Dalam dunia seni lakon tempatan, nama Bront Palarae tidak asing lagi. Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip berbakat ini telah mengukuhkan namanya bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di persada antarabangsa.
Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, telah aktif dalam dunia hiburan lebih dua dekad. Namanya terus dikenali kerana beraya menampilkan keunikan serta versatiliti lakonan yang mengagumkan.
Namanya mula menjadi sebutan selepas mencuri perhatian menerusi watak dalam drama bersiri ‘Sindarela’ (2008), sebelum namanya semakin menyerlah dalam filem seperti ‘Belukar’ (2010) dan ‘Jwanita’ (2015).
Namun, kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja. Bakat lakonannya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa, membolehkannya beraksi dalam produksi luar negara seperti siri HBO Asia, ‘Halfworlds’, dan filem aksi Indonesia, ‘Headshot’.
Tidak sekadar seorang pelakon, Bront juga berperanan di belakang tabir. Beliau merupakan pengasas Pixel Play Entertainment dan telah menerbitkan filem seperti ‘One Two Jaga’ (2018), yang dipuji kerana keberanian mengangkat isu sosial dan ketidakadilan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang.
LANTIKAN BAHARU
Terbaru, Bront Palarae telah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Seni Sinematik (FCA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Ads
Pelantikan ini diumumkan secara rasmi oleh MMU sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran serta pengalaman luas beliau dalam industri seni dan kreatif.
Memetik kenyataan Fakulti Seni Sinematik, MMU, Bront Palarae merupakan seorang penggiat profesional dalam industri hiburan Malaysia dengan berpengalaman selama lebih dua dekad di bidang lakonan, penerbitan dan seni kreatif.
“Beliau sudah membintangi lebih 70 filem merentasi tujuh negara, termasuk memfokuskan karier seninya di tanah air, Indonesia serta Thailand.
“Seorang tokoh terkemuka dalam industri filem, Bront sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas),” kata kenyataan dari MMU itu lagi.
Ads
Untuk rekod, gelaran Profesor Adjung merupakan anugerah kehormat kepada profesional dan tokoh berpengalaman dalam sesuatu bidang.
SEBARIS NAMA BERPENGARUH
Selain Bront, dua tokoh animasi terkenal, Nizam Razak dan Usamah Zaid Yassin, turut menerima pelantikan yang sama di fakulti berkenaan.
Dengan pengiktirafan ini, Bront menyertai barisan selebriti tempatan lain yang turut diberi penghormatan akademik, termasuk Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Ras Adiba Radzi dan Datuk Cef Wan.
Sebagai contoh, Afdlin pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM), manakala Cef Wan menerima gelaran tersebut pada 2017 bagi bidang pelancongan dan hospitaliti.
Pelantikan Bront sebagai Profesor Adjung bukan sahaja menandakan pencapaian individu beliau, tetapi juga membuktikan bahawa industri kreatif tempatan semakin diiktiraf dalam dunia akademik.
Dengan pengalaman serta pemahaman mendalam dalam dunia perfileman, Bront pastinya akan membawa inspirasi dan panduan berharga kepada generasi pembikin filem masa depan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.
Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.
“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.
“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.
Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.
“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.
“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.
“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.
“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.
Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.
“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.
“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.
Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.
Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bak kata pepatah, tua-tua kelapa, makin tua main berminyak!
Itulah yang mungkin dapat MASKULIN simpulkan apabila melihat video sekumpulan warga emas ini melakukan aksi senaman dan mempamerkan bentuk badan mereka yang cukup sangat fit.
Jika anda rasa nak putus asa dengan azam tahun baru untuk menjaga makan dan bersenam bagi memastikan badan lebih tegap dan sihat mungkin grup veteran ini mampu memberikan inspirasi kepada anda.
Rakaman video yang telah tular di Facebook ini telah dimuat naik oleh Team Strong Silvers. Mereka merupakan sekumpulan warga emas yang bersama-sama melakukan aktiviti senaman untuk memastikan mereka sentiasa fit dan sihat.
Grup yang berasal dari Singapura ini telah mencuri perhatian bukan sahaja netizen di negara mereka tetapi di Malaysia.
Menurut laporan dari Coconut Singapore, Team Strong Silvers telah ditubuhkan sejak tahun 2013 dan mereka juga ingin menonjolkan calisthenics, sejenis senaman yang menggunakan berat badan sendiri dan memberi fokus kepada pergerakan motor terutama di kalangan mereka yang sudah berusia.
Melihatkan bentuk badan setiap ahlinya, MASKULIN berasa sangat kagum dan sedikit tercabar! Hebat betul sekalian uncle ini.
Video mereka yang tular tersebut kini telah ditonton hampir 250 ribu views dalam tempoh 4 hari sahaja. Malah, video yang berjudul ‘Never too OLD – Free styling at Ang Mo Kio West Town Park’ tersebut turut dikongsi (setakat artikel ini ditulis) kira-kira 2,700 share.
Kalau diperhatikan di ruang komen bukan sahaja netizen Singapura dan Malaysia sahaja yang memberikan komen pujian malah ada yang datang dari negara Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat.
Rata-rata daripada mereka berasa ‘terpukul’ dengan keazaman, skil dan kesungguhan yang dipamerkan oleh Team Strong Silvers.
Menerusi pin posting mereka di Facebook. Team Strong Silvers menyatakan mereka adalah grup yang bebas daripada mana-mana substance atau suplemen. Bukan tidak menggalakkan penggunaan suplemen tetapi bagi mereka perlu mendapat nasihat doktor terutama bagi golongan veteran.
Bagaimana dengan anda? Rasa segan tak dengan uncle yang usianya lebih kurang sama dengan ayah masing-masing?
Respect!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki bakat lakonan dalam genre aksi dan dalam masa yang sama mampu membuat orang lain ketawa merupakan satu kebolehan yang cukup luar biasa.
Aktor yang juga dikenali sebagai pemilik bersama kelab bola sepak Wrexham ini merupakan antara aktor paling laku keras di Hollywood pasa masa kini.
Ryan Reynolds yang juga merupakan suami kepada aktres jelita, Blake Lively dikenali ramai dengan lakonannya sebagai Deadpool serta barisan filem aksi lain seperti ‘Free Guy’, ‘The Adam Project’, ‘Buried’ dan ‘The Hitman’s Bodyguard’.
Jika anda ikuti perjalanan kariernya pasti tahu bagaimana dia bekerja keras untuk mendapatkan tubuh badan dan fizikal yang tegap dan mantap. Selain mengamalkan pemakanan dan diet yang baik, Ryan Reynolds juga terlibat dengan rejim senaman yang cukup intensif.
Salah satunya ialah dengan melakukan latihan rintangan. Ia juga dianggap sebagai salah satu kunci untuk dia mengekalkan metabolisme tinggi. Perkara ini dikongsi oleh Saladino yang merupakan duta untuk penjejak metabolisme Lumen.
Setiap sesi latihan bermula dengan menggelek buih untuk mengurangkan kelembutan pada bahagian badan tertentu, mengurut tisu otot, dan meningkatkan peredaran. Kemudian ia beralih kepada apa yang Saladino panggil “latihan” yang merupakan pemanasan dinamik untuk meningkatkan degupan jantung dan latihan pergerakan yang perlu diperbaiki.
Berikut merupakan senarai jenis senaman dan latihan yang diamalkan oleh Ryan Reynolds dari hari Isnin hingga Jumaat.
ISNIN
Tumpuan kepada bahagian dada dan juga teras badan
Sit-Ups (3 sets, 50 reps, 30-sec rest)
Abs Plate Twist (3 sets, 50 reps)
Barbell Floor Wiper (3 sets, 25 reps, 1 min rest)
Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Incline Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Cable Fly (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Walking, Clap, and Decline Push-Ups (3 sets, 12 reps each)
SELASA
Fokus bahagian bisep dan belakang
Bent over row (3 sets, 10 reps, 1 min rest
Chin-Ups (3 sets, 12 rep)
Wide-Grip Lat Pulldown (3 sets, 10 reps, 1 min rest)MShrug (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Upright Row (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
21s atau bisep curls (3 sets, 21 reps)
Hammer Curl (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
RABU
Bahagian bahu dan teras badan
Military Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Floor Shoulder Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Arnold Press (3 sets, 10 reps)
Dumbbell L- Lateral Raise and External Rotation (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
Pulse Up (3 sets, 15 reps)
Scissor Kick (3 sets, 15 reps)
Lying Leg Rotation (3 sets, 15 reps, 2 min rest)
KHAMIS
Hari Khamis pula Ryan Reynolds memilih untuk fokus pada bahagian kaki dan juga lengan
Squats (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Barbell Lunge (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Deadlift (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Crossover Lunge (3 sets, 10 reps, I min rest)
21s (3 sets, 21 reps)
Rope Tricep Pushdown (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Close-Grip Bench Press (3 sets, 10 reps)
Dumbbell Curl (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
JUMAAT
Tumpuan kepada dada, belakang dan juga teras badan atau abdomen
Sit-Ups (3 sets, 50 reps, 30-sec rest)
Abs Plate Twist (3 sets, 50 reps)
Barbell Floor Wiper (3 sets, 25 reps, 1 min rest)
Triple-Stop Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Incline Db Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
Close-Grip Push-Up (3 sets, 12 reps)
Elevated Feet Push-Up (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
Renegade Row (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
Pull-Up (2 sets, 10 reps, 1 min rest)
Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad pula dia lebih selesa untuk berehat dan menumpukan aktiviti bersama keluarga atau riadah ringan.
Jadi kalau anda nak body mantap seperti Deadpool boleh amalkan rutin senaman di atas dengan penuh disiplin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia moden yang sering meraikan suara paling lantang dan kehadiran paling dominan, lelaki berpersonaliti introvert sering disalah faham. Ramai yang tidak tahu, dalam...