Salah satu jenis kenderaan yang menjadi pilihan terutamanya golongan muda ialah dengan menunggang motosikal.
Tidak dinafikan menunggang motosikal memang ada risiko kemalangan lebih tinggi di jalan raya. Namun, tidak bermakna anda tidak boleh cuba mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip perjalanan jauh dengan menaiki motosikal.
HENTI & REHAT LEBIH KERAP
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi.
Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
PERIKSA KONDISI MOTOSIKAL
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.
Ads
Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
PASTIKAN PENGLIHATAN JELAS
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
KELENGKAPAN & PERALATAN TAMBAHAN
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa peraltan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.
Ads
Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat.
Ads
Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
DUIT MENCUKUPI
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dalam menikmati tungangan motosikal yang lebih selamat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini betul-betul merasai bahang kehangatan final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Liverpool dengan juara bertahan dua tahun berturut-turut Real Madrid. Tapi apa yang menarik perhatian penulis ialah pemain prolifik Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan, walaupun pada hari perlawanan penting hujung ini.
Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu apabila fakta menunjukkan dia akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.
Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, dia beragama Islam.
Mengikut laman web SalahTimes.com, waktu berpuasa di Kiev pada 26 Mei ini bermula jam 2.32 pagi dan tamat jam 8.53 malam.
Waktu perlawanan pula ialah 7.45 malam, bermakna Salah akan turun bermain ketika dia masih berpuasa, jika tersenarai dalam kesebelasan utama.
Namun begitu, ada juga peminat yang yakin Salah tidak berpuasa pada hari berkenaan kerana dia sedang bermusafir.
“Kepada anda yang tertanya-tanya, Salah mungkin tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Mengikut ajaran Islam, mereka yang dalam perjalanan jauh dibenarkan untuk tidak berpuasa dan boleh menggantikannya pada tarikh lain,” tulis pengguna Twitter dengan nama @grizz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti trailing atau mendaki dikawasan berbukit merupakan satu kegiatan yang cukup popular di kalangan penggemar outdoor.
Salah sebuah lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Namun sepanjang tempoh PKP yang lalu ramai yang terpaksa melupakan seketika aktiviti tersebut kerana penularan wabak Covid-19.
Walau bagaimanapun selepas negara kita kini memasuki fasa pemulihan dengan PKPP, kawasan rekreasi itu telah kembali menjadi tumpuan ramai. Dalam beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial foto yang menunjukkan orang bersesa-sesak tanpa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP.
Ia sekaligus telah menjadi bahan bualan hangat di kalangan warganet. Rata-rata mempersoalkan mengapa pengunjung masih berdegil untuk melakukan aktiviti tersebut sedangkan ia telah sesak. Malah ramai yang dilihat duduk secara rapat-rapat dan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Rentetan kejadian tersebut Bukit Broga telah diumumkan ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti pendakian bermula 27 Jun ini.
Memetik laporan Harian Metro, penutupan tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah. Keputusan itu dilakukan selepas mensyuarat Jawatankuada Kerja Keselamatan Selangor.
“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.
“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,” jelasnya.
Buat anda yang ingin terus melakukan aktiviti trailing atau mendaki, carilah lokasi yang tidak sesak dengan orang ramai. Atau anda boleh tukar aktiviti trailing dengan melakukan larian di persekitaran kediaman sendiri sahaja.
Bersama-sama kita menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kini telah berjaya kita landaikan. Namun ‘peperangan’ ini masih belum selesai!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim perayaan ini, ramai yang buat open house, jemput rakan taulan dan sanak saudara. Namun di sebalik kemeriahan itu ada sahaja cerita kurang enak akibat tingkah laku anak-anak yang tidak menyenangkan. Jadi adakah salah membawa anak kecil ke rumah terbuka? Ini 13 adab yang perlu anda tahu untuk ke open house.
1.Adab mengundang. Jika kita menjadi tuan rumah, eloklah jemputan itu dibuat secara adil, meliputi semua peringkat. Jangan pula kita beria mengundang rakan sepejabat tetapi terlupa jiran sebelah rumah. Atau kita sibuk mengajak rakan sepejabat tetapi terlupa saudara mara terdekat. Atau kita bersungguh mahu mengundang saudara mara yang tinggal jauh tetapi mengabaikan kawan-kawan yang berdekatan. Dalam hal ini, eloklah kita beri keutamaan kepada orang yang utama dari segi jarak dan hubungan.
2.Tuntutan memenuhi undangan. Memenuhi undangan adalah sunat kerana ini dapat menggembirakan orang yang mengundang kita. Sekiranya kita sudah berjanji untuk hadir, eloklah penuhi janji itu. Jangan gunakan kata-kata “Insya-Allah” sekiranya kita memang tidak mahu pergi. Sekiranya tidak dapat hadir kerana masalah tertentu, lebih manis kita maklumkan kepada tuan rumah supaya dia tidak terharap-harap.
4.Pergaulan yang baik sesama tetamu juga digalakkan. Beramah mesra, berbual sopan dan tidak menunjuk-nunjukkan kehebatan diri walaupun siapa pun kita. Umpamanya dalam berbual, apabila tiga orang berbual, tidak seharusnya dua orang bercakap perkara yang mereka sahaja tahu sehingga menyebabkan yang seorang lagi rasa terasing. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah Mas’ud, Rasulullah menasihatkan, “Jika kamu bertiga, maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap dan meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begitu akan mendukacitakannya.”
5.Tidak menganggap diri lebih penting daripada orang lain sehingga berkehendakkan layanan istimewa. Umpamanya dengan menyuruh orang yang datang dahulu bangun memberikan tempat duduk kerana kita mahukan tempat duduk istimewa. Namun begitu sekiranya kita datang awal dan sudah selesai makan, malah kita tahu majlis itu mempunyai ruang makan yang terhad, adalah lebih manis sekiranya kita bangun beredar ke sudut lain untuk memberi laluan kepada tetamu yang baru datang untuk makan pula.
6.Perbualan yang baik dengan tetamu yang lain. Pergaulan dengan tetamu yang lain juga hendaklah berlangsung dalam suasana harmoni. Antara adab bercakap, kita digalakkan menggunakan bahasa yang betul, tenang dan bercakap mengikut kefahaman orang yang berbual dengan kita. Berbuallah topik yang difahami oleh orang lain dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk pandai. Tumpukan juga perhatian apabila orang lain bercakap, dan apabila bercakap, halakan percakapan kepada semua orang, bukan orang tertentu sahaja.
Rasulullah sendiri apabila bercakap dengan para sahabat, akan memberikan sepenuh perhatian kepada setiap mereka sehingga masing-masing rasa diri mereka penting. Dalam hadis riwayat Tabrani daripada Amru al-As, dikatakan, “Rasulullah menghadapkan muka dan kata-kata sehingga kepada serendah-rendah kaum dan menyenangkan hati mereka. Baginda pernah menghadapkan muka dan percakapannya kepadaku (Amru) sehingga aku rasa akulah yang terbaik. Aku bertanya, “wahai Rasulullah, saya lebih baik daripada Abu Bakar? Abu Bakar juga bertanya: “Rasulullah, saya lebih baik daripada Umar?” Umar juga bertanya, “Rasulullah, saya lebih baik daripada Uthman?” Kemudian Uthman berkata, “ketika aku hendak bertanya, Rasulullah berpaling dariku, maka aku rasa lebih baik kiranya aku tidak bertanya.”
7.Sederhana dalam bergurau. Bagi orang yang suka bergurau, bersederhanalah ketika bergurau dalam majlis orang. Selalunya kita bergurau kerana ingin mendapatkan perhatian atau mungkin mahu menghiburkan orang lain. Namun begitu apabila terlalu banyak bergurau, akan menghilangkan kredibiliti seseorang dan menampakkan dia bukan orang yang serius. Rasulullah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Baihaqi, “Aku bukan daripada kalangan orang yang suka bersuka-suka dan berseronok, mereka bukan daripadaku.”
Gurauan juga disunatkan tetapi jangan sampai menyakitkan hati orang lain atau memperolok-olokkan orang lain sehingga sampai ke tahap memalukannya. Umpamanya, seseorang yang latah, pantang dicuit, dia akan melatah dan kemudian menari serta menyanyi dan orang yang melihat akan ketawa gembira melihatnya. Itu mungkin sekadar untuk hiburan tetapi jika keterlaluan, boleh menjatuhkan maruah manusia pelatah itu dan menjatuhkan nama baiknya.
8.Makan minum. Makan dengan penuh beradab, basuh tangan sebelum dan selepas makan, mulai makan dengan ucapan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. Hal ini bukan kita amalkan tetapi juga patut diajar kepada anak-anak apabila bertandang ke rumah orang.
9.Jangan membazir makanan. Hidangan di rumah terbuka selalunya disediakan secara bufet. Makanan buffet ini selalunya memberi kita peluang merasakan kepelbagaian makanan. Jangan tamak, ambil secukupnya sahaja untuk elakkan pembaziran.
10.Tidak mengkritik makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Elok juga menjaga mulut ketika berada di majlis orang terutamanya dalam mengkritik hidangan yang dijamu kepada kita. Kadangkala ketika berbual dengan tetamu, kita tidak sedar akan hal ini. Rasulullah menunjukkan contoh teladan melalui hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, “Rasulullah tidak pernah mencela sebarang makanan, kalau makanan itu menyelerakan baginda makan, kalau tidak, ditinggalkan.” Di rumah terbuka, biasanya ada banyak makanan, jadi sekiranya tidak suka mana-mana makanan, diam sahaja dan pilihlah yang kena dengan selera sahaja.
11.Adab meninggalkan majlis. Apabila hendak meninggalkan majlis, seelok-eloknya beritahulah tuan rumah supaya tuan rumah tahu hal itu. Itu sebagai cara untuk menghormatinya dan menyatakan terima kasih. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya dijadikan meminta izin itu adalah untuk mengelokkan pandangan.”
12.Apabila membawa anak-anak kecil. Lazimnya kita juga membawa anak-anak apabila ke rumah terbuka anjuran teman atau saudara mara. Inilah peluang untuk mereka berkenalan dengan saudara mara atau rakan-rakan ibu bapa mereka. Oleh itu wajar mereka diajar tentang adab yang perlu apabila berada di rumah orang. Penampilan fizikal mereka juga perlu diberikan perhatian. Ajarlah mereka berpakaian sopan dan menutup aurat. Penampilan fizikal mereka itu sebenarnya turut memberikan gambaran siapa ibu bapa mereka.
13.Cara bertingkah laku anak-anak. Anak-anak juga perlu diajar menghormati majlis, seperti bersalaman dengan tuan rumah dan bergaul dengan tetamu yang lain. Anak-anak kecil jangan dibiarkan terlalu seronok bermain dalam majlis orang sehingga mengganggu ketenteraman. Makan minum mereka juga perlu diperhatikan supaya tidak keterlaluan mengambil makanan sehingga membazir. Pendek kata, tingkah laku anak-anak dalam majlis juga mencerminkan cara ibu bapa mendidik dan menjaga mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang