
Dah habis Ramadhan ni mungkin ada diantara anda yang sedang berjalan pulang ke kampung. Mereka yang benat-benar mendalami kelebihan Ramadan pastinya bersedih apabila tempoh sepurnama ini makin menuju ke penghujungnya.
Meskipun Syawal dinanti dengan penuh semangat meraikan kejayaan, Ramadan tentunya meninggalkan kesan kerohanian yang tinggi bagi setiap Muslim yang menghayatinya.
Pastinya mungkin anda kurang tahu tentang beberapa selebriti luar negara yang turut menjalani ibadah puasa. Berikut merupakan selebriti luar yang berpuasa.
- Mike Tyson
Memeluk agama Islam sekitar tahun 1990-an, bekas juara heavyweight dunia ini antara selebriti Barat yang mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa.
2. Kareena Kapoor – Saif Ali Khan
Kedua-duanya mengakui pengalaman berpuasa selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata sedikit berbeza, terutama bagi Kareena. Dalam satu temu ramah dengan portal hiburan India, Kareena memberitahu keluarga suaminya mempunyai tradisi tersendiri dalam bulan Ramadan, antaranya gemar bersedekah makanan dan wang kepada jiran tetangga.
- Akon
Media antarabangsa melaporkan penyanyi dan rapper ini berkemungkinan besar berpuasa, memandangkan dia dibesarkan di Senegal, sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam. Namun Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Damala Akon Thiam tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka jika dia benar-benar berpuasa.
- Shahid Kapoor
Bintang Bollywood ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mengamalkan ajaran Islam. Menerusi satu portal gaya hidup India, Shahid memberitahu tidak pernah lagi meninggalkan puasa Ramadan sepanjang hidupnya.
Sumber: AstroAwani
Panduan Pilih & Jaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu, Barulah Pakai Nampak Lebih Segak

Rasanya tidak sah seorang lelaki tidak memiliki sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang kemeja. Ia adalah item gaya atau fesyen yang cukup ‘essentials’ dalam hidup seorang lelaki.
Amat janggal kalau seorang lelaki itu terutamanya yang bertugas dalam profesion profesional tidak mempunyai kemeja.
Kemeja kini bukan sahaja untuk acara formal atau ke pejabat semata. Ia kini menjadi item fesyen yang cukup signifikan dalam penampilan lelaki.
Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.
Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.
BACA: Rupanya Ada Cara Nak Pakai Baju Kemeja Biar Nampak Lebih Kemas & ‘Smart’!
Elak pakai kolar ketat
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja
Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi.
Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.
White button down shirt satu kemestian
White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah.
Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.
Basuh dengan tangan
Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.
Elakkan pakai kemeja button down
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
Bijak memadankan kemeja
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap.
Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.
Prejudis Lelaki Bila Disoal Mengenai Perkahwinan

Tinggal lagi 4 bulan saja lagi untuk 2018 melabuhkan tirainya. Ketika ini hampir 80% rakyat malaysia sudah meningkat angkanya dari tahun lepas. Tahniah kepada mereka yang baru ataupun sudah medirikan rumah tangga tahun ini. Namun, masih ramai yang single lagi tak kiralah wanita mahupun lelaki. Memandangkan Maskulin mengetengahkan isu mengenai lelaki, ini antara sebab mengapa lelaki tidak masih lagi solo walaupun umur telah masuk 40an.
PENDEK, GEMUK DAN BOTAK
Lelaki biasanya stereotaip apabila ditanya mengenai perkahwninan. Terdapat beberapa faktor menunjukkan lelaki tidak dipandang oleh wanita. Lelaki beranggapan bahawa tidak memiliki raut yang mengujakan dan personaliti yang kurang menarik akan membuatkan wanita lari. salah satunya ini. Jika anda seperti ini, dan anda telah pun berkahwin, anda merupakan 1 dalam 1000! Menurut kajian di Universiti of Nicosia, Pulau Cyprus, seramai 13,429 pendek, botak dan gemuk merupaka pakej lengkap lelaki tidak dipilih oleh wanita. Alahai kesiannya.
KURANG KEYAKINAN DIRI
Lelaki tidak memilih untuk berhadapan dengan komitmen kerana mereka kurang keyakinan diri. Ini akan membuatkan wanita berasa lelaki ini “adik-adik” Anda tak perlu untuk buat kiki challenge pun untuk menunjukkan anda mempunyai konfiden level yang tinggi. Betulkan cara anda bercakap, berjalan dan cara anda duduk sebagai langkah pertama untuk menjadi konfiden. Ini kerana segelintir wanita Malaysia tidak memandang rupa seorang lelaki, cukup dengan cara mereka bercakap, dan kemas.
TAK BERMINAT PADA HUBUNGAN
Ramai akui termasuk lelaki, komitmen merupakan perkara terakhir yang para lelaki fikirkan. Mungkin kerana faktor tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga lebih diutamakan. Akibatnya, lelaki akan cenderung kepada lambat berkahwin.
INTROVERTED
Maskulin pernah mengeluarkan artikel mengenai wanita lebih berminat pada lelaki introvert (pemalu), namun bukan semua wanita. Menjadi lumrah pasangan di Malaysia, bahawa lelaki harus memulakan langkah terlebih dahulu. Jangan tunggu wanita datang kepada anda, kalau anda rasa malas nak bergaul, maka anda akan membujang sampai tua!
PENGALAMAN BURUK DENGAN PASANGAN LEPAS
Ini antara faktor mengapa lelaki tidak mahu ada apa-apa komitmen dengan wanita selepas disakitkan oleh wanita terdahulu. Lelaki bukan seperti wanita yang menerima seseorang itu dengan mudah, mereka akan betul-betul pilih dan jika mereka salah buat percaturan, untuk memulakan kembali memang sukar.
Kolaborasi Edisi Kedua Jam G-Shock x FAM Bakal Diperkenalkan, Boleh Direbut Menerusi Permainan Maya

Selepas menyaksikan koleksi pertama Casio G-Shock x FAM (Persatuan Boa Sepak Malaysia) laku keras dan habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada penghujung Mei lalu, kini mereka sekali lagi memperkenalkan edisi kedua pula.
Menerusi siaran media yang diterima MASKULIN, Casio dengan kerjasama FAM telah mengumumkan edisi kedua yang telah dilancarkan semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Pada majlis pelancaran tersebut ia telah dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta kedua-dua Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram manakala Casio pula telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro.
Menerusi koleksi eksklusif pertama dahulu Casio menampilkan model G-Shock GA-20000FAM-1A9 yang telah disambut baik oleh peminat jenama jam tersebut serta peminat bola sepakl tempatan. Malah difahamkan ia telah habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada hari pertama ia dipasarkan.
Bagi keluaran terbaharu G-SHOCK x FAM yang keduia pula, mereka menampilkan jam tangan GA-900FAM-1A9. Jam tangvan koleksi kolaborasi edisi kedua ini hadir bersama reka bentuk G-SHOCK yang tahan lasak dan lebih bergaya.
Selain itu, ia turut tampil dengan personaliti Harimau Malaya dengan jalur belang Harimau Malaya yang ikonik menjadi lambang kemegahan dan keghairahan peminat tempatan menyokong pasukan kebangsaan.
PELUANG MENERUSI PERMAINAN MAYA
Bagi merancakkan lagi kempen pembelian jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini, Casio telah melancarkan permainan secara maya yang direka khas bagi peminat Harimau Malaya mendapatkan slot pembelian jam tangan berkenaan.
Difahamkan 680 individu mendapat markah paling tinggi akan dipilih dan berpeluang untuk membeli jam tangan tersebut. Anda boleh cuba di sini!
Manakala, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin pula berkata kerjasama ini menunjukkan skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat sokongan tinggi daripada barisan penaja dan ia tidak boleh disia-siakan oleh pasukan lebih-lebih lagi menjelang kempen Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini di Singapura.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Casio Malaysia atas sokongan yang berterusan terhadap Harimau Malaya. Kepercayaan mereka terhadap pasukan kebangsaan telah sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan serta semangat para pemain.
“Saya yakin kempen G-SHOCK x FAM edisi kedua ini juga akan disambut baik oleh rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang, menyokong pasukan kebangsaan lebih-lebih lagi Piala Suzuki AFF 2020 bakal bermula bulan hadapan.
“Skuad bola sepak kebangsaan perlu menjadikan sokongan daripada barisan penaja serta pemain ke-12, iaitu penyokong Harimau Malaya sebagai inspirasi untuk melakukan yang terbaik sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Singapura nanti,” kata Datuk Haji Hamidin.
EDISI TERHAD BERSAMA KOTAK KHAS
Jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini akan dijual secara eksklusif menerusi slot pembelian yang akan direbut oleh peminat Harimau Malaya menerusi permainan secara maya pada harga RM699.
Dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya, serta pin enamel.
Sementara itu, Tezuka meluahkan rasa teruja untuk memulakan kempen pembelian G-SHOCK x FAM edisi terhad kedua ini.
“Casio ingin mendatangkan sedikit kelainan bagi merancakkan kempen pembelian jam tangan GA-900FAM-1A9 kali ini di mana peminat Harimau Malaya perlu menyertai permainan secara maya di laman web www.gshockpenaltykick.com.my bermula 10 November hingga 11:59 malam, 23 November 2021 untuk mendapatkan slot pembelian.
SEMANGAT MALAYSIA!
“Seramai 680 pemenang dari permainan berkenaan yang tersenarai di dalam papan pendahulu permainan akan diberikan keistimewaan untuk membuat pembelian jam tangan edisi khas kedua G-SHOCK x FAM ini di mana kami (Casio) akan menghubungi mereka selepas tempoh masa permainan secara maya itu tamat.
“Skuad Harimau Malaya merupakan kebanggaan Malaysia dan pasukan ini telah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama di bawah slogan keramat ‘Malaysia Boleh’.
“Kami di Casio Malaysia juga turut berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama FAM sekali gus menyokong mereka sepenuhnya apabila skuad Harimau Malaya mengukir nama Malaysia di pentas dunia,” kata Tezuka.
Jadi buat anda yang berminat untuk memiliki jam tangan eksklusif ini bolehlah cuba nasib dan mendapatkan markah terbaik. Mana tahu rezeki anda untuk miliki jam tangan edisi terhad ini menjadi kenyataan!
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN ya!