
Siapa tidak kenal dengan Henry Golding? Anak jati Sarawak berdarah kacukan Iban-Inggeris ini telah mencipta nama di persada antarabangsa.
Di persada Hollywod namanya dikenali dengan lakonan memukau dalam filem-filem pecah panggung seperti ‘Crazy Rich Asians’ dan ‘The Gentlemen’.
Walaupun sibuk dengan kerjaya global dan kehidupan di luar negara, Henry tidak pernah lupa akan akarnya, terutamanya hubungannya yang erat dengan Malaysia.

Namun di sebalik popularitiyang diraih, Malaysia sentiasa tersemat rapi di hatinya. Dalam sebuah video terbaru dari LADBibble Entertainment, Henry Golding telah diuji untuk membandingkan dan memilih di antara snek Malaysia dan snek British.
Lalu membawa penonton menelusuri ‘perang’ snek antara dua negara yang sangat rapat dengannya iaitu Malaysia dan Britain. Ini bukan sekadar cabaran rasa biasa, tetapi sebuah perjalanan nostalgia yang membangkitkan memori zaman kanak-kanak dan identiti budaya yang membentuk dirinya.
Dari sudut pandang seorang lelaki yang sudah mengembara dunia, pilihan snek ini melambangkan lebih daripada sekadar kudapan tetapi ia tentang rasa nostalgik.
Seperti yang dikongsikannya, “Setiap gigitan snek Malaysia ni macam membuka semula album memori zaman kanak-kanak. Ada rasa yang takkan dapat kat tempat lain.”
PERTEMBUNGAN RASA
Cabaran dimulakan dengan pertembungan klasik iaitu Mamee Monster dari Malaysia melawan Pickled Onion Monster Munch dari Britain.

Bagi ramai lelaki Malaysia yang membesar di era 90-an, Mamee Monster adalah teman setia. Begitu juga dengan Henry, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Kemenangan pertama memihak kepada snek Malaysia apabila Hnery tidak tergaak-agak memilihnya.
Kemudian diteruskan dengan padanan unik Durian Biscuits melawan Jam Tarts, dan yang paling menarik perhatian, teh tarik menentang Yazoo, minuman susu berperisa dari UK.
Bagi peminat kopi dan teh, teh tarik bukan sekadar minuman, tetapi simbol ‘lepak’ dan gaya hidup santai Malaysia. Kedua-dua snek dan minuman yang dipiliah Henry ialah dari Malaysia.

Tidak ketinggalan, kuih tradisional seperti pulut inti kacang diadu dengan Jaffa Cakes, biskut bersalut coklat yang popular di Britain. Di pusingan ini, Henry memilih snek dari Britain tersebut.
Manakala di pusingan terakhir menyaksikan Mimi, snek udang kering kegemaran ramai, berentap dengan Scampi Fries. Dan snek Mimi cukup istimewa kepadanya yang terus mengimbau memori ketika kecil.

Melalui setiap suapan dan tegukan, Henry bukan sekadar menilai rasa, tetapi berkongsi cerita di sebalik snek-snek ini – kisah-kisah dari sekolah rendah, melepak dengan rakan, atau saat-saat istimewa bersama keluarga.
Walaupun bersikap adil dalam penilaian, dapat dirasakan snek dari Malaysia mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati Henry.
Ia bukan hanya tentang keenakan rasa, tetapi muatan emosi dan kenangan yang sukar ditandingi.
BACA: 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2025 Menurut FORBES
Dan bagi Henry Golding, biarpun bergelar bintang antarabangsa, snek Malaysia tetap menjadi pengingat manis akan asal-usulnya.
Seperti yang mungkin dirasainya, “Walaupun snek British pun sedap dengan cara tersendiri, snek Malaysia ni… dia ada ‘jiwa’ dia. Dia rasa macam balik rumah.”
Mungkin, inilah sebabnya snek tempatan kita sentiasa terasa lebih ‘ngam’.
Sumber: LADBible Entertainment
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI