Hal paling utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan adalah anda harus membakar kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang masuk ketika anda makan. Kejayaan anda dalam melakukan diet menurunkan berat badan adalah bergantung kepada rutin yang konsisten dari anda.
Jangan sampai anda menyerah kalah di tengah jalan. Yang pasti perlu untuk tekad dan keinginan yang jitu untuk merubah bentuk tubuh anda yang berisi menjadi bentuk tubuh yang ideal.
1) Sarapan Lebih Awal
Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda bermula untuk sarapan setiap jam 7 pagi, maka anda mampu untuk mengawalkan waktu sarapan menjadi seawal jam 6 pagi.
Ads
2) Minumlah Sebelum Makan
Apabila kita minum segelas air sebelum kita mulakan makan, maka perut kita akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak) dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan kita
Ads
3) Gunakan Piring Berukuran Kecil
Anda boleh mengurangkan bahagian makanan anda dengan selalu menggunakan piring yang berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini telah terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan anda.
Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti dan bersenam yang menggerakkan tubuh pada setiap hari. Anda juga boleh mencuba untuk kerap naik turun tangga atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda.
5) Paparan Sinar Matahari
Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari, akan mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh sehingga tubuh sanggup untuk membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup. Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.
2.Nutrisi
Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.
3.Program
Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas. Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.
Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.
5.Regangan.
Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.
6.Latihan Kardiovaskular
Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.
Orang dewasa juga tidak terkecuali daripada jangkitan cacing atau kecacingan. Ia merupakan suatu masalah yang biasa berlaku tetapi sering terlepas pandang. Antara cacing yang biasa menjangkiti manusia adalah seperti Cacing gelang, cacing pita, cacing cambuk, cacing benang dan cacing kerawit.
Di negara-negara belum membangun, punca utama jangkitan cacing adalah daripada sistem sanitasi dan pembentungan yang mundur contohnya di kalangan masyarakat yang masih mengamalkan membuang air besar di atas tanah atau di dalam sungai.
Telur cacing di dalam najis akan menjangkiti individu yang terdedah kepada tanah / sumber air yang tercemar ini.
Walaupun dikategorikan sebagai negara membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah jangkitan cacing kerana Malaysia mempunyai iklim tropika yang sesuai sebagai habitat cacing.
Oleh yang demikian, kita boleh terdedah kepada jangkitan cacing melalui pelbagai cara. Antara punca utama berlakunya jangkitan cacing : 1) Tidak membasuh tangan dengan sempurna sebelum makan. 2) Memakan unsur daging yang mentah atau tidak dimasak sempurna. 3) Tidak membasuh sayuran dan buah-buahan dengan sempurna. 4) Minum atau menggunakan air tercemar / tidak terawat. 4) Jangkitan daripada haiwan peliharaan. 5) Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah.
SIMPTOM
Cacing adalah parasit yang boleh hidup bertahun-tahun di dalam tubuh manusia dengan bergantung kepada sumber makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, kecacingan akan menyebabkan masalah kesihatan yang berpunca akibat kekurangan zat makanan seperti anemia (kurang darah),susut berat badan, pertumbuhan terbantut (di kalangan kanak-kanak) dan sistem imun tubuh yang lemah (mudah dijangkiti penyakit).
Cacing juga merembeskan sisa toksin ke dalam tubuh manusia yang boleh menimbulkan simptom seperti gatal-gatal, keresahan (anxiety) dan masalah pada sistem penghadaman (kembung, loya, cirit-birit).
Jangkitan yang kronik selama bertahun-tahun boleh menyebabkan cacing berkembang biak di dalam usus manusia. Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan di atas menjadi lebih teruk. Ia juga boleh menyebabkan usus tersumbat!
DIAGNOSIS
1)Sampel najis akan diperiksa melalui mikroskop untuk mengesan kehadiran telur cacing. 2)Diagnosis yang tidak boleh disangsikan lagi apabila CACING KELUAR DARIPADA DUBUR ! Ini boleh dilihat sama ada semasa membuang air besar atau di sekeliling dubur.
MITOS
1) Keacingan hanya berlaku pada kanak-kanak.
Sebagaimana situasi yang berlaku pada Puan Y, ia boleh berlaku kepada mana-mana orang dewasa yang lain.
2)Kecacingan tidak berjangkit. Cacing memang tidak boleh menjangkiti individu lain secara terus. Namun, terdapat pelbagai cara tidak langsung yang boleh menyebabkan jangkitan cacing tersebar dari satu individu kepada individu yang lain contohnya pemindahan telur cacing kepada individu lain melalui sentuhan atau suapan makanan. Juga, apabila mereka berkongsi makanan yang telah tercemar.
Oleh itu, jika seseorang telah didiagnos mendapat jangkitan cacing, AHLI KELUARGANYA JUGA PERLU DIRAWAT (DEWORMING).
3)Cacing hanya di dalam usus.
Ada jenis cacing yang boleh memasuki salur darah dan tinggal di bahagian-bahagian lain anggota badan seperti mata, di bawah kulit, hati, paru-paru (Loeffler’s disease) dan otak (cycsticercosis).
Kecacingan juga boleh berlaku pada organ lain termasuk mata
APA YANG PERLU DILAKUKAN ?
1)“Deworming” (Pembasmian cacing): a. Perlu dilakukan setiap enam bulan sekali untuk mengelakkan jangkitan cacing. Ubat cacing boleh didapati di farmasi. b. Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah dijangkiti perlu mengambil ubat ini mengikut preskripsi doktor.
2)Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran: a. Basuh tangan dengan sempurna (terutama di celah dan di bawah kuku) sebelum makan dan setiap kali masuk ke dalam rumah. b. Gunakan kasut/selipar semasa di luar rumah.
3)Tingkatkan kebersihan semasa penyediaan dan pengambilan makanan:
a. Masak unsur daging dan ikan dengan sempurna.
b. Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna.
c. Minum air yang telah dimasak atau ditapis dengan sempurna.
d. Pastikan system penapisan air kerap diselenggara.
4) Utamakan aspek kebersihan dalam pemeliharaan haiwan:
a. Haiwan peliharaan juga perlu menjalani “deworming”.
b. Gunakan sarung tangan semasa membersihkan sisa tinjaan haiwan peliharaan.
c. Basuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan.
d. Elakkan daripada dijilat haiwan.
Kecacingan – kita semua berisiko untuk mendapatnya.
Amalkan langkah-langkah pencegahan di atas untuk diri dan ahli keluarga kita.
Sumber : http://rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Usahlah berfikiran sempit sangat. Kadang-kadang mungkin lelaki rasa perempuan ni makhluk yang rumit dan banyak suka perbesarkan perkara yang remeh. Tapi 4 perkara ni lelaki perlu buat disebabkan benda-benda remeh yang lelaki malas ambil pusing inilah buatkan wanita kekal sihat dan positif . Mana yang baik kita ambil dan jadikan amalan. Senang kan!
1. Bersihkan Muka Sebelum Tidur
Mengikut kajian Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita. Tabiat ini menyebabkan mudahnya penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malamuntuk mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria daripada menutup liang pori pada wajah.
2. Timbang Berat Badan Setiap Hari
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, mereka yang menimbang berat badan setiap hari lebib banyak menurunkan berat badan berbanding mereka yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
3. Bawa Gel Antibakteria
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria. Hendak gunakan gel antibakteria bukannya susah. Hanya perlu disapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah diamalkan golongan lelaki!
4. Mandi Air Panas/Suam
Bunyi macam mengada-ngada atau bahasa sekarang ‘acah-acah jadi diva’ bila nak mandi guna air panas. Tetapi, tahukah anda air suam dan air panas dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh? Malah, mencampurkan air mandian dengan garam laut juga dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang