Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak cuci muka sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Jadi Perlu cuci muka!
Alasan wajah perlu dibersihkan
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.
Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur.
Berikut merupakan lima alasan yang anda perlu tahu.
1. Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
Ads
2. Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.
3. Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
Ads
4. Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip:
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan kebaikan air sarang burung memang cukup bagus kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk kesihatan, air sarang burung ini juga tinggi khasiatnya untuk kecantikan kulit.
Maka tidak hairanlah mengapa orang Cina sering mengamalkan air sarang burung ini. Lihat sahaja kulit mereka, sentiasa gebu, bersih, cantik dan awet muda.
Seorang pengguna Twitter bernama Umaira Haris berkongsi kebaikan minum air sarang burung yang boleh dibeli di drugstore. Bukan sahaja berkhasiat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan, air sarang burung jenis yang diminumnya ini juga sedap.
Jom ikuti perkongsiannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan Masker mahupun topeng muka dua kali seminggu adalah rutin yang selamat untuk kulit mendapat kan kulit yang sihat dan mulus . Masker selalu digunakan untuk merawat merengsakan kulit akibat jerawat atau kemerahan.
Topeng tisu sakura putih ini sesuai untuk memberi pemutihan pada muka yang menyeluruh dan kemerah-merahan. Diperkaya dengan campuran ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin CG yang membantu melembapkan kulit secara mendalam dan membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap memberikan hasil kulit yang lebih jelas, lembut dan licin. Kulit anda kini lebih nampak cantik dan berseri selepas penggunaan topeng ini.
Topeng muka yang datang dengan pelbagai jenis iaitu 13 jenis dan sesuai untuk semua jenis kulit muka. Fokus utama topeng muka ini adalah untuk memberi khasiat dan menenangkan kulit muka yang kering agar kulit lebih lembab. Selain itu, khas untuk anti penuaan dan mencerahkan kulit wajah dengan adanya ekstrak avocado. Tambahan pula, dengan kolagen yang mampu merawat kulit muka yang berkedut dan memberi keanjalan pada kulit. Dengan bahan seperti asid hyaluronik, ekstrak rhus semialata empedu dan ekstrak portulaca oleracea, datang dengan pelbagai jenis topeng kulit dan anda boleh memilih untuk memakai yang mana anda sukai dan yang bersesuaian dengan masalah kulit anda.
Topeng Dengan Semulajadi Vitamin 21.5 yang meningkatkan dalam menyampaikan nutrisi sepenuhnya kepada kulit anda. Topeng yang mempunyai vitamin C semulajadi yang diekstrak dari hippophae rhamnoides mempunyai 1.3 kali keupayaan penyerapan. Selain itu,teh hijau yang sangat terkenal di Korea sememangnya berkesan membantu dalam menenangkan, menghidrat, dan menyuburkan kulit untuk meremajakan dan memulihkan kulit. Topeng dengan formula yang selamat yang ditetapkan bebas daripada bahan seperti berikut iaitu parabens benzophenone, phtalate ethanol, phenoxyethanol,pewarna buatan dan pewangi buatan.
Anda mengalami masalah liang pori yang besar dan tidak suka melihatnya, katakan tidak lagi dengan topeng yang memberi ketegangan pada kulit dan menutupi pori anda. Dengan formula unik ekstrak kulit berangan , ekstrak witch hazel, ekstrak salicylic dan daun pudina sangat berkesan dan mampu mengetatkan pori-pori untuk kulit yang lebih licin dan lebih sempurna. Kulit yang berliang pori kecil semestinya kulit yang bebas dari minyak dan bebas dari pori tersumbat yang boleh menyebabkan masalah kulit yang lain. Topeng yang wajib untuk dicuba untuk kulit yang lebih cantik berseri.
Topeng muka ini mempunyai 8 jenis dan anda boleh memilih dari 5 jenis pilihan yang anda sukai. Topeng dari formula acai berry bebagai antioxidan yang kuat kerana acai mempunyai ciri-ciri sekata dan penyegaran yang sempurna untuk kulit yang letih. Manakala lidah buaya pula menawarkan kelembutan dan penghidratan kepada kulit. Topeng yang ketiga pula dari ekstrak avocado dan sangat sesuai untuk kulit kering. Selain itu, esen teh hijau yang menyegarkan dan membantu melindungi kulit, mencipta kulit yang segar, licin dan jelas. Tidak lupa juga pada kebaikan beras topeng ini turut mengandungi ekstrak beras yang membantu mengurangkan rupa bintik hitam dan mencerahkan kulit. Terlalu banyak kebaikan di setiap jenis topeng muka ini, anda sendiri harus mencubanya.
Pastikan anda mencuci muka dengan bersih sebelum memakai topeng muka ini, sinar inframerah jauh yang dikeluarkan dari arang aktif boleh memudahkan intipati dari menyusup ke dalam kulit hingga kedalam. Topen ini mampu mempercepatkan proses pemutihan untuk kulit wajah agar tampak lebih cerah dan licin. Dengan Teknologi zarah ultra-halus memastikan agar arang diaktifkan dengan kapasiti anti-bakteria dan pemerangkap kotoran yang sangat baik, yang boleh menarik dan mengurai kekotoran seperti bintik hitam dan kotoran di dalam liang. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah pori tersumbat dan bintik hita.
Topeng muka yang diperkaya dengan ekstrak caviar dengan nutrisi yang tinggi untuk meningkatkan keanjalan kulit. Membantu kulit untuk kelihatan lebih licin, lembut, membantu mengurangkan garis halus dan kedutan. Dirumuskan dengan paraben percuma yang berkuasa dan berkesan. Proses pembaikan yang melambatkan proses penuaan. Manakala pembaharuan dengan 24k Nano Gold membantu mengurangkan kedutan dan mempromosikan bentuk V pada muka dan akhir sekali penghalang kulit dengan ekstrak phytogold membantu memutihkan dan mempromosikan pembaharuan kulit untuk kulit yang lebih muda. Memberi wajah tampak lebih muda dari usia sebenar.
Topeng muka dengan ampoule synergy pemutihan yang berkesan dalam merawat dan menghilangkan garis penuaan pada kulit wajah. Bagi yang kulit kering topeng ini sangat sesuai untuk anda. Ia mengandungi ekstrak yuja dan minyak pelembab yuja penting permukaan kulit, mengunci kelembapan dan mencerahkan warna kulit untuk penampilan lembut dan lebih cerah. Bersihkan muka sebelum memakainya dan tanggalkan topeng muka ini selepas 10-15 minit penggunaan, anda pasti dapat merasakan perubahan pada kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan gaya rambut artis Hollywood sering mencuri perhatian dan menjadi ikutan ramai. Antara selebriti yang sudah berdekad banyak mempengaruhi gaya rambut semasa ialah Brad Pitt.
Setiap kemunculannya dalam filem terbaru pasti diberikan tumpuan sangat hebat. Begitu juga dengan gaya rambutnya.
Kita tahu bahawa gaya dan trend potongan rambut merupakan satu perkara yang sering berubah-ubah di kalangan lelaki. Tapi ada perkara yang tidak berubah dan kekal sepanjang masa seperti personaliti dan karakter seseorang.
Gaya rambut memainkan perana penting memberikan gambaran awal kepada orang lain tentang perwatakan anda.
Salah satu gaya rambut yang kini yang sangat popular ialah gaya unik, moden dan edgy. Bukan mudah untuk menggayakan potongan rambut yang sedikit berbeza dari gaya tradisional. Akan tetapi ada satu perkara yang anda perlu ingat sebelum memotong rambut.
Setiap orang mempunyai tekstur rambut, warna, kepanjangan dan jenis yang berbeza. Jadi pastikan trlebih dahulu rambut anda sesuai digayakan mengikut potongan yang anda mahu.
Jika anda seorang yang berani mungkin anda boleh cuba salah satu 10 potongan rambut moden di bawah!
Sesuai untuk anda yang bermabut ikal dan kerinting. Boleh menonjolkan warna dan tekstur rambut serta memberikan frame kepada wajah anda.
Mempunyai gaya kelihatan lebih ‘mahal’. Hakikatnya gaya rambut ini memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan anda berbelanja untuk bagi menggunakan produk rambut.
Mempunyai elemen lebih kurang sama dengan mohawk tetapi tampil dengan sentuhan lebih moden.
Suatu ketika dahulu rambut sikat tepi dikaitkan dengan mereka yang skema dan nerd. Namun dengan perubahan baru ini ia lebih bergaya serta bersifat universal.
Tampil dengan inspirasi klasik rambut Caesar. Ia lebih pendek dan senang untuk digayakan terutama dengan potongan fringe depan yang merentasi dahi.
Potongan fade pernah menjadi antara gaya yang paling popular di kalangan semua orang. Kini ia muncul dan kembali popular di kalangan lelaki.
Berbeza dengan potongan fade, gaya undercut membuatkan rambut anda kelihatan lebih tebal dan sihat!
Suatu ketika dahulu istilah pampadour menjadi sangat asing buat ramai penggemar potongan rambut. Tapi tidak lagi sekarang kerana ia menjadi salah satu potongan rambut paling popular!
Antara gaya edgy yang paling trendy masa kini! Anda boleh melakukan potongan ini di mana-mana bahagian rambut dan ia masih kelihatan hebat!
Gaya rambut ini terhasil dengan gaya yang cukup lengkap. Selain selesa ia juga menempatkan pelbagai makanan sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khairul Aming berjaya menurunkan 24kg dalam setahun menerusi pemakanan bersih dan rutin senaman konsisten walaupun sibuk menguruskan kandungan serta perniagaan.