“Memilih adalah hak dia. Menyebabkan pengangguran hingga tiada kerja itu salah kau!”
Itulah kata-kata ringkas dari Sir Hafiz Yusoff, President Angkatan Pemangkin Ekonomi Se-Malaysia dan Pengarah HJ Motors di sebuah video hasil MAU KERJA.
Menurutnya, dia mendapat peluang untuk sambung pelajaran di UTP, Petronas tetapi di tahun akhir, dirinya membuat keputusan untuk membuat bisnes.
Kongsinya, sejak 3 tahun lalu dia sering berkata dia ingin memakai kereta Mustang, hinggakan ramai rakan-rakannya memandang rendah padanya dan memikirkan pekara itu sesuatu yang mustahil untuk dirinya kecapi.
Ads
.
Namun dia tidak mengalah untuk miliki perniagaan hingga ke puncak kejayaan. Sangat positif menghadapi liku hidup, dia memesan supaya jangan berkira apabila memberi.
Ads
Menurutnya lagi, dalam hidup kena ada mentor untuk mempercepatkan kejayaan kita. Kalau tidak kita akan syok sendiri, tapi hasil tiada.
Ads
Jom tonton dan saksikan video yang penuh inspirasi ini, semoga kita semua dapat dapat menjadikanya sebagai contoh…
Dalam dunia yang penuh dengan budaya menunjuk dan kemewahan palsu, seorang lelaki bernama Izzat yang tampil dengan tindakan yang patut dipuji dan inspirasi kepada ramai lelaki hari ini. Momen yang dikongsikan olehnya di TikTok nyata telah membuka mata ramai — bahawa untuk jadi maskulin, ia bukan sekadar soal fizikal dan gaya hidup, tapi juga sejauh mana kita memberi makna kepada hidup orang lain.
Melalui video yang tular, kelihatan Izzat sedang membeli barangan keperluan asas di sebuah kedai runcit — sabun pencuci tangan, tisu, dan selipar tandas — semua ini bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk diwakafkan kepada sebuah masjid. Tiada kek, tiada sambutan besar. Hanya niat yang ikhlas dan satu doa:
“POV: Kau perlukan doa semasa hari jadi kau,” tulis Izzat.
Barang-barang tersebut kemudian disusun rapi di dalam tandas masjid dan kawasan pintu masuk. Dengan penuh kesedaran, Izzat juga menulis label “WAKAF” pada setiap item bagi mengelakkan sebarang rasa was-was daripada para jemaah.
Apa yang dilakukan Izzat sebenarnya memberi mesej jelas — lelaki hebat tak tunggu kaya untuk memberi, dan mereka tak menunggu sorakan ramai untuk berbuat baik. Dalam suasana masyarakat yang kian individualistik, tindakan seperti ini menjadi satu bentuk wake-up call untuk kita semua: sudahkah kita memberi sesuatu kembali kepada masyarakat, walau sekecil mana pun?
Dalam Islam, wakaf adalah satu bentuk sedekah yang amat digalakkan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga ganjaran berterusan kepada pemberi — selagi mana barangan itu digunakan.
Ruangan komen di TikTok dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Izzat. Ada yang turut berkongsi pengalaman menyumbang semasa hari jadi mereka, ada juga yang berkata tindakan ini menyedarkan mereka tentang pentingnya memberi. Malah, seorang pengguna bukan Islam turut menyuarakan rasa terinspirasi untuk melakukan perkara sama.
“Saya non-Muslim, tapi teringin juga nak buat macam ni…” – Tanda kebaikan itu tak kenal sempadan agama.
Lebih menarik, kisah Izzat turut menggerakkan gelombang kebaikan. Tular juga kisah dua sahabat yang mewakafkan barangan seperti tisu, selipar dan makeup wipes di surau-surau stesen MRT sekitar Selangor — satu trend sedekah moden yang wajar diberi pujian.
Kisah Izzat bukan sekadar viral, tapi satu peringatan penting kepada kita semua. Bahawa kekuatan sebenar seorang lelaki bukan terletak pada apa yang dia miliki, tetapi pada apa yang sanggup dia berikan tanpa mengharapkan balasan.
Dan kadangkala, cukup dengan satu doa dari orang yang tidak kita kenali… itu lebih bermakna dari seribu likes di media sosial.
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Dalam panorama dunia sinematik Indonesia yang sentiasa berkembang, nama Jefri Nichol kini sering menjadi salah satu nama sebutan.
Dikenali bukan sahaja kerana paras rupa yang kacak tetapi juga kerana bakat lakonan yang semakin matang, Jefri Nichol membina reputasi sebagai salah seorang aktor muda paling berpengaruh di rantau ini.
Di negara kira, nama Jefri Nichol semakin menjadi tumpuan selepas kisah cintanya dengan Ameera Khan sering mewarnai berita hiburan tempatan.
Namun, di sebalik sorotan populariti, terdapat pelbagai lapisan menarik mengenai personaliti dan perjalanan karier Jefri Nichol. Mari kita selami 10 fakta yang mungkin belum anda ketahui mengenai bintang serba boleh ini.
Sebelum menakluki layar perak, Jefri Nichol memulakan langkah dalam dunia lakonan menerusi mini-siri televisyen berjudul “Kami Rindu Ayah” pada tahun 2013.
Ini merupakan platform awal yang memperkenalkan bakatnya kepada audiens yang lebih kecil, sebelum beliau meledak di pawagam.
Nama Jefri Nichol mula melonjak naik secara signifikan selepas membintangi filem adaptasi novel popular, “Dear Nathan” (2017).
Watak Nathan yang dibawanya berjaya mencuri hati penonton, terutamanya golongan remaja, dan mengukuhkan statusnya sebagai idola baru sinema Indonesia. Kejayaan filem ini turut melahirkan sekuel.
Walaupun sering dikaitkan dengan watak hero romantis, Jefri Nichol secara konsisten membuktikan kebolehannya dalam menggalas pelbagai peranan.
Dia berani mencuba genre aksi seperti dalam siri filem “Pertaruhan” dan drama berat seperti “Jakarta vs Everybody,” mempamerkan julat lakonan yang luas dan kesungguhan untuk tidak terperangkap dalam satu imej sahaja.
Sebelum terjun sepenuhnya ke bidang lakonan, Jefri Nichol pernah berkecimpung dalam dunia peragaan. Pengalaman ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keyakinan dirinya di hadapan kamera dan pemahamannya mengenai estetika visual, yang turut terpancar dalam gaya peribadinya.
Dia dikenali kerana komitmennya dalam mempersiapkan diri untuk sesuatu peranan. Contohnya, untuk filem aksi “Pertaruhan,” dia menjalani latihan fizikal intensif termasuk seni mempertahankan diri dan tinju.
Untuk “Jakarta vs Everybody,” beliau dilaporkan melakukan kajian mendalam mengenai kehidupan golongan terpinggir di ibu kota.
Jefri Nichol sering dianggap sebagai salah satu ikon gaya lelaki di Indonesia. Gayanya yang unik, seringkali menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan ‘edgy’ atau pemberontak, menjadikannya inspirasi fesyen bagi ramai anak muda. Beliau tidak gentar bereksperimen dengan penampilan.
Dengan jutaan pengikut di platform seperti Instagram, Jefri Nichol mempunyai pengaruh digital yang signifikan. Dia menggunakan platform ini bukan sahaja untuk promosi kerja tetapi juga sesekali menyuarakan pandangan peribadi atau isu sosial, menunjukkan sisi aktivismenya.
Di sebalik persona bintang filem, Jefri Nichol tidak segan menyuarakan pendapatnya mengenai isu-isu sosial dan politik di Indonesia.
Dia pernah dilihat turut serta dalam demonstrasi pelajar dan secara terbuka mengkritik dasar-dasar tertentu, menunjukkan keberaniannya menggunakan platform untuk advokasi.
Perjalanan kariernya tidak selalunya lancar. Pernah terlibat dalam kontroversi berkaitan penyalahgunaan dadah pada tahun 2019.
Namun, dia hadapi situasi tersebut dengan menjalani proses rehabilitasi dan kembali aktif dalam industri dengan lebih matang, membuktikan resiliensi dan keazaman untuk bangkit semula.
Bakat lakonan Jefri Nichol bukan sahaja dipuja peminat tetapi juga mula mendapat perhatian pengkritik filem.
Dia telah menerima beberapa pencalonan dalam anugerah filem berprestij di Indonesia. Kini, beliau dianggap sebagai salah seorang aktor lelaki terkemuka dalam generasinya, dengan projek-projek filem yang sentiasa dinanti-nantikan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Haier Cup 2026 kini lebih besar dengan Sabah rasmi jadi lokasi baharu kejohanan. Fokus bukan sekadar pertandingan, tetapi pembangunan bakat badminton generasi muda.