Jika anda ke kedai gunting rambut, pasti anda tertunggu-tunggu saat di mana tukang gunting akan urut leher dan kepala anda.

Ya! Memang tidak dinafikan urutan itu nikmat, namun dalam masa sama ia juga mengundang bahaya kepada diri anda.

Public Health Malaysia menerangkan di Facebooknya, bagaimana urutan di leher boleh membahayakan keselamatan anda.

BACA: Hati-hati, Kerap Ketawa Tandanya Anda Miliki Sindrom L.Q.T!

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

IKLAN

DIKEJARKAN DI HOSPITAL KERANA SUKAR BERNAFAS

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

IKLAN

Perkara ini bukan main main, urut leher yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Hati-hati Ketika Urut Leher Di Kedai Gunting Rambut, Bimbang Ada Kesan Sampingan

IKLAN

TIDAK DIGALAKAN KERANA TENGKUK MUNGKIN AKAN TERCEDERA

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok.

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Sumber: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI