Anda yakin apa yang anda makan setiap hari itu adalah makanan yang sihat dan berkhasiat? Kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar akan makanan yang dimakan oleh mereka itu sama ada bagus ataupun tidak. Tak boleh salahkan mereka jugak, pengusaha sentiasa mengeluarkan makanan yang kononnya sihat, tapi hakikatnya mempunyai ramuan tersembunyi yang boleh membuatkan anda susah untuk turun berat badan dan gemuk!
Ini antara makanan yang anda rasa ia sihat, hakikatnya, anda sendiri akan lihat
Smoothies
Bila anda dalam proses kurus, atau anda ingin mengamalkan pemakanan yang sihat, anda pasti akan terpedaya dengan minuman yang kononnya sihat ini kan? Tak apa jika anda buat sendiri di rumah kerana anda tahu tahap gula yang patut anda ambil. Tapi, jika anda minum di kedai, anda tidak tahu berapa kuantiti gula yang ada dalam minuman tersebut. Hati-hati ye.
Ads
Yogurt berperisa
Jangan mudah terpedaya dengan makanan sihat ini. Memang benar yogurt merupakan snek sihat yang boleh anda nikmati diantara makan utama, namun pemilihan yogurt itu haruslah betul. Dinasihatkan supaya anda beli yogurt tanpa gula seperti yogurt geek dan tambahlah buah-buahan mengikut kehendak anda.
Ads
Minyak kelapa
Walaupun minyak kelapa diminati oleh ramai orang, namun ia bukanlah sihat seperti yang anda sangkakan. Walaupun 15 peratus lemak dalam minyak kelapa adalah trigliserida rantaian sederhana-sejenis lemak yang digunakan untuk tenaga dan bukan penyimpanan yang lain 85 peratus lemak tepu. Banyak kajian menunjukkan bahawa jika lemak tepu menggantikan lemak tak tepu dalam diet, ia boleh meningkatkan kolesterol. Walaupun sangat baik untuk menggunakannya namun biarlah ia secara sederhana, jangan pula diambil hari-hari. Sebaliknya, pilih sayuran atau minyak zaitun, yang kedua-duanya dikaitkan dengan kesihatan jantung dan diet Mediterranean.
Ads
Madu
Ye ia bersifat semua jadi, namun jika anda mengambilnya secara banyak dalam masa sehari, ia juga akan menjadi kalori buat anda. Sebaliknya, campurkan madu ke dalam minuman bagi menggantikan gula.
Pre-Made Protein Shakes
Ini banyak diambil oleh abang-abang sado. Katanya untuk memulihkan muscle terkoyak, hakikatnya, ia sedikit sebanyak mengandungi kalori yang sangat banyak dan tinggi jika mengambilannya tidak dikawal. Jika anda tidak berhati-hati, mudah untuk mengambil minuman protein yang mengandungi dua kali gula yang disyorkan untuk sepanjang hari. Shake protein boleh menjadi pilihan yang sangat baik jika dibuat di rumah di mana anda mengawal bahan-bahan. Senarai bahan bacaan adalah kunci! Pilih serbuk protein berasaskan tumbuhan dengan senarai yang bersih untuk membantu mengurangkan ramuan buatan dan tambah. Keluarkan jenama yang mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti carrageenan, pemanis buatan seperti kalium acesulfame dan sucralose, rasa tiruan, warna buatan, sirap jagung fruktosa tinggi, dan minyak hidrogenasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini ramai pula lelaki bukan islam yang melakukan proses berkhatan atau lebih dikenali dengan bersunat. Penelitian baru telah menemui ketika lelaki disunat, seks menjadi lebih menyeronokkan. Peneliti menemui, lelaki bersunat mengalami improvisasi tenaga. Sensasi pun turut berubah. Penelitian ini dilakukan di University of Chicago. Peneliti mengirimkan pertanyaan terhadap lebih dari 360 lelaki pada enam bulan dan 24 bulan setelah bersunat.
Peneliti pun menemui, 94 peratus lelaki sangat puas atau cukup puas dengan seks yang mereka dapati. Tim yang merupakan seorang peneliti menemukan, masalah pada zakar seperti kegatalan terjadi dengan atau tanpa bersunat.
Dengan rawatan yang tepat, tak ada perbezaan dalam menjaga kebersihan organ intim lelaki ini. Walaupun masih ada peningkatan risiko jangkitan saluran kencing pada yang tak bersunat, khususnya bayi di bawah satu tahun, risiko itu masih lagi kurang dari satu peratus.
Mereka menyunat lelaki ketika mereka masih bayi, walaupun ada juga budaya yang menyunat anak lelaki sebagai tanda anak tersebut sudah menjadi remaja. Sunat pun mengurangi penularan HIV/AIDS dari wanita ke lelaki hingga 60 peratus.
Prosedur sunat berlangsung selama kurang lebih 30 minit. Itu bermaksud, orang yang disunat tak harus dirawat di hospital.
Bius umum adalah pilihan untuk menjalani prosedur ini. Dalam beberapa kes mereka diberikan bius setempat. Sunat memerlukan waktu untuk pulih selama hampir empat hingga enam minggu. Di saat penyembuhan luka itu, lelaki tak boleh melakukan onani atau berhubungan seks.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minat mendalamnya dalam sukan ragbi meledakkan kekentalan semangat lantas memberinya nilai tambah pada keseluruhan kondisi tubuh badannya. Hari ini, pentas bina badan pula menjadi sasarannya. Berbekalkan tuah rupa dan susuk sasa, Najmi Aiman kini sudah siap sedia mendominasi kedua-dua dunia.
“Maskulin ialah lelaki yang menjaga kesihatan dan penampilan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada orang ramai”.
Fizikal berotot
“Ia tidak melambangkan lelaki sejati. Lelaki sejati dinilai dari segi cara mereka berinteraksi dan memberi layanan terhadap orang ramai. Seseorang yang memiliki fizikal berotot menjadi lambang penat lelahnya membina serta menjaga otot bagi mengekalkan bentuk tubuh menarik. Seterusnya menjadi inspirasi kepada orang ramai yang melihat. Ia turut membuatkan diri lebih berkeyakinan.”
Bahagian tubuh anda paling menarik
“Bagi saya, keseluruhan tubuh adalah menarik”.
Diet permakanan
“Seperti biasa, saya akan mengurangkan makanan berminyak, bergula dan yang berkalori tinggi. Lebihkan makanan yang berprotein tinggi, serat serta vitamin”.
Tip kecergasan
“Banyakkan makan buah kurma kerana ia mempunyai khasiat tersendiri seperti menambah tenaga sewaktu kita bersenam. Malah buah kurma mengandungi lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus protein, serat 2.0 hingga 4.0 peratus, manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi”.
Pertandingan bina badan
“Kepuasan dicapai apabila kita mencapai tahap yang lebih baik daripada tahap sebelum ini. Kalah menang dalam pertandingan bukan penentu kepuasan. Apa yang penting bagi saya adalah ingin mencapai tahap yang lebih baik dan pastinya akan memperbaharui bentuk tubuh menjadi yang lebih baik”.
Sukan rugbi
“Body building is my life style. Rugby is my hobby. Saya melibatkan diri dalam sukan ragbi sejak zaman sekolah. Kini saya mewakili kelab Panthers and Blowpipe. Jadi, saya masih teruskan penglibatan di dalam sukan ini kerana ia melambangkan sukan lelaki sejati. Sukan ragbi memerlukan disiplin yang tinggi dari segi pemikiran, taktikal dan fizikal. Kebanyakan ia disertai oleh orang-orang yang multitasking”.
Profil
Nama penuh: Ahmad Najmi Aiman bin Hamidon
Nama panggilan: Aiman
Pekerjaan: Eksekutif Penjualan
Tinggi: 169 cm
Berat: 70 kg
Idola dalam Bidang kecergasan: Greg Plitt
Pencapaian dalam bidang kecergasan:
-Tempat ke4 dalam Pertandingan Muscle Malaya 2014
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menjaga kecantikan diri bukan sahaja tertumpu kepada wajah mahupun rambut, malah kuku juga harus diambil penekanan kerana kebersihan kuku juga melambangkan keperibadian kita sebagai seorang lelaki. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kuku supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!
Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.
Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.
Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.
Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.
Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.
Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.