Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis.
Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas.
Ads
Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Disebalik kegagahan yang ditampilkan, lelaki juga mempunyai titik lembut di dalam hati, adakalanya mereka mempunyai perasaan sensitif dan boleh merajuk. Memahami cara untuk memujuk lelaki memerlukan kepekaan dan pemahaman terhadap keperluan emosi mereka.
Walaupun setiap individu mempunyai cara berbeza untuk merasa dihargai dan dipujuk, terdapat beberapa pendekatan umum yang boleh membantu. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh memujuk seorang lelaki dan membantu mereka merasa lebih dihargai dan difahami.
Komunikasi yang jelas dan jujur adalah kunci dalam mana-mana hubungan. Lelaki menghargai apabila mereka tahu apa yang diharapkan dan apa yang sedang berlaku. Berbicaralah dengan mereka secara terbuka, nyatakan perasaan anda tanpa prasangka, dan dengarkan apa yang mereka katakan. Mendengarkan dengan penuh perhatian menunjukkan bahawa anda benar-benar peduli dan mahu memahami perasaan mereka.
Sokongan emosi dan moral adalah penting bagi lelaki. Tunjukkan bahawa anda ada di sana untuk mereka tidak kira apa jua keadaan. Sokongan ini boleh berupa kata-kata penyemangat, pelukan, atau hanya kehadiran anda di sisi mereka. Mengingatkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran boleh memberi mereka kekuatan dan keyakinan.
Ada kalanya lelaki memerlukan ruang dan waktu untuk memproses perasaan mereka sendiri. Menghormati keperluan ini dan memberi mereka masa untuk bersendirian boleh menjadi cara yang berkesan untuk memujuk mereka. Ini menunjukkan bahawa anda memahami dan menghormati privasi mereka, dan membiarkan mereka menyelesaikan masalah dengan cara mereka sendiri.
Lelaki sering merasa dihargai apabila usaha dan pengorbanan mereka diakui. Memberikan penghargaan secara verbal atau melalui tindakan kecil seperti memberikan hadiah kecil atau sekadar mengatakan “terima kasih” untuk usaha mereka boleh membuat mereka merasa dihargai dan disayangi. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dan motivasi untuk terus berusaha.
Menghabiskan masa bersama dalam aktiviti yang mereka gemari boleh menjadi cara yang baik untuk memujuk lelaki. Aktiviti seperti menonton filem, bermain sukan, atau sekadar berjalan-jalan di taman boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan gembira. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara anda berdua.
Sentuhan fizikal seperti memeluk atau memegang tangan boleh memberikan kesan menenangkan dan meyakinkan. Sentuhan ini boleh membantu lelaki merasa lebih selamat dan dihargai. Kajian menunjukkan bahawa sentuhan fizikal boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan rasa kebahagiaan.
Menunjukkan empati adalah penting dalam memujuk lelaki. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka dan fahami apa yang mereka sedang lalui. Tanyakan soalan yang menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk memahami perasaan mereka, seperti “Bagaimana perasaan awak sekarang?” atau “Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu?”
Lelaki sering mencari penyelesaian praktikal untuk masalah mereka. Memberikan pandangan atau cadangan yang berguna boleh membantu mereka merasa lebih terkawal dan optimis. Pastikan penyelesaian yang anda tawarkan adalah realistis dan dapat dilaksanakan.
Memujuk lelaki memerlukan kesabaran, empati, dan pemahaman yang mendalam tentang keperluan emosi mereka. Dengan menunjukkan sokongan, penghargaan, dan kasih sayang yang tulus, anda boleh membantu mereka merasa lebih dihargai dan disayangi. Ingatlah bahawa setiap lelaki adalah unik, jadi penting untuk menyesuaikan pendekatan anda mengikut keperibadian dan keperluan individu mereka. Dengan cara ini, hubungan anda akan menjadi lebih kukuh dan bermakna.
Apa yang anda akan buat bila anda jumpa wanita yang anda minat? Anda tegur dia? Mintak nombor telefon dia? Jika wanita itu kawan anda, apa yang anda akan lakukan? Semua persoalan ini pasti akan terjawab apabila anda mulakan langkah pertama. Tapi kalau anda luahkan perasaan anda pada seseorang pun secara terus tanpa menjangkakan yang wanita itu akan memberi feedback positif pun tak boleh juga kan? Jangan terlalu berterus terang menunjukkan yang anda suka terhadap seseorang. Ini antara perkara yang akan terjadi jika seseorang itu tidak suka pada anda.
1)Friendzone
Hati-hati dengan panggilan Bro, dan sis. Jika mereka memanggil anda dengan panggilan ini, bermakna mereka sedang ‘friendzone’ kan anda! Jadi, jika wanita menggunakan perkataan ini, dia tidak mempunyai perasaan terhadap anda.
2)Akan elak perbualan berkenaan pasangan
Kalau anda bercita-cita ingin meluahkan perasaan anda terhadap wanita, tak kiralah di kedai mamak ke, booking restoran dan tabur bunga atas lantai agar kelihatan romantik ke, tak kesah lah. Namun jika mereka tidak mahu berbual mengenai perkara ini, elak pandangan mata dengan anda, maka tiba masanya untuk anda faham yang dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda.
3)Bluetick kan anda
Ini perkara biasa yang sering anda lihat dan dapat tak kira lelaki terhadap wanita atau sebaliknya. Salah satu perkara mudah yang bakal anda lihat jika wanita itu tak punya minat terhadap anda adalah bila anda mesej dia, wanita itu akan mengambil masa yang lama untuk balas. Kadang kala, esok baru dia reply. Anda akan sering mendapat bluetick pada aplikasi whatapp anda tu. Ini kerana jika mereka tidak mempunyai minat terhadap anda, maka mereka tidak akan teruja untuk membalas mesej anda.
4)Ajak sekampung
Macam mana ajak sekampung ni. Satu fakta menarik jika wanita itu mempunyai perasaan terhadap anda adalah, jika anda mengajaknya keluar makan, atau menonton wayang, dia akan setuju dan anda akan keluar berdua dengannya. Namun, jika dia ajak rakan-rakannya sekali menonton wayang dengan anda, maka anda sudah nampak kejujuran dalam tingkah laku si dia bahawa wanita itu tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda. Jadi, move on lah!
5)Berani kenalkan anda pada wanita lain
Jangan salah sangka, si dia bukan kenalkan anda dengan wanita lain kerana si dia nak cemburukan anda. Ini terjadi kerana dia tidak mahu anda terus berusaha untuk dapatkan dia. Jadi, dia menggunakan cara ini untuk elakkan diri dari anda. Hati-hati jika dia menggunakan temannya yang lain dalam perbualan anda dengannya. Ini bermakna she’s not that into you!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang