Honda Bakal Perkenalkan Semula Model Motosikal Lipat Dengan Honda Motocompo

Share

Kenderaan dua roda tidak dinafikan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dengan pelbagai kategori yang wujud dalam dunia automotif, peminat motosikal sememangnya sanat ramai.

Bagi yang meminati motosikal unik, nama Honda Motocompo pasti cukup mesra diingatan mereka. Ia pernah diperkenalkan pada tahun 1981. Namun pada ketika itu ia hanya diminati segelintir peminat sahaja dan pengeluarannya hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Walaupun begitu ia menjadi motosikal yang cukup ikonik kerana kategori motosikal lipatnya. Model tersebut yang hadir dengan enjing dua lejang dikatakan terjual kira-kira lebih 54 ribu unit sahaja.

Motocompo yang hadir dengan bentuk seperti bagasi suitcase turut direka untuk senang dimuatkan di dalam kereta-kereta Honda seperti City dan Today.

Dengan status ikonik yang dibawanya, Honda ternyata telah menggembirakan peminat motosikal tersebut. Dalam perkembangan terbaru Honda dilaporkan telah memfailkan paten terbaharu untuk memperkenalkan versi terbaru dikenali dengan nama Honda Motocompacto.

Rekaan terbaru Motocompacto tampil dengan lebih moden dan futuristik. Model ini juga pernah dipertontonkan dengan rekaan Motocompo Concept pada Tokyo Motorshow pada tahun 2011. Berbeza dengan model terdahulu, ia kini tampil dengan enjin dipacu oleh trenkuada elektrik bukannya menggunakan petrol.

Ia dikatakan menggunakan bateri yang boleh dicaj dengan penggunaan sejauh 40 batu dengan pengecasan 2 jam. Kelajuan maksimum pula pada 15 batu sejam yang datang dari motor 500w.

Sehingga kini masih belum ada maklumat tentang bilakah ia akan mula dipasarkan. Namun dengan perkembangan ini, peminat Honda boleh menarik nafas lega untuk menantikan kemunculan Honda Motocompacto di pasaran.

IKLAN