Hipertensi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, adalah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri meningkat secara berlebihan.
Secara umum, tekanan darah normal adalah kira-kira 120/80 mmHg. Hipertensi berlaku apabila tekanan darah rata-rata melebihi tahap normal ini. Terdapat dua kategori utama hipertensi:
Hipertensi Esensial atau Primer: Ini merupakan jenis hipertensi yang tidak mempunyai sebab yang jelas atau identifikasi penyebab yang tepat. Sebahagian besar kes hipertensi adalah jenis ini.
Hipertensi Sekunder: Hipertensi ini berkait rapat dengan faktor lain seperti penyakit ginjal, gangguan hormonal, atau penggunaan ubat-ubatan tertentu. Hipertensi sekunder boleh menjadi akibat daripada faktor-faktor tertentu dan biasanya memerlukan penanganan yang lebih khusus.
HIPERTENSI Boleh Diatasi Dengan Konsistan Bersenam & Kurangkan Berat Badan
Ini 4 jenis penawar darah tinggi yang boleh diamalkan bersama preskripsi ubat. Ya, ubat masih perlu diambil seperti yang disarankan oleh doktor. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
#1 Senaman secara berkala
Mungkin tip pertama ini kelihatan seperti cliche namun pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan senaman dalam mengawal tekanan darah pesakit hipertensi. Sememangnya senaman merupakan antara aspek terpenting bagi setiap individu untuk kekal sihat. Ia merupakan penawar darah tinggi semula jadi yang sering tidak diendahkan.
Tinjauan semula terhadap 27 kajian rawak terkawal (randomized controlled trial) yang melibatkan 1,480 subjek telah mendapati bahawa purata kesan senaman terhadap penurunan tekanan darah bagi pesakit hipertensi berada pada kadar 10.8/4.7 mmHg (tekanan darah sistolik/tekanan darah diastolik).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pelaksanaan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Ada ahli akademik yang menganggap saranan durasi tersebut sebenarnya tidak mencukupi namun pokok pangkalnya, anda perlu bersenam untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada keadaan baik.
Jika anda jarang melakukan senaman, janganlah pula anda memulakan rutin anda dengan senaman berat. Bagi mereka yang suka bersenam di gim, mulakan dengan pemberat yang ringan. Bagi individu yang suka bersenam di luar, anda boleh melakukan aktiviti joging, mendaki bukit dan berenang.
Bersenam bukan sahaja dapat memberikan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, ia juga mampu menghindarkan penyakit kronik jika digabungkan dengan faktor lain seperti pemakanan dan tidur. Dalam konteks artikel ini, ia merupakan penawar darah tinggi yang dapat mengekalkan bacaan tekanan darah pada kadar normal.
#2 Gaya pemakanan DASH
Ads
Senaman tidak akan berkesan jika anda makan tanpa menghiraukan tentang keseimbangan nutrisi makro dan mikro pada struktur diet anda. Antara pelan pemakanan yang telah diiktiraf sebagai penawar darah tinggi adalah diet DASH (Dietary Approach to Stop Hypertension).
Jika dilaksanakan dengan betul, pelan pemakanan tersebut dapat membantu pesakit hipertensi menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada nilai purata 11 mmHg dan 5.5 mmHg. Anda tidak wajib untuk melaksanakan gaya pemakanan sebegini memandangkan terdapat pelbagai jenis pelan diet yang turut berkesan dalam mengubati hipertensi.
Namun, anda perlu mengawal gaya pemakanan agar tekanan darah anda terkawal. Antara tip yang boleh diguna pakai bagi mereka yang ingin mengamalkan diet DASH adalah seperti berikut:
Kurangkan makanan berlemak
Lebihkan pengambilan bijirin, kekacang, ayam dan ikan
Pastikan anda mengambil hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hidangan makanan. Gantikan snek anda dengan buah-buahan
Jika anda tidak mahu makan buah sebagai snek, ambil kekacang tanpa garam, kismis atau yogurt rendah atau tanpa lemak
Kurangkan pengambilan daging merah. Jika boleh, fokuskan kepada pengambilan sayur-sayuran dan protein daripada produk tenusu
Kurangkan pengambilan mentega, sos dan bahan perasa yang lain
Pastikan anda membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan. Utamakan makanan yang rendah natrium dan kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium
Jika anda ingin tahu berkenaan dengan corak pemakanan anda, maka adalah lebih baik jika anda merekodkan pengambilannya di dalam diari makanan. Melalui cara ini, anda boleh memantau corak pengambilan makanan dan membuat perubahan pada aspek tertentu jika anda ingin memaksimumkan kesan pengamalan diet tersebut.
#3 Kurangkan berat anda
Di Asia Tenggara, Malaysia tidak asing lagi dengan masalah obesiti. Peningkatan terhadap insiden obesiti amat membimbangkan berikutan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah hipertensi.
Ads
Pengurangan berat badan merupakan penawar darah tinggi yang boleh dianggap mujarab. Secara amnya, anda terlindung daripada masalah tekanan darah tinggi jika anda mampu mengurangkan 4.5 kg (10 pounds) daripada berat badan asal.
Namun, jika anda telah mengimplementasikan pelan untuk menurunkan berat badan, fokus anda seharusnya bukan pada jumlah berat badan anda. Beri tumpuan kepada ukur lilit pinggang anda. Lapisan yang menyelaputi keliling pinggang yang dikenali sebagai lemak visera adalah masalah yang perlu ditangani.
Lemak ini kebiasaannya akan berkumpul pada organ dalaman di bahagian abdomen dan boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi kesihatan termasuklah tekanan darah tinggi. Menurut WHO, bagi populasi Asia, ukur lilit pinggang bagi lelaki dan wanita perlu kurang daripada 85 cm dan 80 cm.
Ukuran melebihi nilai tersebut boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit metabolik. Jika anda tercari-cari akan penawar darah tinggi yang berkesan, kurangkan berat badan anda.
#4 Kurangkan pengambilan garam
Ramai orang tahu bahawa kalau nak kurangkan tekanan darah kena kurangkan garam dalam makanan, kan? Garam, atau lebih spesifik lagi natrium, merupakan nutrisi mikro yang sering dikaitkan dengan risiko hipertensi. Walaupun garis panduan pengurangan pada pengambilan makanan boleh memberikan kebaikan, namun ia boleh menjadi kontroversial.
Ads
Ini berikutan bukan semua individu akan mendapat kebaikan yang setaraf daripada gaya pemakanan rendah natrium dan jika diambil terlalu sedikit, ia turut boleh mendatangkan kemudaratan. Sama ada ia menjadi penawar atau bukan penawar darah tinggi, ia bergantung kepada keperluan individu seharian.
Bagi mereka yang didiagnosis dengan hipertensi, Persatuan Jantung Amerika telah menyarankan kadar natrium di antara 1,500 mg hingga 2,300 mg sehari. Dengan kata lain, jumlahnya tidak sampai satu sudu teh garam sehari. Jumlah ini tidak termasuk dengan penggunaan rempah ratus yang turut mengandungi garam campuran.
WHO telah mengeluarkan saranan yang berbeza. Mereka menyarankan pengambilan garam tidak melebihi 5,000 mg dan saranan ini bertepatan dengan beberapa kajian yang menerangkan perihal kemudaratan apabila seseorang individu itu mengambil sumber natrium yang tidak mencukupi.
Dalam kajian tinjau semula yang dijalankan oleh pengkaji daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia pada tahun 2016 telah mendapati bahawa mereka yang mengambil jumlah natrium kurang daripada 3,000 mg sehari berisiko untuk mendapat masalah jantung berbanding dengan mereka yang mengambil natrium pada kadar 4,000-5,000 mg sehari.
Untuk kemudahan para pembaca, sukatan natrium adalah seperti berikut:
¼ sudu teh garam = 575 mg natrium
½ sudu teh garam = 1,150 mg natrium
¾ sudu teh garam = 1,725 mg natrium
1 sudu teh garam = 2,300 mg natrium
Sebagai pengguna, kita tidaklah selalu sedar berkenaan dengan jumlah garam yang ada di dalam makanan kita. Namun, jika anda mula memantau jumlah pengambilan garam, ia boleh menjadi penawar darah tinggi terbaik buat anda. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda jika terdapat kekeliruan pada subjek tersebut.
Bukan senang nak miliki badan idaman. Kalau tak disertakan dengan diet dan senaman yang konsisten, mana mungkin badan anda boleh cantik, tegap dan mantap. Tidak perlu berhabis duit dengan ambil pelbagai produk, cara ini juga boleh membantu anda miliki badan cantik.
Cara yang disertakan ini pastinya menjimatkan. Jika konsisten mengamalkannya, pasti misi anda mendapatkan badan yang cantik akan tercapai. Ini 10 cara yang boleh anda ikuti.
Minum air mencukupi
Minum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan anda secara semula jadi. Oleh itu, sebelum anda ambil makanan berat, minumlah air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, perut anda akan brada kenyang lantas mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.
Kurangkan makanan bergaram
Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menggalakkan penakungan air dalam badan. Apabila anda mengurangkan mengambil garam, ini sekali gus menyebabkan badan tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Katakan tidak kepada minuman berkarbonat
Penulis yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan jika diambil selalu. Malah minuman manis seperti ini boleh mengganggu pelan diet anda.
Teknik pemakanan di sini merujuk kepada teknik anda mengunyah makanan. Semasa makan, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan yang kecil sebelum menetelan agar ia mudah dihadam kelak. Malah cara ini juga membuatkan perut anda kenyang.
Gunakan pinggan makanan yang kecil dan rata
Elakkan menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang kecil dan rata, secara tidak langsung anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengelakkan anda mengambil makanan secara berlebihan.
Jangan percaya dengan pelbagai mitos diet
Dalam amalan mendapatkan badan yang cantik dan mantap, kerap kita dengar pelbagai mitos diet. Antaranya, elak makan sarapan kalau nak kurus, jangan minum air masak nanti perut kembung dan banyak lagi. Sedangkan, mitos-mitos diet itu sebenarnya salah dan tidak sepatutnya anda ikuti.
Paling terbaik, amalkan pelan diet yang sempurna dengan mengambil sarapan pagi sihat sebagaimana yang disarankan. Malah banyak minum air juga sangat penting dalam proses untuk miliki badan cantik dan mantap.
Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh anda ingin menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan untuk turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, tingkatkan kepada 1-2 kg bagi mencapai berat badan impian. Dengan adanya sasaran ini akan memudahkan rancangan diet anda.
Jangan timbang berat badan setiap hari
Alasannya? Jika anda berbuat demikian, ia boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Anda dicadangakan untuk menimbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Buat catatan atau diari diet sebagai rekod
Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu merekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak yang anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda mungkin hebat di gym dan anda mungkin mempunyai tenaga yang bagus sepanjang anda bersenam. Stamina yang bagus ketika anda bersenam membolehkan anda mendapat bentuk lengan dan badan yang cantik. Ada segelintir masyarakat menganggap mereka yang berhabis tenaga di gym biasanya adalah lelaki yang lemah dan tidak mempunyai tenaga batin yang kuat. Sejauh mana kebenaran fakta itu?
Eat this not that ada menyatakan bahawa lelaki dan wanita hanya boleh mencapai kepuasan di atas katil paling lama 15- 20 minit bukan seperti yang diperkatakan semua orang bahawa lebih lama pasangan itu bersama di atas katil lebih kepuasan. Namun, adakah anda yakin bahawa tempoh 15-20 minit itu mencapai kepuasan isteri anda? Jika anda mudah letih dan lesu, apa kata kalau anda selitkan makanan-makanan ini dalam pemakanan diet harian anda itu untuk tenaga di malam hari.
Buah Tembikai
Tembikai adalah salah satu sumber semula jadi yang kaya dengan L-citrulline, asid amino yang dapat membantu membuat buah zakar anda lebih keras. Ini kerana L-citrulline akan bertukar kepada L-arginine sebaik sahaja ia berada di dalam badan. L-arginine merangsang penghasilan oksida nitrat, yang meningkatkan aliran darah ke zakar, memperkuat lagi kemaluan anda.
Cili merah
Benar! Cili memang membantu anda untuk meningkatkan metabolisme anda, namun ia juga membantu anda untuk meningkatkan kekuatan tenaga batin. Jadi tambah seberapa banyak bahan pedas di dalam masakan anda dan nikmatilah malam anda dengan lebih bertenaga.
Buah Epal
Perumpamaan barat mengatakan bahawa An Apple a day keeps the doctor away tidak boleh digunapakai tetapi sebiji buah epal dapat membantu anda dalam meingkatkan stamina pada waktu malam walaupun anda penat seharian bekerja. Ini kerana tubuh anda melalui banyak perubahan fizikal yang sama semasa seks seperti yang dilakukan semasa peningkatan kadar denyut jantung, peningkatan metabolisme, kalori terbakar, dan kontraksi otot-anda membolehkan ketahanan atas katil. Menurut pakar pemakanan Nashville, Sarah-Jane Bedwell, RD, LDN, quercetin boleh membantu menghasilkan mitokondria baru dalam sel-sel badan dan meningkatkan kapasiti oksidatif, yang menandakan jumlah maksimum oksigen yang dapat digunakan oleh otot anda. Quercetin juga boleh membantu mencegah pembebasan kortison, yang menyebabkan kerosakan otot, bermakna anda akan dapat melakukannya lebih lama tanpa mengalami keletihan sebelum mebcapai kepuasan.
Halia
Jika anda suka makanan masam-masam manis seperti pasangan anda maka tahniah! Halia adalah makanan lain yang boleh meningkatkan kepuasan seks anda dengan membantu aliran darah dan meningkatkan kesihatan arteri. Menurut satu kajian di Jurnal Antarabangsa Cardiology, pengambilan satu sudu cecair halia dapat menghindarkan anda dari penyakit hati. Jadi sentiasa letakkan halia dalam masakan anda yang bukan saja dapat membantu tenaga malam anda, malah ia juga membantu dalam kesihatan harian anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Demam disusuli tubuh menggigil waktu tengah malam kerana kedinginan adalah antara petanda paru-paru dijangkiti kuman atau lebih dikenali sebagai pneumonia.
Gejala lain yang biasa dialami pesakit pneumonia adalah batuk yang mengeluarkan kahak yang kadangkala berwarna kuning atau hijau serta mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman menyebabkan pundi atau alveoli di dalam paru-paru yang berfungsi menyerap oksigen dipenuhi cecair yang menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Organisma yang paling kerap menjadi punca pneumonia adalah Streptoccocus pneumoniae iaitu sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi disebabkan Haemophilus influenzae.
Kanak-kanak muda, pesakit tua, perokok, pesakit yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis adalah golongan paling berisiko mengalami pneumonia.
Membunuh empat juta setiap tahun
Secara global, pneumonia dijangka akan dihadapi oleh kira-kira 450 juta pesakit dan membunuh empat juta orang setiap tahun. Dengan rawatan sewajarnya pesakit akan pulih dalam masa tiga hingga tujuh hari sekiranya jangkitan yang dialami tidak terlalu teruk.
Sekiranya jangkitan lebih serius, pneumonia boleh membawa kepada penyakit paru-paru bernanah dan bagi pesakit yang tenat, mereka perlu diberi bantuan pernafasan dan malangnya ada yang maut.
Rawatan biasanya dengan mendapatkan rehat secukupnya, pengambilan ubat antibiotik, ubat mengurangkan demam seperti paracetamol serta kemasukan air menerusi salur darah (IV). Sesetengah pesakit mungkin memerlukan oksigen dalam tempoh diperlukan serta bantuan fisioterapi untuk membantu mereka mengeluarkan kahak.
Pesakit yang tenat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membantu mereka mendapatkan oksigen.
Kanak-kanak, orang tua berisiko tinggi diserang
Kadar kematian akibat pneumonia boleh mencecah sehingga 10 peratus disebabkan kekurangan oksigen, jangkitan kuman yang terlalu kuat untuk sistem pertahanan badan atau disebabkan organ lain tidak cukup kuat. Kebanyakan pulih sepenuhnya tetapi bagi sesetengah pesakit, terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua, pneumonia boleh mengurangkan kekuatan paru-paru mereka.
Paru-paru yang lemah akan mendedahkan pesakit sekali lagi kepada serangan pneumonia pada masa depan. Bagaimanapun, terdapat vaksin bagi melawan kuman Streptococcus pneumoniae bagi mengurangkan risiko mendapat pneumonia bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Vaksin terbukti mampu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.
INFO: Gejala pneumonia
– Batuk.
– Demam.
– Bernafas termengah mengah.
– Menggigil dan gigil bergeser akibat kedinginan.
– Sakit dada yang semakin sakit apabila batuk atau ketika menarik nafas.
– Denyut jantung laju.
– Merasa letih atau sangat lemah.
– Loya dan muntah.
– Cirit birit.
# Bagaimana pneumonia bermula: – Apabila kuman masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas. – Lebih cenderung dialami selepas mengalami demam dan selesema. – Mengalami penyakit kronik dalam jangka masa panjang seperti asma, jantung, barah atau diabetes.
# Adakah paru-paru berair sama dengan pneumonia?
– Paru-paru berair berlaku akibat cecair berlebihan di dalam paru-paru
– Berpunca daripada penyakit jantung.
# Langkah mencegah pneumonia: – Berhenti merokok. – Elakkan diri daripada terdedah kepada menghidu asap perokok. – Prihatin dengan keadaan persekitaran tercemar dengan melindungi diri. – Senaman dapat meningkatkan stamina dan kekuatan paru-paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.