Bed bug atau pepijat sentiasa buatkan penghuni rumah serta pemilik hotel resah. Mana tidaknya, sekali pandang katil nampak normal, tetapi bila sudah baring anda rasa gatal dan tidak selesa.

Pepijat diketahui sebagai amat cerdik menyembunyikan diri daripada terkena cahaya matahari yang boleh membunuhnya. Ia juga banyak bersembunyi serta bersarang di celahan bucu katil serta di lipatan kain cadar.

Disebabkan itu, MASKULIN bantu anda bagaimana nak basmi pepijat daripada menular dari satu bilik ke bilik lain. Jika anda tidak endahkan peijat, ia akan menyerang hingga ke sofa dan segala perabot di rumah. Silap-silap semua kena buang sebab dah terlalu banyak pepijat.

BACA: Rumah Anda Terdedah Kepada ‘Penghuni Tidak Diundang’ Jika Abaikan Beberapa Perkara Ini

IKLAN

1. Sembur pengering rambut pada sarang pepijat

Haba yang ada pada pengering rambut boleh membunuhnya. Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam & kain cadar untuk menghapuskannya.

2. Guna pelekat double-sided

Jika anda nampak laluan pepijat lekatkan pita tersebut untuk keluarkan ia dari tempat persembunyian. Selepas itu anda boleh tekan ia untuk membunuhnya ataupun pepijat boleh mati kerana tidak cukup minum darah.

IKLAN

3. Keringkan kain yang terkena pepijat dalam mesin pengering

Walaupun kain anda mahal, namun untuk menyelamatkannya anda kena juga keringkan dalam mesin tersebut. Tujuannya adalah untuk membunuh pepijat kerana mereka tidak suhu yang tinggi.

4. Taburkan gel silica

Bila beli kasut mesti anda akan terima sekali uncang gel silica. Ia berguna untuk menyedut cecair yang ada dalam kotak kasut agar tidak menganggu kasut baru anda. Perkara yang sama anda boleh guna untuk bunuh pepijat adalah dengan taburkan ia di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.

IKLAN

5. Sembur dengan cecair pembunuh pepijat

Ia mudah untuk didapati di mana-mana kedai hardware. Cakap sahaja anda mahu buat campuran air untuk hapuskan pepijat. Harganya tidak terlalu mahal. Cuma kena tambah botol penyembur sahaja.

BACA: 10 Makanan Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk, Doktor Ini Beri Senarai Penuh

6. Asingkan pakaian yang sudah terkena pepijat

Koloni pepijat cepat membiak dan mencari tempat untuk membuat sarang. Apabila sudah berjaya bersarang di sebuah tilam, ia pasti akan mencari tempat lain untuk membuat sarang baru.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI