HONDA CB150R ExMOTION: 1,000 TEMPAHAN DALAM MASA 5 HARI

Share

AP Honda Co Ltd, pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Thailand melakukan debut dunia Honda CB150R Exmotion.

Menerusi tag line “Life in Exciting Motion”, Honda CB150R Exmotion 2017 memiliki penampilan motor retro klasik dengan sentuhan ciri moden.

Motor hasil inspirasi model konsep Racer 150SS itu dilengkapi dengan enjin 150cc DOHC 4-injap. Mematuhi piawaian Euro6, enjin berkenaan menggunakan teknologi PGM-FI penyejukan cecair.

Penghantaran kuasa ke roda belakang dipadankan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Sentuhan moden boleh dilihat pada lampu depan berbentuk bulat yang menggunakan ciri LED. Lampu brek belakang juga turut menggunakan ciri LED.

Spesifikasi jentera berkuasa tinggi boleh dilihat pada peralatan pilihan suspensi terbalik di depan, angkup brek empat pot dan ABS dengan G-Sensor.

Pelanggan di Thailand boleh memilih empat warna iaitu kelabu, merah, hijau dan hitam dengan harga pengenalan bermula 109,800 baht (RM14,150) seunit.

Selain itu, tiga model edisi terhad turut ditawarkan iaitu 500 unit CB150R Street Café pada harga bermula 135,200 baht (RM17,400).

Diikuti 1,000 unit CB150R Scramble Café berharga 118,400 baht (RM15,250) dan 500 CB150R edisi Moriwaki yang akan dijual pada bulan depan.

Menariknya, dalam masa lima hari sahaja pihak Honda di Thailand menerima tempahan sebanyak 1,000 unit walaupun pelanggan tidak pernah melihat secara dekat.

 

 

 

 

 

IKLAN