Kenderaan dua roda tidak dinafikan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dengan pelbagai kategori yang wujud dalam dunia automotif, peminat motosikal sememangnya sanat ramai.
Bagi yang meminati motosikal unik, nama Honda Motocompo pasti cukup mesra diingatan mereka. Ia pernah diperkenalkan pada tahun 1981. Namun pada ketika itu ia hanya diminati segelintir peminat sahaja dan pengeluarannya hanya bertahan selama dua tahun sahaja.
Walaupun begitu ia menjadi motosikal yang cukup ikonik kerana kategori motosikal lipatnya. Model tersebut yang hadir dengan enjing dua lejang dikatakan terjual kira-kira lebih 54 ribu unit sahaja.
Ads
Motocompo yang hadir dengan bentuk seperti bagasi suitcase turut direka untuk senang dimuatkan di dalam kereta-kereta Honda seperti City dan Today.
Ads
Dengan status ikonik yang dibawanya, Honda ternyata telah menggembirakan peminat motosikal tersebut. Dalam perkembangan terbaru Honda dilaporkan telah memfailkan paten terbaharu untuk memperkenalkan versi terbaru dikenali dengan nama Honda Motocompacto.
Rekaan terbaru Motocompacto tampil dengan lebih moden dan futuristik. Model ini juga pernah dipertontonkan dengan rekaan Motocompo Concept pada Tokyo Motorshow pada tahun 2011. Berbeza dengan model terdahulu, ia kini tampil dengan enjin dipacu oleh trenkuada elektrik bukannya menggunakan petrol.
Ads
Ia dikatakan menggunakan bateri yang boleh dicaj dengan penggunaan sejauh 40 batu dengan pengecasan 2 jam. Kelajuan maksimum pula pada 15 batu sejam yang datang dari motor 500w.
Sehingga kini masih belum ada maklumat tentang bilakah ia akan mula dipasarkan. Namun dengan perkembangan ini, peminat Honda boleh menarik nafas lega untuk menantikan kemunculan Honda Motocompacto di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas episod pertama ditayangkan pada 16 Januari 2022 lalu kini RODA PANAS 2 tiba ke episod yang terakhir. Pelbagai tema automotif telah dihidangkan dengan segala macam jenis motosikal, kereta dan juga genre motorsport telah dipersembahkan.
Tidak hairanlah ramai menganggap RODA PANAS 2 merupakan program televisyen automotif nombor satu di Malaysia!
Untuk episod finale, RODA PANAS 2 meneruskan kesinambungan tema SUPERCAR dari minggu lalu. Jika minggu lalu menampilkan kereta buatan Jepun, pada episod ini pula kejuruteraan Jerman pula ditonjolkan.
Hos, Fizo Omar membawakan kepada anda kereta hebat jentera supercar Jerman yang sangat berkuasa iaitu Mercedes-AMG C63 Coupe! Bagi episod finale ini, RODA PANAS membawakan expert khas, Kavind yang akan berkongsi kepakarannya serta pengetahuannya tentang kelebihan ‘supercar’ ini. Apakah rahsia kehebatan jentera dari Jerman ini? Ikuti penjelasan dengan lebih mendalam daripada Kavind.
Selain itu, episod ini turut menampilkan aktor popular masa kini, Fikry Ibrahim. Bersama-sama Fikry dan Kavind mereka berdua memberikan pandangan tersendiri tentang Mercedes-AMG C63 Coupe!
Episod finale ini juga RODA PANAS 2 turut membawakan beberapa tip ‘wrapping’ untuk pelbagai jenis kereta.
Jadi jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 ya!
Buat anda yang mungkin terlepas atau ingin ‘catch up’ semua episod RODA PANAS 2, anda boleh menontonnya menerusi platform Astro GO!
Bercakap tentang penjagaan atau servis kereta kita sebagai pemilik pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan. Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis penghawa dingin atau aircond. Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah-msalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi sesetengah penunggang motosikal melakukan perjalanan pada waktu malam adalah jauh lebih menyeronokkan dan selesa. Selain dapat mengelak cuaca yang panas melakukan tunggangan pada waktu malam boleh memberikan satu keunikan atau kepuasan yang lebih berbeza.
Selain kesesakan jalan raya yang boleh dielakkan suasana tunggangan pada waktu malam mampu memberikan ketengangan dan pengalaman yang tersendiri. Namun mungkin tidak sedar bahawa melakukan perjalanan menggunakan motosikal pada waktu malam boleh mendatangkan risiko yang agak berbahaya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, penunggang motosikal mencatatkan 59% daripada kemalangan jalan raya maut di Malaysia, dengan tujuh daripada setiap 10 kemalangan tragis melibatkan motosikal.
Malah, Kementerian Pengangkutan juga baru-baru ini mendedahkan bahawa akan berlaku kemasukan motosikal di jalan raya berdasarkan peningkatan mendadak jualan motosikal sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2021, terdapat 23 juta kenderaan atas jalan dengan motosikal mencatatkan peratusan sebanyak 46% dan angka ini dijangkakan untuk terus meningkat.
Menunggang motosikal pada waktu malam mempunyai risiko yang tersendiri akibat pelbagai faktor seperti cuaca buruk, pencahayaan jalan yang tidak memuaskan, titik buta, jalan berlubang dan selekoh yang berbahaya.
dengan risiko-risiko sebegini penggunaan motosikal semakin popular di Malaysia sebagai mod pengangkutan kegemaran kerana kebolehgerakan dan kemampuan untuk mengharungi trafik kota raya.
Sekiranya anda tidak boleh mengelakkan diri daripada menunggang motosikal pada waktu malam, berikut merupakan beberapa tips untuk berhati-hati di jalan raya apabila malam menjelang tiba.
Pastikan anda boleh dilihat semasa menunggang motosikal pada waktu malam supaya para pengguna jalan raya lain sedar akan kehadiran anda dari jauh. Pakai pakaian pantul cahaya semasa menunggang motosikal agar boleh dilihat dengan lebih jelas dari segenap sudut.
Periksa dan pastikan semua lampu motosikal anda berfungsi dan terang, termasuk lampu hadapan, lampu brek dan lampu signal. Lampu hadapan memperbaiki keterlihatan dan memaklumkan kepada para pengguna jalan raya tentang kehadiran anda, manakala lampu signal adalah penting untuk menetapkan hala tuju pergerakan anda.
Keadaan jalan raya yang tidak menentu boleh menimbulkan risiko yang serius. Ini termasuklah jalan berlubang dan halangan seperti haiwan, objek atau tumpahan minyak licin. Kekal fokus, jangkakan insiden ini, dan bersedia untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat.
Pemanduan yang perlahan juga membolehkan anda untuk memperhatikan persekitaran anda dan juga memberikan anda masa untuk mengelak dari jalan berlubang atau halangan-halangan lain di atas jalan. Anda juga boleh berhenti sewajarnya sekiranya penunggang motosikal lain hilang kawalan atau memandu secara berbahaya.
Selain anda mengikuti tips dan serta mematuhi pelbagai larangan jalan raya serta kekal selamat, adalah lebih bagus sekiranya anda dilindungi dengan insurans motosikal. Ia merupakan usaha untuk memastikan penunggang motosikal semua mendapatkan perlindungan sewajarnya terutamanya mereka dari komuniti B40.
Baru-baru Liberty General Insurance melancarkan kempen ‘Takpe, We Belanje!’ untuk membantu meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah. Ia bertujuan untuk menonjolkan kepentingan memiliki pelan insurans yang secukupnya untuk melindungi anda yang tersayang.
Seingga 14 November 2023, semua pemegang polisi yang membeli atau memperbaharui polisi mereka bagi motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah menerusi Liberty General Insurance Berhad atau mana-mana perantara yang sah layak untuk menerima cukai jalan secara percuma untuk motosikal yang diinsuranskan.
Mereka hanya pastikan pelan insurans dikemaskini dengan Liberty General Insurance Berhad dan dapatkan polisi insurans unik anda dan bawa ke mana-mana cawangan POS Malaysia untuk menebus cukai jalan percuma.
Selain itu, anda juga boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka yang boleh membantu para pelanggan untuk memperbaharui cukai jalan mereka menerusi MYEG.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang