Tidak dapat dinafikan lelaki kadangkala agak keliru dan teragak-agak dalam memilih hadiah untuk isteri atau kekasihnya yang tersayang. Malah ada yang tercegat di dalam kedai kekeringan idea tak tahu nak pilih apa hadiah untuk mereka.

Kini bulan Februari sudah menjelma. Bulan yang ramai menganggapnya sebagai bulan paling romantik. Jadi pasti kesayangan hati anda mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada anda. Sebenarnya tidak perlu hadiahkan barang mahal atau berjenama, cukup sekadar ia boleh menggembirakan mereka.

JAM PINTAR

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat. Kalau selama ini anda seorang sahaja yang gigih bersenam atau berlari, ajaklah pasangan turut serta. Hadiah jam pintar pasti memberikannya semangat! Ia juga menunjukkan anda perihatin kepada kesihatan pasangan.

PURSE

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Purse atau beg duit merupakan barangan yang sering digunakan setiap hari. Boleh dikatakan ia barangan asa dalam beg tangan namun sentiasa terlindung. Hadiahkan mereka purse ini dengan purse yang baru. Pasti mereka suka.

IKLAN

EARPHONE WIRELES

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Peranti gaya hidup moden yang boleh memberikan kepuadan audio maksima. Tidak perlu embeli yang terlalu mahal kerana di pasaran sekarang ada pelbagai jenama dan tahap harga. Dengan earphone ini dapatlah dia layan drama Korea dengan tenang tanpa gangguan terutamanya dari anda.

BACA: Hebatnya Lelaki Pendiam, Ramai Wanita Tak Sedar Kelebihan Mereka

PHONE CASE

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

IKLAN

Phone case atau sarung telefon pintar yang boleh memberikan penampilan unik. Secara tidak langsung, smartphone mereka menjadi lebih cantik, lagi-lagi kalau anda hadiahkan jenis fancy phone case. Lagi mereka suka.

BAJU TIDUR

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Bukan baju tidur yang seksi ya! Hadiahkan baju tidur yang selesa dipakai. Baju Pastinya mereka akan lebih selesa tidur dengan pakaian sedemikian. Isteri yang tidurnya lena moodnya juga akan lebih baik. Anda pun happy!

AIS KRIM

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

IKLAN

Raikan hari-hari bahagia terutamanya pada Hari Kekasih dengan dua perisa aiskrim terbaru Cornetto iaitu Love Series. Cornetto Love Series hadir dalam dua perisa, Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie. Cornetto Raspberry Yoghurt kaya dengan kepingan kecil biskut mentega manakala Dark Chocolate Brownie pula sarat berperisa dengan rasa coklat gelap dan sos coklat pekat.

Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Lebih menarik, Cornetto tuut mengadakan Peraduan Love Series Sweet Heart di mana anda berpeluang memenangi baucar TnG eWallet bernilai RM100 bagi 120 peserta secara keseluruhan.

Selain itu, Cornetto turut mengadadakan peraduan eklusif bersama 7-Eleven di mana hadiah wang tunai bernilai RM500 boleh anda rebut.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari FB mereka di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI