Minat mendalamnya dalam sukan ragbi meledakkan kekentalan semangat lantas memberinya nilai tambah pada keseluruhan kondisi tubuh badannya. Hari ini, pentas bina badan pula menjadi sasarannya. Berbekalkan tuah rupa dan susuk sasa, Najmi Aiman kini sudah siap sedia mendominasi kedua-dua dunia.

 “Maskulin ialah lelaki yang menjaga kesihatan dan penampilan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada orang ramai”.

Budak Ragbi Lebih Jantan?

Fizikal berotot

Ia tidak melambangkan lelaki sejati. Lelaki sejati dinilai dari segi cara mereka berinteraksi dan memberi layanan terhadap orang ramai. Seseorang yang memiliki fizikal berotot menjadi lambang penat lelahnya membina serta menjaga otot bagi mengekalkan bentuk tubuh menarik. Seterusnya menjadi inspirasi kepada orang ramai yang melihat. Ia turut membuatkan diri lebih berkeyakinan.”

Bahagian tubuh anda paling menarik

Bagi saya, keseluruhan tubuh adalah menarik”.

Budak Ragbi Lebih Jantan?

Diet permakanan

Seperti biasa, saya akan mengurangkan makanan berminyak, bergula dan yang berkalori tinggi. Lebihkan makanan yang berprotein tinggi, serat serta vitamin”.

IKLAN

Tip kecergasan

Banyakkan makan buah kurma kerana ia mempunyai khasiat tersendiri seperti menambah tenaga sewaktu kita bersenam. Malah buah kurma mengandungi lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus protein, serat 2.0 hingga 4.0 peratus, manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi”.

Pertandingan bina badan

“Kepuasan dicapai apabila kita mencapai tahap yang lebih baik daripada tahap sebelum ini. Kalah menang dalam pertandingan bukan penentu kepuasan. Apa yang penting bagi saya adalah ingin mencapai tahap yang lebih baik dan pastinya akan memperbaharui bentuk tubuh menjadi yang lebih baik”.

Budak Ragbi Lebih Jantan?

Sukan rugbi

IKLAN

Body building is my life style. Rugby is my hobby.  Saya melibatkan diri dalam sukan ragbi sejak zaman sekolah. Kini saya mewakili kelab Panthers and Blowpipe. Jadi,  saya masih teruskan penglibatan di dalam sukan ini kerana ia melambangkan sukan lelaki sejati. Sukan ragbi memerlukan disiplin yang tinggi dari segi pemikiran, taktikal dan fizikal. Kebanyakan ia disertai oleh orang-orang yang multitasking”.

 

Profil

Nama penuh: Ahmad Najmi Aiman bin Hamidon

Nama panggilan: Aiman

IKLAN

Pekerjaan: Eksekutif Penjualan

Tinggi: 169 cm

Berat: 70 kg

Idola dalam Bidang kecergasan: Greg Plitt

Pencapaian dalam bidang kecergasan:

-Tempat ke4 dalam Pertandingan Muscle Malaya 2014

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI