Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Ads
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Ads
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Ads
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Wah, memang gempak! Depan motosikal super, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
Guna kereta lama lebih 15 tahun, ini tip penting kena tahu. Ramai dalam kalangan kita masih memandu kereta yang telah berusia lebih 10 hingga 15 tahun. Seiring dengan usia, kenderaan lama pastinya tidak lari daripada mengalami masalah.
Namun, tidak dinafikan bahawa banyak juga kereta yang sudah berdekad tetap berada dalam keadaan baik dan boleh terus digunakan tanpa masalah besar.
Bagi pemilik kereta lama, khususnya yang melebihi 15 tahun, penting untuk lebih peka terhadap sebarang perubahan atau rasa pelik ketika memandu. Inilah yang ditekankan oleh Fadil Mohd Yusof, yang berkongsi pengalamannya menjaga sebuah kereta keluaran tahun 2001 yang masih dalam keadaan baik walaupun telah mencapai usia 23 tahun.
“Memiliki kereta yang sudah lama bukan mudah. Hati kena kuat dan kita kena cepat perasan kalau ada rasa pelik masa memandu. Kelisa saya dari tahun 2001, dah masuk 23 tahun. Tapi saya guna setiap hari,” jelas Fadil.
Berikut adalah beberapa aspek penting yang beliau tekankan untuk memastikan kereta lama kekal dalam keadaan baik:
Radiator kini kebanyakannya diperbuat daripada plastik dan bukan lagi sepenuhnya besi. Bahagian atas radiator yang diperbuat daripada plastik sebaiknya diganti setiap 3 hingga 4 tahun.
Fadil pernah mengalami insiden penutup plastik tersebut pecah ketika memandu pada kelajuan 120 km/j kerana lewat menukarnya. Nasib menyebelahi beliau apabila hanya perlu melakukan top overhaul. Kalau lebih teruk, enjin mungkin perlu diganti. Selain itu, jika radiator mula kelihatan berkarat, ia perlu dicuci segera.
Komponen ini perlu ditukar mengikut jarak perjalanan seperti yang disarankan pengeluar – biasanya setiap 100,000 km. Namun, jika usia kereta sudah menjangkau 9 hingga 10 tahun tetapi jarak perjalanan belum mencukupi, sebaiknya tetap ditukar. Jika putus ketika memandu, kos pembaikan boleh jadi tinggi.
Minyak-minyak ini perlu diganti setiap 5 tahun atau apabila warnanya berubah daripada kuning cair kepada merah kehitaman. Warna gelap menandakan ia sudah kotor dan kurang efektif.
Servis menyeluruh penyaman udara disarankan dilakukan setiap dua atau tiga tahun bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik.
Minyak gear perlu diganti mengikut saranan pengeluar, biasanya antara 40,000 hingga 80,000 km. Jika belum sampai jarak tersebut, tukar setiap 2 hingga 3 tahun sebagai langkah berjaga-jaga.
Aspek paling kritikal yang sering diabaikan ialah insurans. Apabila memperbaharuinya, ambil pakej yang termasuk perkhidmatan towing tanpa had (unlimited towing). Kos tambahan sekitar RM100, tetapi sangat berguna jika kereta rosak di tengah jalan. Kita tak perlu lagi risau tentang kos tarik kereta.
Setiap orang ada keutamaan masing-masing. Kalau tak mahu berdepan kerumitan menjaga kereta lama, pilihan paling mudah ialah beli kereta baru. Walaupun ada bayaran bulanan, sekurang-kurangnya tak perlu pening memikirkan kos baik pulih kenderaan.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.