
Jenama kasut larian berprestasi tinggi, HOKA, memperkukuhkan komitmennya terhadap komuniti pelari tempatan dengan memperkenalkan Clifton PRO di Malaysia.
Model terbaharu dalam keluarga Clifton ini direka khas untuk membantu pelari berlatih dengan lebih selesa, bergerak lebih efisien dan meningkatkan keyakinan dalam usaha mencipta personal best (PB).
Pelancaran itu turut menyaksikan pengenalan program komuniti ‘Run It Again’, satu inisiatif baharu HOKA Malaysia yang bertujuan memberi inspirasi kepada pelari harian untuk berlatih secara lebih konsisten dan berfokus dalam mencapai sasaran masing-masing.

Evolusi Baharu Siri Clifton
Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, siri Clifton menjadi antara model paling popular dalam rangkaian HOKA kerana menawarkan gabungan kusyen maksimum dengan berat yang ringan untuk kegunaan latihan harian.
Kini, Clifton PRO tampil sebagai evolusi terbaharu dengan beberapa penambahbaikan dari segi prestasi.
Antara teknologi yang diperkenalkan termasuk PROGLIDE+ midsole system dan geometri MetaRocker™ yang dipertingkatkan bagi memberikan transisi langkah lebih lancar, larian lebih responsif serta penggunaan tenaga yang lebih efisien.



Menurut HOKA, Clifton PRO dibangunkan untuk pelari yang percaya setiap peningkatan prestasi bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil latihan yang konsisten dari hari ke hari.
Program ‘Run It Again’ Bantu Pelari Capai Sasaran
Bersempena pelancaran kasut baharu itu, HOKA Malaysia turut memperkenalkan Run It Again, sebuah program latihan komuniti yang menghimpunkan 10 pelari harian bagi menjalani latihan berstruktur selama tiga bulan.
Menerusi program ini, peserta akan dibimbing untuk mencatat masa bawah dua jam dalam Kuala Lumpur Half Marathon yang dijadual berlangsung pada Oktober nanti.
Inisiatif tersebut diwujudkan bagi membuktikan bahawa larian berprestasi bukan hanya untuk atlet elit, malah boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang sanggup berlatih secara konsisten.
Ketua Pemasaran Jenama HOKA Malaysia, Azri Haidhar, berkata Clifton PRO bukan sekadar produk baharu, tetapi simbol komitmen jenama itu dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai potensi sebenar mereka.

“Di HOKA, kami percaya setiap pelari masih mempunyai satu lagi pencapaian yang menanti. Sebab itu kami memperkenalkan Clifton PRO bukan sekadar sebagai kasut latihan berprestasi, tetapi sebagai simbol komitmen kami untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai potensi mereka.
“Bersama program Run It Again, kami mahu memberi peluang kepada pelari harian berlatih dengan tujuan yang jelas, mengejar personal best dan berkembang bersama komuniti HOKA,” jelasnya lagi.
Sanjay Manimaran Jadi Inspirasi
Program ‘Run It Again’ turut disertai atlet HOKA, Sanjay Manimaran, yang kini sedang memburu rekod kebangsaan separuh maraton Malaysia.
Selepas mencatat masa 1 jam 7 minit 22 saat di Gold Coast Half Marathon 2026 iaitu hanya 29 saat di belakang rekod kebangsaan, Sanjay akan menjalani latihan bersama peserta ‘Run It Again’ sebagai persediaan menghadapi cabaran seterusnya.
Menurut HOKA, kehadiran Sanjay melambangkan falsafah ‘Fly Human Fly’, iaitu keberanian untuk terus mencabar had kemampuan diri dan tidak mudah berputus asa.

BACA: 5 Sebab Pelari Biasa Mula Beralih Kepada Trail Running
Perkukuh Kehadiran Di Malaysia
Dalam masa sama, HOKA turut mengumumkan perancangan untuk mengembangkan lagi kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan semula butik di Suria KLCC pada Ogos ini, diikuti pembukaan sebuah lagi cawangan baharu di Pavilion Kuala Lumpur.

Kedua-dua lokasi itu bukan sekadar berfungsi sebagai ruang jualan, malah bakal dijadikan hab komuniti untuk pelari berkongsi pengalaman, mencuba inovasi terkini HOKA dan menyertai pelbagai aktiviti larian yang dianjurkan jenama tersebut.
Clifton PRO kini boleh didapati di semua stor HOKA Malaysia, peruncit sah terpilih serta laman web rasmi HOKA Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




