Sebagai peminat kopi, ada antaranya yang turut gemar mengumpul cawan dan termos kerana menganggap ia sebagai objek yang sangat sinonim dengan minuman kopi. Inisiatif itu yang diketengahkan Starbucks kerana sudah berabad lamanya menjual dan menawarkan item koleksi berupa termos dan cawan edisi terhad yang mendapat sentuhan daripada pereka fesyen ternama.

Di luar negara, sudah ramai pereka fesyen bertaraf dunia yang diberi peluang mencipta ilustrasi unik untuk menghiasi cawan dan termos Starbucks. Ini termasuklah Anna Sui, Alice & Olivia, Paul & Joe, Vivienne Tam, Dannijo dan kini, tiba pula giliran Rico Rinaldi untuk menyertai barisan para pereka fesyen gah tersebut!

Ilustrasi Unik & Eksklusif Rico Rinaldi Hiasi Termos Dan Cawan Edisi Terhad Starbucks

Buat julung kalinya, Starbucks berkolaborasi dengan pereka fesyen kelahiran Malaysia untuk projek seumpamanya!

Menurut Rico Sendiri, beliau rasa sangat bertuah kerana mendapat peluang keemasan tersebut, sekaligus lahirlah tiga jenis rekaan yang diinspirasikan dari alam flora dan fauna berupa motif haiwan kebanggaan negara seperti Harimau Malaya, Penyu dan Burung Kenyalang yang habitatnya banyak di bumi Borneo.

IKLAN

Palet warna yang digunakan juga begitu ceria membuatkan reka bentuk termos dan cawan edisi terhad ini begitu menarik dan kelihatan unik -sesuai dijadikan hadiah mahupun dikumpul sebagai collectible item yang bernilai.

Ilustrasi Unik & Eksklusif Rico Rinaldi Hiasi Termos Dan Cawan Edisi Terhad Starbucks

IKLAN

Ilustrasi Unik & Eksklusif Rico Rinaldi Hiasi Termos Dan Cawan Edisi Terhad Starbucks

IKLAN

Menurut Sydney Quays, Ketua Pengawai Eksekutif, Berjaya Food Berhad, “Ini secara tidak langsung merupakan langkah proaktif yang boleh diketengahkan Starbucks untuk menggalakkan rasa kecintaan kepada negara dalam kalangan pengguna.

“Bahkan, pihak Starbucks di Amerika turut sangat terkejut serta terpukau dengan rekaan yang dizahirkan Rico Rinaldi”, tambahnya.

Untuk pengetahuan semua, koleksi termos dan cawan edisi terhad Starbucks x Rico Rinaldi akan mula dipasarkan di semua cawangan Starbucks seluruh Malaysia bermula 31 Ogos nanti bersempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-61 dan harga yang ditawarkan bermula pada RM169 seunit.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI