
Air limau yang dicampurkan dengan air suam dapat membantu tubuh menjadi lebih segar dan dapat menghilangkan letih. Malah, ia akan mengilangkan masalah buncit perut yang tidak dapat dikawal.
Jangan risau, dengan mengamalkan minum air rebusan limau secara 6 hari berturut-turut, tiada senaman tiada masalah. Anda masih boleh miliki tubuh badan yang ramping persis model terkenal dan ucapkan selamat tinggal pada buncit perut.
Tetapi sebelum itu, ingin MASKULIN ingatkan. Air adalah satu bahan yang sangat penting untuk tubuh badan, antara fungsi air yang utama ialah ia mengangkut oksigen dan zat nutrisi kepada sel-sel tubuh badan dan mengankut bahan-bahan kumuh daripada sel daripada keluar dari tubuh badan kita.
Bahan-bahan yang diperlukan
- 5 biji limau
- 2 liter air
Cara-caranya:
- Bilas limau menggunakan air putih dan bersih.
- Potong setengah tau hiris limau dan perahkan ia. Asingkan dahulu air limau itu.
- Tuangkan air putih ke dalam bekas / periuk dan rebuskan ia.
- Tunggu sehingga reneh, kemudian masukan limau yang telah di perah ke dalam air rebusan dan biarkan selama 30 minit.
- Biarkan air menggelegak dan akhirnya padamkan api.
- Biar seketika dan asingkan limau dengan air rebusan tadi.
- Campurkan jus perahan limau yang telah diasingkan sebentar tadi dengan air rebusan lalu kacau ia sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk.
- Minum air rebusan itu 4 kali sehari 1 jam sebelum makan.
Sumber:Demic
Reebok Liquifect Kasut Larian Tampilkan Teknologi Sokongan Cecair

Tanpa kasut larian yang baik anda tidak akan mendapat pengalaman melakukan aktiviti ini dengan puas.
Ya, percaya atau tidak kasut larian merupakan faktor yang sangat penting. Ia bukan sahaja bagi memberikan keselesaan tetapi membantu anda untuk mengelak dari risiko kecederaan seperti melecet.
Malah dengan kasut larian yang baik anda dapat memaksimakan kualiti larian agar lebih jauh dan juga laju.
Kita sering mendengar bahawa untuk mendapatkan kasut yang merangkumi kesemua elemen selesa dan berprestasi tinggi pastinya datang dengan harga yang cukup mahal.
Kadangkala mencari kasut larian boleh memeningkan kepada dengan pelbagai jenis lambakan tawaran dari bermacam jenama di pasaran. Tidak keterlaluan ia bagaikan satu cabaran yang cukup meremehkan.
Namun tidak dengan kasut larian yang diperkenalkan oleh Reebok. Kasut yang diberi nama Reebok Liquifect ini menampilkan teknologinya yang tersendiri.
‘Liquifect’ merupakan teknologi cushioning cecair yang terdapat pada bahagian tapak kasut larian daripada Reebok ini. Selepas mencuba sendiri kasut ini, MASKULIN dapat katakan bahawa ia merupakan antara kasut larian paling selesa pernah dipakai penulis.
Pada bahagian tapak kasutnya mengandungi Liquifect yang terdiri daripada IPU suntikan polyurethane. Penggunakan bahan ini dikatakan menjamin keselesaan yang sama untuk selama jangka hayat kasut ini.
Penggunaannya di bahagian tapak dengan liquid foam menjadikan pergerakan 180 darjah ketika berlari lebih selesa. Jumlah pulangan tenaga sepanjang larian juga amat memuaskan lantas membuatkan kaki terasa kurang beban serta kepenatan.
Ia juga mengetegahkan 3D Fuserfoam pada bahagian upper di mana bahan ringan digunakan untuk sokongan di bahagian atas kaki. Dari segi rekaan luarannya pula menyerlahkan logo ‘Reebok’ dua 2 tona warna biru dan hitam.
Selain itu di bahagian bawah tapak pula dilengkapi dengan bahan getah yang direka untuk pergerakan lebih fleksibel. Malah ‘Liquifect’ jelas boleh dilihat di bahagian bawah menunjukkan sokongan teknologi tersebut turut diletakkan di bahagian berimpak tinggi.
Dengan menggunakan tapak getah ia memberikan cengkaman yang kuat dan sesuai digunakan di atas pelbagai permukaan seperti jalan raya, trek, rumput dan juga berpasir.
Dari segi keselesaan pula ia ternyata tidak menghampakan. Kaki di bahagian hadapan tidak terlalu ketat dan boleh digerakkan secara semula jadi. Buat anda yang mempunyai kaki lebar juga tidak perlu risau kerana rekaannya tidaklah terlalu tirus.
Buat anda yang ingijn mencari kasut larian yang selesam berkualiti pada harga yang sangat berpatutan bolehlah cuba sendiri merasai kehebatan Reebok Liquifect. Ia kini berada di pasaran tempatan pada harga RM329 sahaja.
Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Selagi ada kudrat dikandung badan selagi itulah kita sebagai lelaki mencari rezeki tanpa mengira penat dan lelah demi menyara keluarga.
Dalam dunia ini terdapat seribu satu pekerjaan yang memerlukan skil dan oengetahuan berbeza. Namun ada sesetengah pekerjaan yang hanya orang berani sahaja melakukannya.
Kadangkala ia bukan satu pilihan. Dan kadangkala ia juga dianggap sebagai satu cabaran yang memberikan pendapatan cukup lumayan.
Cara untuk mengukur bagaimana pekerjaan itu dianggap bahaya atau tidak bergantung kepada jumlah kematian yang berlaku setiap tahun. Ia juga diukur berdasarkan tahap risiko kecederaan parah yang boleh dialami mereka ketika menjalankan tugas.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi senarai 10 pekerjaan paling merbahaya sepanjang tahun lalu.
10. Pekerja penyelengaraan am
Kerja-kerja seperti memotong rumput kadangkala tidak dianggap bahaya oleh masyarakat umum. Namun ramai tak sedar bahawa mereka terdedah kepada pelbagai risiko seperti kepanasan melampau dan bahaya trafik ketika melakukan kerja menyelenggara di kawan lebuhraya.
9. Penyelia tapak pembinaan
Bekerja di tapak pembinaan atau construction sememangnya akan terdedah kepada pelbagai risiko. Dengan penggunaan pelbagai jentera berat, bahan binaan kasar dan strujtur yang masih belum siap bahaya ada di mana-mana sahaja. Apatah lagi bila melibatkan bangunan tinggi.
8. Petani
Golongan petani yang menggunakan jentera berat juga mempunyai risiko yang sangat tinggi ketika bertugas. Selain jentera berat mereka juga sering menggunakan mesing-mesin pengisar yang mempunyai kemampuan tinggi dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Bagi petani yang mencari rezeki di kawasan pinggir hutan pula mereka terdedah kepada bahaya haiwan buas.
7. Pemandu trak, lori dan bas ekspres
Kita semua tahu kemalangan jalan raya merupakan antara penyumbang utama kematian di negara kita. Sebagai seorang pemandu yang setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi, cuaca dan ragam pemandu lain mereka sering berdepan risiko tinggi. Apatah lagi mereka terpaksa memandu dalam jarak yang sangat jauh.
6. Buruh binaan
Ya, kita akui buruh binaan di tapak-tapak pembinaan besar di negara kita rata-ratanya ialah tenaga kerja asing dari luar negara. Dan ramai tak sedar bahawa risiko yang dihadapi mereka sebaik sahaja melangkah masuk bekerja di kawasan pembinaan. Projek-projek besar bangunan pencakar langit terutamanya menuntut mereka untuk bertugas di kawasan tinggi. Hanya yang berhati kering sahaja yang berani.
5. Pengutip sampah dan bahan terbuang
Ini merupakan pekerjaan yang terdedah dengan pelbagai bahaya yang tidak diketahui setiap kali mereka melakukan pungutan sampah. Dalam timbunan sampah terdapat pelbagai jenis bahan yang dibuang oleh pengguna. Ada yang tidak merbahaya dan ada juga yang mempunyai kandungan toksik.
4. Penyelenggaran tenaga elektrik
Berdepan dengan kuasa elektrik yang luar biasa tinggi bukanlah satu situasi yang mahu dihadapi oleh mereka yang tiada keberanian. Itulah yang dihadapi oleh tenaga kerja penyelenggara eletrik setiap hari. Jika tidak berhati-hati mereka boleh terkena renjatan elektik yang mampu mengorbankan mereka dalam sekelip mata.
3. Wartawan zon perang
Demi mencari berita dan kebenaran mereka sanggup tempuhi hujan peluru dan bom tangan. Bahaya yang dihadapi mereka berada di garisan perang merupakan satu risiko yang sangat tinggi. Dengan berbekalkan vest bertulis ‘PRESS’ mereka menggadaikan nyawa demi mencari kebenaran.
2. Nelayan laut dalam
Untuk satu trip kadangkala mereka akan pergi ke laut dalam selama seminggu lamanya. Dan seperti mana yang kita tahu laut merupakan antara kawasan yang cukup merbahaya dan tak dapat dijangkakan. Berdepan dengan anin kecang, ombak tinggi dan taufan merupakan satu cabaran yang harus mereka hadapi bila-bila masa sahaja.
1. Bomba
Tahun lalu seluruh negara kita berduka dengan beberapa tragedi melibatkan kematian pasukan bomba tempatan. Dari kisah ahli bomba lemas dalam misi menyelamat hinggalah kepada tragedi Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut dalam sebuah rusuhan baru-baru ini telah terbukti bahawa pekerjaan mereka cukup berisiko. Demi menyelamatkan orang awam dan mempertahankan keselamatan warga, wira-wira negara ini sanggup berdepan dengan risiko apa sahaja demi tugas mereka.
BACA: 10 Tip Untuk Sentiasa Bahagia & Bebas Stres Di Tempat Kerja
Ubat Terbaru Boleh Buat Lelaki Tahan Lama & Elak ‘Tewas’ Cepat Kini Sedang Diuji

Ya, ramai di antara anda mungkin teruja dengan headline di atas. Terutamanya buat anda yang merasakan ‘ketahanan’ anda mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Jika anda mencari solusinya mungkin ubat terbaru ini boleh beri anda jawapan.
Menurut laporan dari Ladbible, sejenis ubat kini sedang diuji untuk membantu golongan lelaki yang berdepan masalah ejakulasi pra-matang.

Lebih 200 orang lelaki kini sedang mengambil bahagian dalam ujian ubat tersebut yang dikenali sebagai cligosiban.
Cara ia berfungsi ialah dengan menghalang oxytocin daripada melekat kepada sel di dalam badan dan menghalangnya, lalu boleh membuatkan orgasm dilambatkan.
Ujian percubaan ini dijalankan terhadap 88 orang lelaki di Tulane University School of Medcine di Amerika Syarikat yang diminta untuk mengambil ubat terbaru tersebut atau placebo setiap hari.
Pada enam minggu pertama, purata setiap seorang daripada mereka mengalami orgasm ialah 33 saat. Namun apabila mereka mengambil ubat tersebut mereka mampu bertahan dua kali ganda lebih lama.
Dalam laporan itu juga menyatakan bahawa kini seramai 220 orang lelaki mengambil ujian percubaan placebo-controlled di 29 lokasi berbeza di Amerika Syarikat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh NHS, masa purata untuk lelaki bertahan sebelum alami orgasm ialah 5.5 minit.
Namun ubat ini belum dipasarkan dan masih dalam kajian lagi. Jadi anda jangan pula pandai-pandai nak cari ubat ini ya.
Sama-sama kita tunggu sama ada ia akan dipasarkan secara komersial atau tidak. Sekurang-kurangnya terdapat sinar baru buat anda yang selama ini berdepan masalah seperti ini.