Artikel ini berkaitan dengan post sebelumnya. Kejadian yang berlaku pada wanita ini membuktikan pentingnya anda memakai tali pinggang keledar.
Kejadian tersebut berlaku tahun lalu. Mungkin ia kelihatan kelakar tetapi ini sebagai peringatan buat anda agar mengutamakan keselamatan.
Seorang wanita menerusi Twitter dengan nama @hellocojo berkongsi imej kesan mukanya yang tertinggal pada kerusi depan ketika kemalangan.
Tiada yang kelakar apabila terlibat dalam kemalangan. Tetapi @hellocojo menemui perkara humor dalam detik mencemaskan itu.
Ads
Kesan daripada impak kemalangan tersebut menyebabkan dia tersembam ke depan dan wajahnya dengan solekan melekat pada kerusi depan.
Cetakan tersebut begitu jelas menampakkan garis hidung, mata dan tulang pipinya yang terbentuk daripada bedak asas manakala gincu merah jambu meninggalkan bentuk bibir sempurna pada bahagian perehat kepala kerusi depan.
Ads
Menerusi post @hellocojo, walaupun bahagian depan kereta mengalami kerosakan namun dia lega kerana tiada yang cedera.
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Bagi peminat MotoGP, deruman enjin motosikal mantap dari Itali ini pastinya cukup istimewa. Ducati sememangnya mempunyai peminat setianya tersendiri di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia.
Jadi tidak hairanlah acara seperti ini mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Baru-baru ini lebih 280 pemilik Ducati Panigale telah berkumpul di Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 yang dianjurkan oleh Panigale Kingdom.
Dalam perhimpunan itu mereka melakukan konvoi ke Kuantan. Apa yang lebih menarik konvoi istimewa ini turut disertai oleh penunggang ujian MotoGP Ducati , Michele Pio Pirro.
Michele Pio Pirro merupakan pelumba dari Itali dan pernah menjadi Juara Kebangsaan CIV Itali pada tahun 2007 dan 2008 dalam kelas Superstock dan kini merupakan penunggang ujian untuk perlumbaan MotoGP bagi pasukan Ducati. Beliau juga pernah bertanding dalam perlumbaan motosikal Grand Prix dan Kejohanan Dunia Supersport.
Perhimpunan yang akan berlangsung di Zenith Hotel, Kuantan telah bermula di Madani Bikes (Ducati Kuala Lumpur). Bermula dengan acara ramah mesra pemilik-pemilik Ducati Panigale bersama Pirro di Madani Bikes sebelum konvoi motosikal berkuasa tinggi ini meneruskan perjalanan ke Kuantan dan bertemu dengan pemilik-pemilik Panigale di sana.
Menurut Jawatankuasa penganjur, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin, acara ini merupakan pembuka tirai bagi tahun 2023.
“Panigale Kingdom amat bertuah dengan kehadiran Michele Pio Pirro dan kesudian beliau untuk sama-sama menunggang bersama kami ke Kuantan. Bukan mudah untuk mana-mana kelab motor mendapat pengalaman sebegini.
“Acara hari ini merupakan permulaan yang baik bagi kelab kami dan akan ada pelbagai lagi acara menarik yang telah kami susun sepanjang tahun ini,” katanya.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pasukan Polis Trafik di mana Supt Yatim dari JSPT Bukit Aman turut hadir memberikan sokongan. Beliau turut menasihati semua penunggang supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam berkonvoi dan mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Mantap!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada zaman sekarang berapa kerat sahaja orang yang menbasuh kereta sendiri bukan? Rata-rata lebih senang menghantar ke pusah cucian.
Tapi sebenarnya mencuci kereta sendiri juga boleh jadi aktiviti yang menyihatkan. Mungkin pagi hujung minggu anda boleh dihabiskan masa sedikit dengan cuci kereta. Tak lama pun, hanya 45 minit paling lama.
Mencuci kereta juga boleh jadi terapi minda yang sangat baik. Tapi awas jangan basuh kereta sembarangan sahaja. Tak kena cara habis cat kereta rosak. Ikuti tip basuh kereta dengan baik di bawah!
Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atau bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh jereta yang ada dijual di pasaran. Namun, jangan seseklai anda menggunakan sabun pencuci pinggan!
Ini kerana sabun pencuci punggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar. Mulakan basuh kereta bermula dari pane atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh. Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.
Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta. Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta. Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.
Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yangh digunakan untuk menyental kotoran.
Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula memberishkan rim dan tayar. Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
Bersihkan rim dan tayar dengan menggunakan berus tayar. Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake. Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk memberishkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.
Proses seterusnya ialah proses mengeringkan. Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.
Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.
Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kakii dan papan pemuka.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.