Dalam masyarakat yang semakin maju, kaedah perancangan keluarga mendapat perhatian yang serius daripada pasangan yang ingin mengawal bilangan anak dalam keluarga mereka.
Vasektomi, satu prosedur kekal untuk lelaki, sering kali menjadi pilihan.
Sebelum ini, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hukum prosedur vasektomi ini.
Prosedur vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani. Vasektomi mempunyai risiko yang rendah dan biasanya boleh dilakukan di bahagian pesakit luar di bawah anestesia setempat.
Sebelum melakukan vasektomi, seseorang itu perlu pasti bahawa dia tidak mahu menjadi bapa pada masa hadapan. Walaupun ada kemungkinan boleh untuk mengembalikannya semula, namun vasektomi harus dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang kekal.
Seterusnya, perancangan keluarga dapat dikategorikan kepada tanzim al-nasl (تَنْظِيمُ النَّسْلِ) dan tahdid al-nasl (تَحْدِيدُ النَّسْلِ).
Tanzim al-nasl (تَنْظِيمُ النَّسْلِ) merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan ‘azl (ejakulasi luar rahim), mengeluarkan air mani daripada kemaluan isteri selepas selesai persetubuhan dan memasang peranti intrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara.
Tahdid al-nasl (تَحْدِيدُ النَّسْلِ) pula adalah membataskan anak menggunakan kaedah yang lebih melibatkan campur tangan perubatan yang kekal seperti pemandulan kekal dan melakukan pengguguran.
Haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah
Kaedah ini dianggap haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan. Ini juga tindakan yang menafikan Allah sebagai Pemberi Rezeki bagi ibu bapa dan anak-anak. Apatah lagi jika ia dilakukan oleh wanita atau lelaki yang belum berkahwin.
Jadi, kesimpulannya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan. Hal ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal yang melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan.
BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025
Sumber: Maktabah al Bakri & X
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI