Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali lantang bersuara mengenai trend sesetengah influencer dan selebriti yang menggunakan sukan muay thai sebagai strategi pemasaran murah.
Dalam sebuah video TikTok yang dikongsikan semula oleh akaun jomexpose, Johan menegur sikap mereka yang hanya berlatih dua ke tiga minggu tetapi terus mahu naik gelanggang, seolah-olah sukan ini sekadar konten semata-mata.
“Acah Jadi Fighter” Selepas Beberapa Minggu Latihan
@jomexpose Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, tampil menegur penggunaan sukan ini oleh sesetengah influencer dan selebriti sebagai strategi pemasaran murah. Dalam sebuah video TikTok, beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap mereka yang “acah jadi fighter” selepas hanya beberapa minggu latihan, kemudian melibatkan diri dalam acara yang khabarnya mengejar publisiti semata-mata. Johan turut menyelar penganjur acara sebegini yang dikatakan lebih mementingkan publisiti murahan daripada etika sukan itu sendiri. Katanya, walaupun ganjaran wang mungkin lumayan, tindakan berulang kali berisiko merosakkan reputasi Muay Thai di Malaysia. #fyp #jojo ♬ original sound – jomexpose
Johan secara terbuka meluahkan rasa kecewanya terhadap fenomena celebrity fight yang semakin menjadi trend.
Menurutnya, ramai hanya “acah jadi fighter” selepas melalui sesi latihan singkat, sebelum terus membuat perlawanan yang dijadikan bahan tontonan dan pemasaran.
“Ok lah, korang nak gaduh, nak acah jadi fighter, suka hati kau lah. Tapi bila masuk sekolah muay thai, tolonglah jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai bangang korang dekat sini,” katanya.
Kritik Buat Event Organiser
Selain menegur influencer, Johan juga menyasarkan tegurannya kepada penganjur acara.
Beliau menyifatkan sebahagian besar event organiser masa kini tidak menjaga profesionalisme, terutama apabila menggunakan muka orang lain di poster promosi tanpa persetujuan.
“Sebelum korang nak buat marketing bangang korang tu, pakailah otak dulu. Make sure semuanya black and white. Jangan suka hati guna muka orang atas poster sana sini,” tambah Johan.

Risiko Kepada Masa Depan Muay Thai
Bagi Johan, trend seperti ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan sukan muay thai di Malaysia.
Walaupun beliau mengakui penglibatan influencer mampu membantu dari segi publisiti, namun keterlaluan dan sikap sambil lewa hanya akan merosakkan reputasi serta nilai seni muay thai itu sendiri.
“Ok lah sekali dua fight macam ni, kita boleh faham. Tapi bila dah melampau, bila influencer dan organiser bawa perangai bangang ni dalam sukan, dia merosakkan sukan tau. Kita berusaha banyak untuk naikkan muay thai, janganlah hancurkan,” tegasnya.
BACA LAGI : Salah Catat Sejarah, Pemain Pertama Menang PFA Player of the Year Award Buat Kali Ketiga

“Influencer Boleh Tolong, Tapi Jangan Melampau”
Dalam masa sama, Johan tidak menolak peranan influencer dan selebriti dalam membantu memasarkan sukan muay thai.
Namun, beliau menegaskan batas etika dan adab perlu dijaga agar muay thai terus berkembang secara profesional, bukannya sekadar hiburan sementara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang













