“Wah, memang gempak! Depan motosikal super, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Ketika kereta diperkenalkan sebagai pengangkutan paling efisien untuk manusia bergerak dari poin A ke poin B, ia hanya berfungsi sebagai kenderaan semata.
Namun seiring dengan perubahan zaman serta evolusi pelbagai teknologi automotif kereta kini sudah terbahagi kepada banyak kategori. Malah ia bukan dianggap sebagai kenderaan pengangkutan semata.
Kereta kini menjadi sebahagian daripada identiti, personaliti, medium untuk hobi dan juga pelbagai tujuan lagi. Namun walau apa jua objektifnya ia masih tetap sama – membawa kita dari poin A ke poin B.
Di kotaraya yang besar dan sibuk kereta bersaiz kecil kini menjadi salah satu opsyen yang cukup baik. Maka tidak hairanlah mengapa pengeluar automotif kini turut teruja memperkenalkan kereta bersaiz kecil yang kadangkala hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja.
Selain sifatnya yang kecil dan menjimatkan ruang ia juga tidak menggunakan banyak bahan api atau tenaga. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 kereta paling kecil di dunia yang cukup popular.
Diperkenalkan sejak tahun 2016, Ford Ka atau juga dikenali dengan nama Ford Figo dipasarkan di beberapa buah negara seperti Itali, Mexico, Sepanyol, Afrika Selatan dan Argentina.
Kereta comel dengan 4 tempat duduk dan 3 pintu ini dikuasakan enjin elektrik. Ia direka oleh Pininfarina dan dikeluarkan oleh Cecomp di Bairo, Itali.
Dikeluarkan oleh syarikat Think yang dimiliki oleh Ford, pengeluar asal Norway ini cukup popular di negara-negara scandinavia. Namun sejak berdepan masalah bankrap ia telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2012.
Pengeluar yang cukup sinonim dengan model kereta kompak, Daihatsu cukup dipercayai ramai. Kereta kecil dua pintu ini menggunakan enjin petrol dan dipasarkan di UK, Jepun, Jerman dan Belanda.
Kecil tapi bergaya! Dihasilkan oleh Kandi Technologies dari China, kereta kompak ini mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2009.
Tidak dinafikan, Smart merupakan jenama yang paling sinonim dengan imej kereta kecil dan kompak. Turut dikenali sebagai kereta mikro, The Smart Two dihasilkan oleh Daimler Ag dan diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1998.
Kereta keluaran Tata Motors yang berasal dari India ini juga tidak kurang hebatnya. Ketika mula dipasarkan ia diberi nama julukan ‘The People’s Car’ kerana harganya yang sangat murah.
Kereta mikro elektrik yang dikeluarkan Comuter Cars ini memmpunyai dua motor elektrik bagi sokongan setiap roda.
Ia merupakan kereta hibrid dari Tangho dan VentureOne. Menggunakan ultra-compat battery-electric, kereta keluaran negara Perancis ini dihasilkan oleh Lumeneo.
Satu lagi jenama asal Norway yang telah menyaksikan ia dipasarkan ke 18 buah negara. Kereta 2 pintu dan 3 tempat duduk ini merupakan generasi ke-6. Ia pintar, elegan dan memiliki rekaan cukup cantik.
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update artikel terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak kenal tayar botak, selalunya kita anggap tayar itu sudah tak ada bunga. Namun betulkah tanggapan kita itu?
Untuk mengenalpasti sama ada tayar botak atau masih selamat untuk digunakan, anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Mo Akmal Amri ini.
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Semoga bermanfaat
Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu model yang menarik perhatian di reruai Yamaha ialah motosikal tiga rodanya. Secara peribadi menurut penulis model berkenaan lebih baik berbanding Can-Am Spyder dan sekurang-kurangnya tidaklah anda tersekat di belakang kenderaan lain.
Motosikal jenis Roller Leaning Multi-Wheeler (LMW) itu dinamakan sebagai Yamaha Niken. Bagaimanapun, spesifikasi lengkap jentera berasaskan model MT-09 itu masih belum didedahkan sepenuhnya pada Tokyo Motor Show (TMS) 2017.
Difahamkan maklumat terperinci akan didedahkan pada EICMA (6 November) di Milan, Itali. Spesifikasi yang ada setakat ini hanyalah bahagian jana kuasa dan dimensi. Yamaha Niken menggunakan enjin DOHC penyejukan cecair, pancitan bahan api, 4-lejang. Tanpa perlu diragui tentunya enjin berkenaan daripada Yamaha MT-09 bersesaran 847cc.
Merujuk siaran akhbar yang dikeluarkan, jentera tiga roda itu dilengkapi dengan teknologi LMW yang berfungsi mengurangi kesan perubahan tunggangan mengikut keadaan dan menawarkan kestabilan apabila melalui selekoh.
Yamaha Niken dikatakan tetap selesa ditunggang pada pelbagai permukaan jalan. Motosikal tiga roda yang pertama di dunia itu memiliki dimensi panjang 2,150mm ,lebar 885mm dan tinggi 1,250mm.
Bagi mendapatkan tunggangan sporty, Yamaha menggunakan mekanisme suspensi depan yang belum pernah dipakai sebelum ini. Ia memadankan rim depan 15 inci bersama dua tiub suspensi USD sehingga terlihat sporty dan tampil mewah.
Buat masa ini soal harga masih belum dibahaskan lagi dan model berkenaan kemungkinan akan berada di pasaran tahun depan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.