Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Sebenarnya ada bahan-bahan dapur yang boleh membantu anda untuk kulit anda nampak sangat halus seperti wanita. Mudah bukan?
Hanya perlukan 3 bahan mudah sahaja
Kunyit
tepung beras
Telur
Ads
Gaulkan sebati ketiga-tiga bahan tersebut. Ianya sangat bagus diamalkan jika anda mengalami masalah jerawat dan juga parut yang susah untuk hilang.
Tidak perlu berhabis duit yang banyak untuk mendapatkan kulit yang cantik, jika anda rajin mencari khasiat barangan dapur .Tapi jangan pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Ads
Ianya sangat bagus diamalkan jika anda mengalami masalah jerawat dan juga parut yang susah untuk hilang.
Cantik kulit muka dia kan? Selamat mencuba ya!
Ads
Sumber: Facebook/Mohd Hasrul Hassan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak dengar orang kata “Banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya… terbuktilah bahawa tekanan jiwa sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban. Selain uban, stres juga bisa menyebabkan rambut rontok dan gugur.
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga bisa terjadoi andainya kamu mewarisi genetik yang cepat beruban daripada waris dan ahli kelurga kamu. Jika kedua ibu bapa mu jenis orang yang lekas beruban dahulu, maka kamu turut berisiko masalah rambut beruban sebelum waktunya.
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menyumbang masalah rambut beruban awal.
Jika selalu digunakan terhadap rambut, rambut jadi lemah dan rapuh,. Suhu panas turut menganggu penghasilan melanin lalu, lekas beruban.
Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
Sebuah kajian yang pernah diterbit hasil J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban (cepat beruban).
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan janjan akan merosakkan kesejahteraan tubuh bahkan, dalam masa yang sama, ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat.
Serius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu. Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hipertensi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, adalah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri meningkat secara berlebihan.
Secara umum, tekanan darah normal adalah kira-kira 120/80 mmHg. Hipertensi berlaku apabila tekanan darah rata-rata melebihi tahap normal ini. Terdapat dua kategori utama hipertensi:
Ini 4 jenis penawar darah tinggi yang boleh diamalkan bersama preskripsi ubat. Ya, ubat masih perlu diambil seperti yang disarankan oleh doktor. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
Mungkin tip pertama ini kelihatan seperti cliche namun pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan senaman dalam mengawal tekanan darah pesakit hipertensi. Sememangnya senaman merupakan antara aspek terpenting bagi setiap individu untuk kekal sihat. Ia merupakan penawar darah tinggi semula jadi yang sering tidak diendahkan.
Tinjauan semula terhadap 27 kajian rawak terkawal (randomized controlled trial) yang melibatkan 1,480 subjek telah mendapati bahawa purata kesan senaman terhadap penurunan tekanan darah bagi pesakit hipertensi berada pada kadar 10.8/4.7 mmHg (tekanan darah sistolik/tekanan darah diastolik).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pelaksanaan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Ada ahli akademik yang menganggap saranan durasi tersebut sebenarnya tidak mencukupi namun pokok pangkalnya, anda perlu bersenam untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada keadaan baik.
Jika anda jarang melakukan senaman, janganlah pula anda memulakan rutin anda dengan senaman berat. Bagi mereka yang suka bersenam di gim, mulakan dengan pemberat yang ringan. Bagi individu yang suka bersenam di luar, anda boleh melakukan aktiviti joging, mendaki bukit dan berenang.
Bersenam bukan sahaja dapat memberikan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, ia juga mampu menghindarkan penyakit kronik jika digabungkan dengan faktor lain seperti pemakanan dan tidur. Dalam konteks artikel ini, ia merupakan penawar darah tinggi yang dapat mengekalkan bacaan tekanan darah pada kadar normal.
Senaman tidak akan berkesan jika anda makan tanpa menghiraukan tentang keseimbangan nutrisi makro dan mikro pada struktur diet anda. Antara pelan pemakanan yang telah diiktiraf sebagai penawar darah tinggi adalah diet DASH (Dietary Approach to Stop Hypertension).
Jika dilaksanakan dengan betul, pelan pemakanan tersebut dapat membantu pesakit hipertensi menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada nilai purata 11 mmHg dan 5.5 mmHg. Anda tidak wajib untuk melaksanakan gaya pemakanan sebegini memandangkan terdapat pelbagai jenis pelan diet yang turut berkesan dalam mengubati hipertensi.
Namun, anda perlu mengawal gaya pemakanan agar tekanan darah anda terkawal. Antara tip yang boleh diguna pakai bagi mereka yang ingin mengamalkan diet DASH adalah seperti berikut:
Jika anda ingin tahu berkenaan dengan corak pemakanan anda, maka adalah lebih baik jika anda merekodkan pengambilannya di dalam diari makanan. Melalui cara ini, anda boleh memantau corak pengambilan makanan dan membuat perubahan pada aspek tertentu jika anda ingin memaksimumkan kesan pengamalan diet tersebut.
Di Asia Tenggara, Malaysia tidak asing lagi dengan masalah obesiti. Peningkatan terhadap insiden obesiti amat membimbangkan berikutan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah hipertensi.
Pengurangan berat badan merupakan penawar darah tinggi yang boleh dianggap mujarab. Secara amnya, anda terlindung daripada masalah tekanan darah tinggi jika anda mampu mengurangkan 4.5 kg (10 pounds) daripada berat badan asal.
Namun, jika anda telah mengimplementasikan pelan untuk menurunkan berat badan, fokus anda seharusnya bukan pada jumlah berat badan anda. Beri tumpuan kepada ukur lilit pinggang anda. Lapisan yang menyelaputi keliling pinggang yang dikenali sebagai lemak visera adalah masalah yang perlu ditangani.
Lemak ini kebiasaannya akan berkumpul pada organ dalaman di bahagian abdomen dan boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi kesihatan termasuklah tekanan darah tinggi. Menurut WHO, bagi populasi Asia, ukur lilit pinggang bagi lelaki dan wanita perlu kurang daripada 85 cm dan 80 cm.
Ukuran melebihi nilai tersebut boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit metabolik. Jika anda tercari-cari akan penawar darah tinggi yang berkesan, kurangkan berat badan anda.
Ramai orang tahu bahawa kalau nak kurangkan tekanan darah kena kurangkan garam dalam makanan, kan? Garam, atau lebih spesifik lagi natrium, merupakan nutrisi mikro yang sering dikaitkan dengan risiko hipertensi. Walaupun garis panduan pengurangan pada pengambilan makanan boleh memberikan kebaikan, namun ia boleh menjadi kontroversial.
Ini berikutan bukan semua individu akan mendapat kebaikan yang setaraf daripada gaya pemakanan rendah natrium dan jika diambil terlalu sedikit, ia turut boleh mendatangkan kemudaratan. Sama ada ia menjadi penawar atau bukan penawar darah tinggi, ia bergantung kepada keperluan individu seharian.
Bagi mereka yang didiagnosis dengan hipertensi, Persatuan Jantung Amerika telah menyarankan kadar natrium di antara 1,500 mg hingga 2,300 mg sehari. Dengan kata lain, jumlahnya tidak sampai satu sudu teh garam sehari. Jumlah ini tidak termasuk dengan penggunaan rempah ratus yang turut mengandungi garam campuran.
WHO telah mengeluarkan saranan yang berbeza. Mereka menyarankan pengambilan garam tidak melebihi 5,000 mg dan saranan ini bertepatan dengan beberapa kajian yang menerangkan perihal kemudaratan apabila seseorang individu itu mengambil sumber natrium yang tidak mencukupi.
Dalam kajian tinjau semula yang dijalankan oleh pengkaji daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia pada tahun 2016 telah mendapati bahawa mereka yang mengambil jumlah natrium kurang daripada 3,000 mg sehari berisiko untuk mendapat masalah jantung berbanding dengan mereka yang mengambil natrium pada kadar 4,000-5,000 mg sehari.
Untuk kemudahan para pembaca, sukatan natrium adalah seperti berikut:
Sebagai pengguna, kita tidaklah selalu sedar berkenaan dengan jumlah garam yang ada di dalam makanan kita. Namun, jika anda mula memantau jumlah pengambilan garam, ia boleh menjadi penawar darah tinggi terbaik buat anda. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda jika terdapat kekeliruan pada subjek tersebut.
Timbulnya uban di kepala sering kali dikaitkan dengan proses penuaan. Ada lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik. Namun, jangan terkejut ramai wanita mengakui lelaki beruban punya daya tarikan tersendiri.
Siapa yang tidak mengenali Richard Gere. Bagaimana pula dengan George Clooney dan Steve Martin?. Tetap kacak dan bergaya bukan?. Di Malaysia pula, Dato’ Jalaluddin Hassan, Chef Wan serta Dato’ Hj Rahim Razali. Kesemua daripada mereka masih lagi tampil segak, menawan dan digilai walau pun umur sudah mencecah setengah abad. Rambut yang beruban langsung tidak membayangi persona mereka. Bagaimana?
Ramai berpendapat rambut beruban di kepala lelaki boleh mencairkan hati sang wanita. Berdasarkan uban yang timbul, wanita mudah terpikat kerana uban menampakkan sisi matang si dia, selain itu lelaki beruban dipercayai berpengalaman, misteri dan romantik.
MITOS RAMBUT BERUBAN 1) Kejadian mengejutkan penyebab uban di kepala. Tidak, menurut Penolong Profesor Klinik bidang Dermatologi, University Medical Center, Amerika Syarikat menyatakan uban muncul ketika sel-sel melanosit yang ada di folikel rambut telah berhenti menghasilkan melanin (pigmen yang memberikan warna pada rambut).
2) Tekanan mempercepatkan ketumbuhan uban. Ya, aktiviti dan ketumbuhan melanosit di sel rambut dipengaruhi oleh hormon stres. Saintis percaya mereka yang mengalami tekanan berpanjangan memiliki uban lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengalami tekanan.
3) Nutrisi tidak seimbang punca uban timbul dengan cepat. Ya, kajian pakar kesihatan global percaya kurangnya pengambilan vitamin A dan B-12 akan mempengaruhi penghasilan melanin di akar rambut.
4) Mencabut uban akan membuatkan banyak lagi uban timbul. Tidak. Kajian membuktikan uban akan timbul pada folikel yang sama setelah dicabut. Tiada bukti saintifik makin banyak uban akan timbul. Malah doktor menyarankan agar uban tidak dicabut kerana tindakan ini boleh melukakan kulit kepala dan terjadinya infeksi.
5) Aspek penuaan punca rambut beruban. Tidak tepat 100% kerana ada yang sudah beruban bermula umur 20-an dan 30-an lagi. Ini disebut uban pra-matang (premature graying). Aspek keturunan juga mempengaruhi genetik uban di kepala.
ELAK RAMBUT BERUBAN
– Ambil makanan yang tinggi kandungan protein seperti ikan.
– Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi di sel rambut.
– Vitamin E juga elok untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban.
– Gunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan semula jadi bagi mengatasi rambut beruban.
Tidur enam saat kini tular di media sosial, namun KKM memberi amaran keras kerana teknik ini boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.