Zaman sekarang ramai lelaki yang suka tidur lewat. Ada yang melayan YouTube, lepak bersama kawan dan tidak kurang juga bermain games seperti Mobile Legends dan PUBG.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
1. Minum air kosong atau air suam
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
2. Segera ke sinki dan basuh muka
Ads
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
3. Hidu bau-bauan aromaterapi
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
4. Dengar muzik yang sesuai
Ads
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
5. Lakukan senaman ringan
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
Ads
6. Pandang pokok-pokok berwarna hijau
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
7. Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
8. Tidur dengan cukup
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila anda ke supermarket bahagian manakah yang paling digemari? MASKULIN yakin ramai yang akan memiliki seksyen makanan dan minuman ringan.
Kerana di sinilah terdapat pelbagai jenis makanan berperisa yang muncul dalam bermacam bentuk dan saiz. Makanan ringan atau junk food kini telah menjadi satu budaya hidup yang normal di kalangan kita.
Tapi tahukah anda makanan yang sangat kurang faedahnya kepada kita mengandungi pelbagai bahan bahaya. Makanan ringan sentiasa menjadi pilihan ramai orang yang dimakan ketika sedang menonton televiyen, berparti atau ketika berdepan stres.
Kerepek kentang, coklat bar, gula-gula dan bermacam junk food pasti menjadi stok sentiasa ada di rumah. Bila sudah mmakan banyak barulah timbul rasa penyesalan. Selain menahan diri dengan disiplin tinggi sebenarnya terdapat beberapa tip boleh anda amalkan untuk elak keinginan makan junk food.
BERJALAN SELAMA 15 MINIT
Berjalan mampu membuat anda melawan keinginan terhadap makanan ringan. Melakukan senaman ringan seperti berjalan mampu mengeluarkan endorfin yang akan merangsang otak jadi lebih tenang. Udara segar juga boleh merendahkan rasa stres. Malah jika anda berjalan 15 minit keinginan makan makanan bergula juga akan turun.
Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Susan Albers mengamalkan tips ini apabila dia berdepan keinginan makanan ringan dan bergula. Dia akan minum air panas yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis. Tahukah anda bahawa serbuk kayu manis telah terbukti mampu mengembalikan paras normal serbuk kayu manis.
MAKAN AVOCADO
Jika anda betul-betul teringin makan sesuatu yang ringan pilihlah makanan mengandungi lemak sihat, protein dan serat. Antara makanan sihat yang boleh anda ambil ialah avokado. Keinginan terhadap junk food pasti boleh dilawan.
FIKIRKAN AKTIVITI LAIN
Ketahuilah makan tak boleh buat masalah anda berperangai buruk. Untuk mengelakkan ia berlarutan jadi masalah anda perlu melakukan aktiviti tertentu. Sekurang-kurangnya anda boleh elak daripada makan junk food yang hanya boleh beri kesan lebih teruk kepada badan. Lakukan aktiviti lain yang boleh buat minda anda alih perhatian daripada makan.
KESAN PANJANG
Antara tip terbaik ialah anda harus tahu akan kesan jangka masa panjang pengambilan junk food terhadap kesihatan diri sendiri. Jika ada kesedaran ini, anda pasti tak akan makan junk food bila stres ataupun tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada cara mudah untuk anda tingkatkan metabolisme dan bakar kalori cepat. Rahsianya dengan melakukan senaman plyometrik. Senaman ini mempunyai banyak manfaat lain.
Jom kita tengok apa lagi kelebihan yang ada pada senaman ini.
Kelebihan senaman plyometrik
1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.
2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.
3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.
1. Plyometric push-ups
Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.
2. Plyometric jackknife
Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.
3. Squat, passing ball & push-ups
Bermula dengan badan dalam keadaan squat sambil bola dipegang di bahagian dada.
Meluruskan kaki sambil melontarkan bola ke hadapan.
Dengan serta merta bergerak ke posisi tekan tubi selepas melakukan lontaran.
4. Single hand ball throw
Berdiri dengan kaki dibengkokkan sedikit sambil satu tangan memegang bola.
Melontarkan bola dengan menggunakan momentum tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Military Diet ni menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu mingggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.
Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.