Ingin Kurangkan Kekejangan Otot, Ini Antara Makanan Yang Doktor Sarankan
Foto: Shauking - Pixabay

Masalah kekejangan otot memang biasa berlaku terutamanya ketika anda sedang bersenam, bersukan, tidur dan sebagainya.

Apabila ia berlaku, anda akan mengalami kesakitan disebabkan oleh pengecutan otot.

Selain bahagian betis, ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain seperti paha, punggung, leher dan tangan.

Untuk mengurangkan terjadinya kekejangan otot, doktor menyarankan anda untuk mengambil senarai makanan ini sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia.

Artikel berkaitan: Jangan Silang Kaki Semasa Duduk, Ini Antara Pantang Larang Orang Tekanan Darah Rendah

Artikel berkaitan: Elak Kaki Cedera Masa Berlari, Ini Tip Penting Sebelum Membeli Kasut Sukan

Betis saya kerap kejang pada waktu tidur. Menjerit saya. Sakit sangat sampai menangis air mata. Suami tidak dapat tidur sebab terjaga dan tolong urut pakai minyak urut. Tapi sakit betis sampai ke pagi tidak hilang. Tidak tahan sakit tersebut, kami berjumpa dengan doktor pagi itu.

Doktor kata, kejang jangan dibiarkan lama. Kalau boleh, lakukan regangan secepat mungkin. Jika tidak, kesannya mungkin lebih lama nak sembuh.

IKLAN

Kaedah nak hilangkan kejang

Ingin Kurangkan Kekejangan Otot, Ini Antara Makanan Yang Doktor Sarankan

Doktor kongsikan bagaimana nak hilangkan kejang tersebut pada ketika itu. Ambil tuala. Tarik tapak kaki dengan lembut. Anda akan rasakan betis anda ditarik. Ingat.

Jangan paksa atau terlebih. Cukup sekadar regangan terasa. Ulangi 3 kali setiap betis. Anda juga boleh amalkan setiap malam sebelum tidur. Ianya boleh mengurangkan episod kekejangan di waktu malam.

Ada lagi nasihat.

Selalunya, kejang disebabkan kurangnya pengambilan air.

Doktor sarankan beberapa makanan yang boleh mengurangkan kejang.

Ingin Kurangkan Kekejangan Otot, Ini Antara Makanan Yang Doktor Sarankan

✅ Keledek
Terdapat kalsium, magnesium dan potassium yang membantu di dalam melegakan kekejangan.

✅ Tembikai
Membantu meningkatkan hidrasi otot. Ramai yang mengalami kekejangan otot biasanya tidak cukup hidrasi.

✅ Susu
protein dalam susu dapat membantu di dalam proses pemulihan tisu otot.

✅ Kekacang
Sumber magnesium yang baik. Magnesium diperlukan dalam perhubungan saraf dan otot. Jadi kekurangan Magnesium selalu dikaitkan dengan kekejangan otot.

✅ Sayur hijau berdaun gelap
Sumber kalsium dan magnesium. Kalsium yang rendah dalam darah berkait dengan kekejangan otot. Jadi selain susu, sayur hijau berdaun gelap seperti brokoli, kale, bayam, chard dan lain-lain.

✅ Jus oren & tomato
Meningkatkan hidrasi dan tinggi potassium. Selain kalsium dan magnesium, potassium juga penting untuk mencegah otot kejang. Ianya terlibat dalam hubungan saraf dari otak ke otot.

✅ Air putih
Membantu meningkatkan hidrasi otot dan badan. Pernah lihat orang berlari tiba-tiba kejang otot? Ianya boleh disebabkan kurangnya air dalam badan. Tanpa air yang mencukupi, anda berpotensi untuk kekejangan. Minumlah satu gelas sebelum tidur.

Begitulah cerita doktor kepada kami. Semoga ianya membantu. Boleh share tidak perlu minta kebenaran.

Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN