegang tali pinggang hitam taekwando. Siapa mereka?
Dari Taekwondo ke MMA, 10 Pelakon Korea Tampan Ini Telah Berlatih Seni Bela Diri, Ada Yang Sudah Memegang Sabuk Hitam
Jung Hae In
Dikenali sebagai pemegang sabuk hitam dalam Taekwondo. Beliau telah menunjukkan kebolehannya dalam seni bela diri di beberapa drama yang dibintanginya.
Ji Chang Wook
Selain terkenal dengan lakonannya yang hebat, Ji Chang Wook juga mahir dalam seni bela diri, sering melakukan aksi sendiri dalam drama aksinya.
Lee Joon Gi
Pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam drama sejarah ini juga mempunyai latar belakang dalam Taekwondo dan Hapkido.
So Ji Sub
Ads
Sebelum memulakan karier lakonan, So Ji Sub adalah seorang perenang profesional dan juga memegang sabuk hitam dalam Judo.
Kim Woo Bin
Terkenal dengan fizikalnya yang tinggi dan tegap, Kim Woo Bin juga berlatih dalam seni bela diri, membantu beliau dalam melakonkan adegan aksi dengan lebih meyakinkan.
Park Seo Joon
Ads
Pelakon yang sering muncul dalam drama romantik ini juga terlibat dalam seni bela diri, termasuk Taekwondo.
Lee Seung Gi
Selain menyanyi dan berlakon, Lee Seung Gi juga mempunyai kemahiran dalam seni bela diri, menjadikannya seorang artis serba boleh.
Bukan senang nak turunkan berat dan kurus jika tidak ada kesungguhan. Ditambah lagi bila kita alami kesukaran untuk mencari saiz baju atau seluar, menyebabkan kita semakin tertekan dengan berat badan yang dialami.
Begitulah apa yang dirasakan oleh Noor Nashriq Bin Jaafar apabila dia tekad untuk berubah sehingga berjaya menurunkan berat badannya 30kg selama lima bulan. Semoga perkongsiannya itu memberi inspirasi buat anda untuk menurunkan berat badan.
Mac 2019 ni adalah bulan ke 5 saya amalkan healthy lifestyle dan diet yang agak berdisiplin ?..
Berat sebelum ni 107kg (Okt 2018) dan terkini 77kg (Mac 2019). Total 30kg lost weight.
– Body fat mass sebelum 43.5kg
– Body fat mass sekarang 17.9kg
– Still over (normal range 7.7-15.4kg)
– Kena berusaha lagi untuk sampai target normal.
70% jaga makan, 30% exercise. Sebelum kawin 7 tahun lepas kurus jee. Masa tu 70kg camtu. Tapi penangan lepas kawin, stop segala sukan yang buat sebelum kawin tu dan melantak ikut suka menyebabkan badan saya mengembang dengan jayanya ??.
1st adalah susah nak cari baju dan seluar. Kalau nak beli mesti selak2 sampai susunan paling bawah sebab confirm saiz besar dekat susunan paling bawah kan ??. Itu pun kalau ada hahaha. Sebelum ni pakai baju saiz XXL, sekarang saiz M/L. Seluar plak sebelum ni saiz 39/40. Sekarang saiz 32.
Sebelum ni bila berjalan sikit je, tapi mengah dia bukan main lagi ??. Pastu sakit kaki bila berdiri agak lama. Bila weekend (time shoot wedding) confirm kena berdiri lama dan perlu bergerak ke sana sini sepanjang event berlangsung. Balik job, esok tu confirm kaki akan sakit dan susah nak berjalan.
Disebabkan ramai yang bertanya apa tips saya dapat kurangkan berat. Ok kat sini saya cuba share apa yang telah dibuat selama 5 bulan ni.
Macam saya sebelum ni 1st target adalah 90kg. Bila dah capai, target 80kg plak.
Pastu skrg dah 77kg. Kenapa tak target terus 80kg? Sebab permulaan takut tak dapat buat sampai macam tu, nanti stress sendiri ja kalau tak capai, jadi saya target ikut step by step.
Jadi kita boleh kawal apa yang kita makan agar tak lebih atau kurang sikit dari yang diperlukan seharian. Saya gunakan apps mynutri diari 2. Boleh install kat play store/app store. Dengan apps ni korang boleh tau dan key in apa yang dimakan dan akan dikira total kalori seharian. So dari situ kita boleh kawal pemakanan harian.
Untuk sehari saya amalkan 3-4 liter air kosong. Tapi kuat kencing laa ?? Mula2 memang agak susah nak stop minuman manis, tapi lama2 korang akan rasa ok. Mental kena padu ??
Nasi hanya ambil 1 senduk untuk setiap kali lunch dan dinner. Kalau dapat amalkan beras perang lagi baik. Dinner ambil tak? Untuk dinner pun saya still makan macam biasa cuma 1 senduk. Dinner sebelum jam 8 malam. Lebihkan sayur dan buah setiap kali lunch dan dinner. Amalkan suku-suku separuh. Insyallah berkesan.
Saya banyak makan rebus, bakar dan tak ambil makanan bergoreng. Kalau masak kat rumah memang banyak gunakan pressure cooker dan air fryer.
Tak pandai main pun tapi nak berpeluh punya pasal on ajaa ? Ataupun apa2 aktiviti yang berpeluh dan ada pergerakan. Basuh kereta atau panjat tangga pun ok. Bawak anak2 ke taman permainan pun ok. kira aktiviti sihat jugak ??
Jangan hari-hari nanti stress kalau tak nampak penurunan. Tetapkan hari dan masa yang sama. Macam saya setiap pagi isnin sebelum breakfast.
Yang ni agak susah nak kawal tapi sebab mental dah set nak kurus/kurangkan berat so memang kena kuat jugak ??.
Semua tips ni sama je macam yang orang lain share. Apa yang penting disiplin dan mental kena kuat. Ingat apa yang nak capai. Azam tu kena padu insyallah ada hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jeff Bezos bukan sekadar ikon kejayaan moden. Beliau adalah contoh “alpha male” yang bukan hanya membina empayar, tetapi juga mencipta definisi baru tentang cinta, kesetiaan dan standard hidup seorang lelaki.
Jeff Bezos, pengasas Amazon yang dikenali dengan ketajaman strategi perniagaan dan kejayaan luar biasa, bakal melangsungkan perkahwinan dengan wanita hebat pilihan hatinya, Lauren Sánchez seorang bekas wartawan TV dan juruterbang helikopter yang juga ikon kecantikan berkelas tinggi. Ini bukan sekadar majlis perkahwinan, ini adalah simbol kuasa, cinta dan gaya hidup elit.
Sebagai lelaki berkelas tinggi, Bezos tidak main-main. Pada Mei 2023, beliau melamar Lauren dengan cincin berlian merah jambu 30 karat bernilai USD2.5 juta. Lamaran itu berlaku atas kapal layar peribadi mereka, Koru, ketika percutian musim panas di Eropah. Romantik, penuh gaya dan langsung tiada kompromi dalam citarasa.
Majlis penuh epik ini akan berlangsung di Venice, Itali, dari 24 hingga 26 Jun 2025. Ia dijangka menelan belanja antara USD9.5 hingga USD11 juta. Venice bukan pilihan sebarangan malah ia adalah destinasi cinta yang mewakili kesenian, sejarah dan kelas dunia. Dari gondola ke istana air berusia ratusan tahun, setiap inci majlis ini dijangka memukau.
Lauren Sánchez bakal menggayakan gaun pengantin eksklusif rekaan Oscar de la Renta, dengan sentuhan penuh seni daripada editor fesyen legenda, Anna Wintour. Hanya mereka yang berada dalam kelab elit Hollywood faham betapa tinggi standard yang diletakkan.
Kapal layar Koru bernilai USD500 juta, bukan hanya simbol kemewahan tetapi juga ketelitian seorang lelaki bernama Bezos. Ia akan menjadi pentas eksklusif untuk sebahagian perayaan mereka. Di sinilah kelas atasan dunia akan berkumpul dari hartawan teknologi ke selebriti A-list.
Fakta Menarik Tentang Kapal Layar Koru Milik Jeff Bezos
1.Kapal Layar Berharga RM2.35 Bilion
– Harga anggaran: $500 juta (~RM2.35 bilion)
– Panjang: 410 kaki
– Kos penyelenggaraan tahunan dianggarkan sekitar $30 juta (~RM141 juta)
2. Rekaan Klasik & Eksklusif
– Mempunyai badan kapal berwarna biru navy
– Dilengkapi tiga tiang layar tinggi menjulang
– Direka dengan gaya klasik abad ke-19, termasuk wooden figurehead di haluan kapal
3. Kapal Layar Terbesar Dunia
– Mengatasi Sailing Yacht A dari segi struktur dan fungsi belayar sebenar
– Tiga tiangnya memberi siluet yang unik dan prestasi belayar tulen
4. Penggunaan Tenaga Lebih Hijau
– Dibina untuk bergantung secara signifikan kepada sistem layar
– Dikhabarkan mempunyai teknologi pemulihan tenaga kinetik
– Menjadikannya lebih lestari berbanding kapal layar motor biasa
5. Vesel Sokongan ‘Abeona’
– Panjang 250 kaki
– Dilengkapi helipad dan hangar
– Membawa bekalan tambahan, permainan air, dan kru sokongan
– Menyokong operasi dan pengembaraan mewah Koru di laut terbuka
– Dibina oleh limbungan kapal terkenal di Belanda, Oceanco
– Mula dipesan pada tahun 2018 di bawah nama kod Project Y721
– Hanya diserahkan kepada Bezos secara rasmi pada tahun 2023
7. Makna Koru
– Diambil daripada perkataan Maori yang bermaksud ‘gelung’ atau ‘lingkaran’
– Melambangkan permulaan baru, sangat simbolik buat fasa baharu hidup Bezos
Sebelum melangkah ke altar, Lauren menyambut status isteri Bezos dengan majlis bujang selama tiga hari di Paris. Diiringi nama-nama besar seperti Kim Kardashian, Katy Perry dan Eva Longoria, majlis itu penuh aura bintang dan gaya metropolis.
Tidak hairan, pasangan ini menandatangani perjanjian pra-perkahwinan untuk melindungi aset masing-masing. Bagi lelaki sebijak Bezos, ini adalah langkah logik. Cinta dan perniagaan mungkin berbeza, tetapi perancangan kewangan adalah wajib.
Walaupun hidup penuh eksklusiviti, pasangan ini juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan melalui Bezos Earth Fund. Daripada menyumbang untuk perubahan iklim ke pendidikan global, mereka membuktikan kekayaan sebenar bukan pada akaun bank, tetapi pada impak yang diberi.
Jika anda rasa kahwin itu perkara kecil, lihat bagaimana lelaki seperti Bezos menjadikannya projek kehidupan bertaraf dunia.
BACA LAGI :
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang jejaka dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Ahmad Kashfi, lebih dikenali sebagai Kay, telah mencuri perhatian ramai dengan cara uniknya dalam menyampaikan mesej kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar.
Apa yang menarik, Kay mengutip sampah di kawasan awam dengan memakai kimono, pakaian tradisional Jepun yang dikenali dengan elegan dan simbolisme budaya yang mendalam.
Inisiatif ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai tetapi juga mengajak masyarakat untuk lebih peka dengan kebersihan di sekeliling mereka.
Segalanya bermula kira-kira tiga tahun lalu ketika Kay mula membuka akaun TikTok dan menghasilkan kandungan berkaitan kebersihan.
Pada mulanya, dia hanya merakamkan video dengan pakaian biasa dan mengutip sampah secara rawak, dengan harapan video tersebut dapat menyebarkan mesej kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam.
Namun, apa yang membezakan Kay daripada orang lain adalah keberaniannya untuk menggunakan imej Jepun, dengan memakai kimono, dalam setiap kandungan video yang dihasilkannya.
Menurut Kay, idea untuk memakai kimono timbul selepas mendengar cerita mengenai rakyat Jepun yang terkenal dengan disiplin penjagaan kebersihan mereka.
Dari situlah dia mendapat ilham untuk menggabungkan imej Jepun dalam kandungan video yang dihasilkannya.
“Saya memilih untuk memakai kimono kerana ia bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberi elemen unik dan kelainan, mungkin membuatkan orang akan lebih tertanya-tanya,” ujar Kay.
Pakaian tersebut ternyata berhasil menarik perhatian orang ramai, dan memberi peluang kepada Kay untuk menerangkan lebih lanjut mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Pada awalnya, Kay mengaku dia berasa malu dan ragu-ragu dengan pendekatannya.
Risau dipandang sinis oleh masyarakat sekeliling, Kay pernah terfikir untuk berhenti seketika. “Ada juga timbul persoalan dalam diri adakah betul apa yang saya buat ini? Mungkin ada yang terkejut dan salah faham,” katanya.
Namun, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan telah memberikan semangat baru untuknya teruskan perjuangan ini.
Kay yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik, meluangkan masa kira-kira dua hingga tiga jam sehari untuk mengutip sampah di sekitar Kota Bharu.
Tindakan Kay ini bukan sahaja memberi contoh kepada orang lain tetapi turut memberi inspirasi kepada golongan muda untuk lebih peka terhadap kebersihan.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, Kay berharap bahawa lebih ramai orang akan menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan bukan hanya di rumah, tetapi juga di ruang awam.
Sumber : SAYS Seismik
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.