Nampak gayanya, lagu Raya sudah berkumandang di sana-sini. Itu menandakan tidak lama lagi kita semua bakal menyambut 1 Syawal.
Di sana-sini sudah riuh kelihatan orang ramai mula berpusu-pusu di pusat membeli-belah membawa keluarga masing-masing untuk mencari baju raya.
Buat anda sebagai lelaki juga tidak harus ketinggalan untuk mempersiapkan diri dengan gaya paling menarik terutamanya di pagi Hari Raya.
Selain menggayakan Baju Melayu anda harus melengkapkannya dengan kasut yang sesuai.
Kalau tiada idea apa jenis kasut perlu anda pakai, usah risau. MASKULIN kongsikan beberapa jenis kasut yang ideal untuk anda pakai pada Hari Raya.
Oxford
Kasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan.
Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman.
Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Fred Peery jenama pakaian eksklusif memperkenalkan sebuah konsep pop-up retail di ibu negara.
MASKULIN turut hadir pada sesi preview yang dijalankan oleh Fred Perry baru-baru ini. Pop-up store yang pertama kali diadakan oleh jenama terkenal dengan pelbagai sub-budaya ini juga merupakan yang pertama kali dianjurkan atau diadakan di Malaysia.
Dikenali dengan FRED PERRY REXKL, pop-up store ini hanya menawarkan barangan eksklusif daripada Fred Perry. Dan ia hanya menawarkan barangan high end dan koleksi kapsul sahaja.
Uniknya, pop-up store ini diadakan di sebuah bangunan yang merupakan bekas pawagam lama terkenal di tengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur.
Dengan saiznya 560 kaki persegi terletak di REXKL, bangunan ini telah dibaikpulih dan kini digunakan sebagai pusat kegiatan seni, komuniti kebudayaan dan juga pelbagai kedai berkonsepkan kesenian.
Fred Perry juga mengetengahkan konsep outlet dengan feel modern industrial. Bagi koleksi ekslusif pula, Fred Perry menawarkan koleksi khas seperti Fred Perry x Raf Simnons, Fred Perry x Akane Utunomiya, Fred Perry x Nicholas Daley dan Fred Perry Made in Japan.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi pop-up store ini dan menyaksikan koleksi premium Fred Perry, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Kredit Foto: ALL IS AMAZING
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan dalam mana-mana budaya moden dalam tempoh seratus tahun ini warna memainkan peranan yang cukup penting dalam fesyen.
Pemilihan warna yang sesuai bukan sahaja menonjolkan karakter seseorang tetapi mampu menonjolkan sisi lebih tampan atau cantik seseorang itu.
Sejak sekian lama kita berdepan dengan sesetengah stereotaip yang cukup menebal di kalangan masyarakat apabila menyentuh tentang warna dan fesyen. Salah satunya ialah warna merah jambu atau pink yang sekian lama hanya dikatakan sesuai untuk wanita.
Menurut VINTAGE 1946, warna pink sebenarnya mempunyai sejarah yang cukup unik dalam dunia fesyen lelaki.
Tahukah anda pada era 1800-an, lelaki yang berpengaruh dan mempunyai pangkat memakai warna pini untuk membezakan diri mereka dengan orang lain!
Namun seiring perkembangan zaman, warna ini mula lebih terkait dengan wanita. Namun pada masa kini ia kembali diterima lelaki sebagai warna yang tidak lagi menjurus ke arah sifat feminin semata.
Lihatlah aktor seperti Daniel Craig contohnya juga elegan dan yakin menggayakan sut berwarna pink.
Daniel Craig
Berikut MASKULIN kongsikan kenapa lelaki juga boleh bergaya dengan warna pink!
HAPUSKAN STEREOTAIP JANTINA
Pada era ini masyarakat semakin sedar tentang kepentingan membuang stereotaip jantina yang membataskan lelaki daripada memakai warna merah jambu.
PILIHAN PERIBADI
Kenapa tidak! Itulah jawapannya. Setiap lelaki berhak memilih warna yang mereka suka. Apa paling penting mereka selesa termasuklah menggayakan pakaian berwarna pink.
KEPELBAGAIAN FESYEN
Industri fesyen semakin menggalakkan kepelbagaian dan kreativiti dalam gaya berpakaian, membolehkan lelaki mengekspresikan identiti mereka melalui pilihan warna termasuk pink.
Lihat sahaja koleksi pakaian premium terbaru adidas Z.N.E yang membariskan seleksi warna pink sebagai pilihan yang cukup menarik.
KESEIMBANGAN EMOSI
Beberapa kajian menunjukkan bahawa warna merah jambu dapat membantu mengurangkan ketegangan dan menggalakkan keseimbangan emosi.
KESEDARAN KANSER
Warna merah jambu telah diambil sebagai simbol kesedaran kanser payu dara. Jadi memakai warna pinkj boleh menjadi simbolik menyokong perjuangan melawan kanser ini.
WARNA VERSATIL
Pink kini telah dianggap sebagai warna yang cukup versatil bukan sahaja untuk wanita tetapi juga lelaki. Walaupun ia mampu membuatkan pemakainya lebih menonjol tetapi ia sesuai dipadankan dengan warna monokrom seperti putih dan hitam.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki dalam filem hit ‘Barbie’ terutamanya Ken. Tetap nampak macho walaupun bergaya dalam busana berwarna pink!
Tanyalah mana-mana lelaki apakah aksesori yang pertama akan muncul dalam minda mereka bila ditanya.
MASKULIN yakin hampir 90% akan menjawab jam sebagai jawapan pertama atau kedua. Jam tangan kini bukan lagi bertindak sebagai penunjuk masa sahaja. Malah ia lebih daripada itu.
Tak keterlaluan juga diktakan bahawa jam tangan juga membawa simbol kepada status. Reka bentuk, jenama serta keluaran terhad menjadi antara tarikan utama pemilihan jam di kalangan lelaki.
Tapi tahukah apa yang anda pakai di pergelangan tangan juga sering diperhatikan oleh kaum wanita?
Disebabkan itulah jam tangan sentias menjadi aksesori yang sangat penting buat lelaki. Jadi sebagai lelaki yang sentiasa ingin tampil bergaya dan menawan anda perlu bijak dan tahu bagaimana nak membeli jam tangan dengan betul.
Ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
PILIHAN JENIS JAM
Sebelum membeli jam anda harus faham bahawa terdapat pelbagai jenis jam yang terdapat di pasaran. Jadi anda harus tahu adakah jam tersebut bakal memenuhi keperluan anda setiap hari. Sebagai contoh jika anda seornag yang sentiasa aktif melakukan aktiviti larian atau berbasikal, jam tangan pintar adalah pilihan paling tepat. Jika mahu tampil segak dan tampil elegan pula carilah jam dengan rekaan klasik.
KETAHANAN
Antara faktor utama pemilihan ialah perlu melihat apakah material atau bahan jam tangan itu diperbuat. Untuk jam ada dua bahagian yang penting iaitu body dan juga tali jam. Sama sepeeti di atas anda pilihlah material yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika sentiasa berpeluh elakkan membeli tali daripada jenis kulit.
Faktor ini sangat penting kerana anda perlu tahu jam tersebut digerakkan dengan salah satu daripada tiga jenis fungsi biasa iaitu bateri, quartz dan mekanikal. Ketiga-tiga ini membawa fungsi yang lebih kurang sama cuma berbeza daripada aplikasi dalaman jam sahaja. Namun, ini merupakan faktor penting bagi pengumpul jam.
PILIHAN JENAMA
Memilih jam berkualiti semestinya akan hadir dengan harga yang cukup mahal. Namun jika anda membuat survey lebih awal, pasti opsyen itu akan bertambah besar. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan kelak nanti anda menyesal dengan pembelian. Bacalah review dari laman sesawang yang boleh dipercayai agar anda dapat gambaran awal tentang performance dan kualiti jam tersebut.
UKURAN
Setiap jenis jam mempunyai ukuran yang berbeza-beza sama ada body atau ukuran panjang tali. Untuk body jangan beli jam tangan yang mempunyai diameter melebihim lebar pergelangan tangan. Bagi tali pula jika ada memakai jam tangan pada laras paling besar tapi ia meninggalkan kesan selepas membukanya, itu bermakna jam sangat ketat. Bagi anda yang badan bersaiz besar carilah jam yang mempunyai rekaan lebar dan bulat.
BUAT KEPUTUSAN
Anda boleh membeli jam mengikut keperluan spesifik seperti bersukan, kerja, majlis formal atau untuk dipadankan dengan pakaian kasual. Apa yang penting anda harus tahu adakah ia memenuhi keperluan harian anda. Jnagan beli jam semata-mata ia trend terkini walhal ia senagat tak sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.