Hari Raya Aidilfitri masih meriah dan pastinya ramai yang masih dalam mood mengenakan baju Melayu lengkap dengan samping.
Namun, tahukah anda bahawa cara pemakaian samping sebenarnya boleh membawa maksud tersirat mengenai status seseorang?
Bukan sekadar fesyen, tetapi ia boleh menjadi satu bentuk ‘isyarat halus’ yang mungkin tidak disedari!
Jadi, jika anda seorang isteri, mungkin sudah tiba masanya untuk lebih peka dan ‘membaca’ maksud di sebalik lipatan kain samping suami anda!
Samping di Bawah Lutut – “Saya Sudah Berkahwin”
Jika seorang lelaki memakai samping yang labuh sehingga menutupi lutut atau lebih panjang, ini menandakan bahawa dia sudah berkahwin.
Dalam budaya Melayu, pemakaian seperti ini sering dikaitkan dengan kematangan dan tanggungjawab seseorang sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Lelaki yang memakai samping seperti ini biasanya lebih tenang, berwibawa, dan mungkin sudah ‘selesa’ dalam kehidupan berumahtangga.
Ads
Samping di Atas Lutut – “Saya Masih Bujang”
Bagi lelaki yang belum berkahwin, mereka kebiasaannya memakai samping di atas paras lutut.
Ini dikatakan sebagai tanda keterbukaan bahawa mereka masih mencari calon pasangan hidup.
Mungkin secara tidak langsung, ia juga menjadi satu bentuk ‘petunjuk’ kepada bakal mertua yang sedang mencari menantu!
Lelaki yang memakai samping dengan cara ini selalunya lebih santai, ceria, dan bersahaja.
Foto : Motherhood Story
Samping di Atas Lutut Walaupun Sudah Berkahwin – “Saya Mahu Kahwin Lagi?”
Ini yang paling menarik dan mungkin agak mencetuskan perbualan di kalangan para isteri!
Ads
Jika seorang lelaki sudah berkahwin tetapi masih memakai samping di atas lutut, ada yang berpendapat bahawa ia melambangkan keinginan untuk berkahwin lagi.
Sama ada ia benar atau sekadar mitos, para isteri bolehlah mula ‘memerhati’ cara suami mereka mengenakan samping!
Namun, hakikatnya ramai lelaki moden hari ini memakai samping di atas lutut bukan kerana ‘niat lain’, tetapi lebih kepada keselesaan.
Ia lebih mudah untuk bergerak, terutama bagi mereka yang aktif, dan ada juga yang menganggapnya sebagai trend fesyen terkini.
Berlari adalah salah satu senaman yang paling berkesan untuk melawan penyakit kardiovaskular dan disyorkan oleh pakar, saintis dan doktor. Berjalan 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Apabila anda mula berlari dan menikmatinya, kemungkinan besar anda akan mahu berlari lebih laju. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda bukan sahaja berlari lebih laju malah lebih efisyen.
Amalkan postur yang baik
Teknik yang betul dan postur yang baik bukan sahaja mempercepatkan langkah anda tetapi juga mencegah sebarang kecederaan yang tidak diingini. Lari dengan kaki anda betul-betul di bawah peha anda, pastikan tangan anda di sisi dan ayunkan tangan dari depan ke belakang dan bukannya sisi ke sisi. Kekalkan postur tegak, kempiskan perut anda dan condong sedikit ke hadapan. Tidak penting sama ada anda menapak dengan tapak depan atau tumit kaki selama mana kaki menapak lembut di atas tanah. Jangan melakukan gerakan melantun kerana ia menyebabkan daya yang tidak perlu yang membuang lebih banyak tenaga.
Senaman teras
Tambah 15 minit senaman teras (core exercise) dalam rancangan senaman harian anda, sasarkan otot bahagian bawah perut anda. Senaman teras akan membolehkan pelari bertambah laju apabila berlari.
Bernafas
Kebanyakan pelari bergelut dengan aspek ini kerana mereka seolah-olah tidak boleh mengimbangkan berlari dan bernafas pada masa yang sama. Caranya adalah dengan menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut anda, selarikan pernafasan anda dengan jejak langkah anda supaya anda tidak lupa atau terlepas nafas.
Langkah kombinasi
Jika matlamat anda adalah kelajuan, anda perlu cuba mencampurkan perlumbaan kelajuan dengan berjalan perlahan untuk melatih daya tahan anda untuk sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tip ini akan membantu anda berlari dengan lebih berkesan dan menghalang anda daripada kehabisan nafas jika perlumbaan bakal menjadi lebih lama daripada jarak latihan biasa anda.
Kasut baru
Kasut lari hanya boleh digunakan dalam 3 bulan jika anda kerap berlari tetapi bukan setiap hari. Pelari tegar biasanya menukar kasut mereka selepas setiap 300 hingga 500 batu larian memandangkan kasut lama dan haus adalah punca di sebalik banyak kecederaan.
Memanaskan badan dan menyejukkan
Renggangan badan selama 10 minit untuk memanaskan badan boleh mengurangkan risiko cedera. Gabungan harian regangan dan melompat tali boleh meningkatkan fleksibiliti dan langkah kaki.
Walaupun senaman menyejuk diri selalunya diperlukan selepas senaman memanaskan badan, kebanyakan orang cenderung untuk lupa mengenainya selepas selesai berlari kerana sudah terlalu kepenatan. Senaman renggangan menyejukkan diri berkesan untuk mengelakkan ketegangan pada waktu lain.
Kekal fokus
Berlari memerlukan banyak tumpuan, cuba untuk sentiasa melihat ke depan, bukan ke bawah pada kasut anda, bukan juga kepada pesaing anda. Memandang ke belakang dan sebagainya boleh membuang masa dan tenaga anda, jadi tumpukan perhatian anda dan terus belari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“The best time to start a business is 7 years ago. The second best time in now! Kata-kata inilah yang sering dia ungkapkan tatkala pertama kali kami bersua muka. Cukup tinggi motivasi, dikelilingi pula pejuang spiritual juga usahawan penuh ilmu sepertinya membuatkan sesiapa sahaja akan teruja untuk mendekati dan mengenali individu berkarisma ini. Merendah diri, Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal, sangat optimis dalam usahanya memperluaskan perkongsian mengenai pemasaran secara online juga memperjuangkan peningkatan taraf hidup usahawan yang benar-benar fokus untuk berjaya.
FOKUS
“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.
Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan pulangan yang besar sekaligus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit.”
JANGAN PUTUS ASA
“Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan. Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di SifuFBads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka.
Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar. Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda.”
JANGAN LETAK SASARAN TERLALU TINGGI
“Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resepi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.
“Antara tokoh hebat yang telah berkolaborasi dengan kami ialah Prof Muhaya, Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), dan juga Dr Ary Ginanjar (pengasas ESQ). Terbaru, Datuk Seri Vida turut mendapatkan konsultasi dan latihan dari SifuFBads. Mereka adalah individu berpengaruh yang punya empayar gergasi yang harus anda semua contohi. Tidak sekalipun gentar dan mengalah walau dilanda masalah, putus asa tiada dalam kamus hidup mereka.”
KONGSI ILMU
“Saya seronok berkongsi ilmu ini, melihat kejayaan demi kejayaan, saya tidak mahukan duit mereka, sebaliknya kepuasan itu yang saya dambakan. Saya gembira apabila mengetahui ada peserta yang mampu menjana pendapatan lima kali ganda. Ada juga yang sudah hampir gagal tetapi perniagaan meningkat semula apabila menggunakan pengiklanan di laman sosial. Ingatlah rezeki itu milik Allah, kita tidak boleh menyangkal mahupun mempersoalkan, kita hambanya perlu sentiasa berusaha dan terus berikhtiar untuk terus berjaya.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk mulakan beramal membaca satu ayat Al Quran sehari, dengan istiqomah. Cuba la dulu, tak cuba tak tahu kan?
1. Baca Quran selepas solat. Mana-mana waktu solat.
Kalau nak baca selepas setiap solat pun lagi baik. Sekurang-kurangnya dalam sehari, dapat la 5 ayat kan? Kalau ada yang rasa solat dia tak penuh, boleh cuba baca pada selepas perkara rutin yang kamu buat. Contohnya perkara rutin yang kamu buat seperti makan. Lepas makan, cuba baca satu ayat je.
2. Letak Al Quran di tempat yang mudah diambil.
Sila letak Al Quran tu betul-betul sebelah tempat kamu solat atau kalau nak baca selepas masak, letak betul-betul tepi meja atas rak pinggan. Biar tempatnya permanently di situ. Kalau boleh, tempat kamu letak Al Quran tu pun biar kamu boleh nampak. Jangan letak atas almari yang tinggi. Nanti bila tak nampak, kamu lupa. Betul ni. Biar selalu nampak Al Quran.
3. Baca ikut turutan.
Kena baca daripada awal Surah Al Fatihah diikuti dengan Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa, Al Maidah, Al An’am dan seterusnya. Kena tanda elok-elok guna penanda buku. Ada macam-macam cara nak tanda. Guna pen pun boleh. Asalkan ko sendiri tahu kat mana ko baca.
4. Baca Al Quran Yang Ada Terjemahan
Mula-mula, baca yang Arab satu ayat. Lepas tu, ko baca pulak terjemahan ayat tu. Make sure baca dengan niat nak faham. Baca je. Baca macam biasa. Cuba fahamkan apa maksud ayat yang di baca tu. InsyaAllah, ayat Quran ni, setiap kali kita baca makna terjemahan dia… MasyaAllah, setiap kali tu kita akan rasa terkena-kena je dengan keadaan sekeliling. Cubalah!
5. Bermula Dari Sekarang
Mulakan langkah. Tak perlu tunggu sampai esok lusa sampai ke tahun depan, tak perlu, tak perlu. Mula je terus. Yang bekerja di pejabat lagi la senang. Letak je kat workstation masing-masing satu Al Quran atau terjemahan. Kalau rasa tak sempat sangat nak baca, cukuplah dengan menyentuh Al Quran tu. Mudah-mudahan bila dah sentuh al Quran, terus rasa nak ambil. Bila dah ambil, rasa nak buka, bila dah buka akan rasa nak baca.
6. Tak Perlu Berwudhuk.
Sebab itu lebih mudah jika gunakan terjemahan. Al Quran terjemahan boleh dipegang walaupun tanpa lapik dan tanpa wudhuk. Islam itu mudah.
7. Jangan Pernah Jemu
Jadikan alQuran itu teman kita semasa hidup. Kalau terasa malas nak membacanya, tolong la lawan perasaan malas tu. Good luck sahabat-sahabat semua…
8. Manfaatkan Teknologi
Susah nak baca Al-Quran sebab tertinggal Al-Quran di rumah? Berhenti memberi alasan! Install aplikasi Al-Quran di handphone. Supaya kita boleh baca di mana-mana. Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya. Selain itu, kita juga boleh download mp3 bacaan Al-Quran. Jika badan terlampau penat dan tak larat nak membaca, ambillah masa untuk dengarkan alunan bacaan Al-Quran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.