Masih belum reda dengan kehangatan Galaxy S24 Series, Samsung kini menampilkan Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G. Kehadiran dua telefon pintar ini yang menunjukkan komitmen berterusan Samsung untuk menjadikan inovasi terbaik tersedia untuk semua orang.
Untuk versi terbaharu dari siri ini, Samsung mengetengahkan ciri-ciri keselamatan Knox Vault, serta kemampuan fotografi baru yang terinspirasi oleh inovasi kamera flagship Galaxy dan paparan yang menakjubkan yang menyesuaikan dengan persekitaran pengguna dengan Vision Booster.
“Dengan siri Galaxy A, kami sedang memperluaskan teknologi terkini kami kepada penonton yang lebih luas supaya lebih banyak orang dapat mendapat manfaat darinya,” kata Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh.
“Kami bersemangat untuk membuka lebih banyak kemungkinan pada siri Galaxy A tahun ini, termasuk menawarkan Samsung Knox Vault untuk pertama kalinya pada barisan ini. Kami bangga dapat membolehkan pengguna siri Galaxy A menikmati pengalaman mobile yang luar biasa dengan selamat dan boleh dipercayai.”
Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G dikatakan mampu menawarkan kemampuan fotografi yang hebat. Ini termasullah ciri-ciri seperti stabilisasi gambar optik (OIS) dan stabilisasi gambar video digital (VDIS) yang menjaga foto dan video tetap tajam bahkan ketika merekam dalam perjalanan.
Ads
PENGALAMAN IMERSIF
Peranti baru ini juga meneruskan tradisi siri Galaxy A untuk menjadikan pengalaman peranti mobil yang menyeronokkan dan imersif mampu diakses oleh semua orang. Ia hadir dengan paparan Super AMOLED dalam Definisi Tinggi Penuh dengan skrin 6.6 inci.
Samsung turut membawakan salah satu ciri keselamatan flagship inovatifnya, Samsung Knox Vault, kepada pengguna siri Galaxy A untuk buat kali pertama.
Buat anda yang mungkin tak tahu, Samsung Knox Vault menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perangkat keras dan lunak dengan membangun lingkungan eksekusi yang aman yang secara fisik terisolasi dari prosesor utama sistem dan memori.
Ads
Ini dapat membantu melindungi data paling kritikal pada perangkat, termasuk kredensial layar kunci, seperti PIN, kata kunci dan pola.
Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G juga dilindungi oleh Samsung Knox, platform keamanan multi-lapis Galaxy.
Samsung Knox dirancang untuk menjaga informasi kritikal dan melindungi terhadap kerentanan dengan perangkat keras yang aman secara end-to-end, deteksi ancaman waktu nyata dan perlindungan kolaboratif, mengambil pendekatan holistik di seluruh ekosistem Galaxy.
Ads
Smartphone siri Galaxy A baru menunjukkan komitmen Samsung untuk memastikan perangkat Galaxy tetap aman dan terkini lebih lama.
Dengan Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G, pengguna akan terus mendapat manfaat dari hingga empat generasi pembaruan OS Android dan One UI serta lima tahun pembaruan keamanan, mengoptimalkan siklus hidup perangkat dengan menjaga mereka dilengkapi dengan semua ciri Galaxy dan Android terbaru.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam era di mana teknologi berkembang dengan pesat, Meta dan Ray-Ban telah melangkah lebih jauh dalam industri aksesori. Terbaru, mereka tampil memperkenalkan cermin mata pintar kolaborasi bersama Scuderia Ferrari.
Reka bentuk terkini ini merupakan sebahagian daripada koleksi aksesori Meta dan Ray-Ban Musim Bunga/Panas 2024. Ia tidak hanya meningkatkan cara pengguna berinteraksi dengan dunia teknologi, tetapi juga membawa keanggunan dalam bentuk yang sangat inovatif.
Cermin mata edisi terhad ini, yang tersedia dalam warna eksklusif Scuderia Ferrari, dirancang khusus untuk memperingati perlumbaan Miami 2024.
Hadir dengan integrasi fungsi Meta AI dengan Vision, cermin mata ini tidak hanya sebuah aksesori tetapi juga seorang pembantu peribadi.
Meta AI dengan Vision memungkinkan pengguna untuk menginterpretasi apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tanyakan.
KEMAMPUAN MENTERJEMAH
Fungsi ini sangat praktikal; misalnya, pengguna dapat meminta bantuan untuk mencipta kapsyen bagi foto yang diambil semasa aktiviti luar seperti mendaki.
Selain itu, cermin mata ini mampu menterjemah teks atau tanda-tanda, serta mengenal pasti objek-objek asing atau eksotik seperti buah-buahan yang jarang ditemui dalam pengembaraan antarabangsa.
Kemampuan panggilan video juga merupakan ciri utama cermin mata ini. Penggunanya dapat berkongsi pandangan secara langsung melalui panggilan video di WhatsApp dan Messenger.
Ini menjadikan pengalaman berkomunikasi lebih menarik dan interaktif, di mana pengguna dapat berkongsi momen dan pemandangan secara real-time dengan keluarga atau teman mereka yang berada jauh.
Cermin mata pintar edisi terhad Ferrari x Ray-Ban Meta ini kini tersedia dalam pelbagai pilihan warna yang elegan. Ia juga hadir dengan pembungkusan bersama jenama yang eksklusif, menawarkan lebih daripada sekadar fungsi – ia adalah pernyataan gaya.
Dikhabarkan ia bakal dipasarkan pada harga sekitar RM1345.50 menerusi kedai-kedai Ray-Ban serta melalui laman web rasmi Ray-Ban dan Meta.
Kolaborasi antara Meta, Ray-Ban, dan Scuderia Ferrari ini bukan hanya menandakan kemajuan dalam teknologi fesyen, tetapi komitmen mereka terhadap inovasi dan kecanggihan.
Dengan cermin mata pintar ini, pengguna tidak hanya memakai teknologi, tetapi juga mengalami dan berinteraksi dengan teknologi dalam cara yang lebih mendalam dan personal.
Ini adalah langkah seterusnya dalam evolusi aksesori pintar, yang membawa kita ke depan dalam mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan sehari-hari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan inovasi, telah mengambil satu langkah besar dalam pendigitalan urusan kerajaan dengan akhirnya menamatkan penggunaan cakera liut.
Keputusan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Jepun terhadap era digital, tetapi juga menandakan berakhirnya satu era yang telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah teknologi.
Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun. Lebih 1000 peraturan yang mengawal penggunaan cakera liut dalam urusan kerajaan akhirnya telah dipinda.
Langkah pendigitalan urusan kerajaan Jepun telah dimulakan oleh Taro Kono pada tahun 2022. Tokyo menjadi bandar pertama di Jepun yang menghentikan keperluan storan fizikal dalam urusan pada tahun 2021. Agak mengejutkan keperluan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan menggunakan mesin faks juga hanya ditamatkan pada tahu 2021 tetapi menerima bantahan pelbagai agensi pada ketika itu.
Walaupun Jepun mempunyai imej sebagai negara yang canggih ketika dekad 80an, penggunaan teknologi terkini mula perlahan pada dekad 90an disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang sehingga kini belum pulih ke tahap 40 tahun yang lalu. Generasi tua tidak bersedia untuk melakukan perubahan dalam kerja seharian dan mempelajari teknologi baharu mengambil masa untuk melatih kakitangan.
Fakta Menarik Tentang Cakera Liut
Penciptaan oleh IBM:
Diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1971.
Berukuran 8 inci dan mampu menyimpan sekitar 80 kilobyte data sahaja.
Perkembangan Saiz:
Saiz berubah dari 8 inci ke 5.25 inci dan akhirnya 3.5 inci.
Cakera 3.5 inci mampu menyimpan data sehingga 1.44 megabyte.
Revolusi Data:
Digunakan secara meluas untuk menyimpan dan memindahkan data, program, dan dokumen.
Medium utama untuk mengedarkan perisian komputer sebelum kedatangan CD-ROM dan internet.
4. Kemudahan Penggunaan:
Mudah digunakan dan disimpan.
Boleh dibawa ke mana-mana dan disimpan dalam bekas plastik kecil.
Kepelbagaian Warna:
Datang dalam pelbagai warna untuk memudahkan pengkategorian dan pengecaman kandungan.
Perlindungan Tulis:
Dilengkapi dengan suis perlindungan tulis (write-protect tab) pada cakera 3.5 inci.
7. Peranan dalam Pendidikan:
Digunakan secara meluas dalam sektor pendidikan pada era 1980-an dan 1990-an.
Pelajar menyimpan tugasan dan projek mereka dalam cakera liut.
Permainan Video:
Banyak permainan video klasik diedarkan dalam bentuk cakera liut seperti “Prince of Persia” dan “Oregon Trail.”
Industri Perbankan:
Digunakan untuk menyimpan dan memindahkan rekod transaksi dalam industri perbankan sebelum era digitalisasi penuh.
10. Penggantian oleh Teknologi Baru: – Digantikan oleh CD-ROM, USB flash drive, dan penyimpanan awan pada awal tahun 2000-an.
11. Koleksi dan Hobi: – Kini dianggap sebagai barang koleksi bagi peminat teknologi dan retro.
12. Simbol Ikonik: – Ikon cakera liut masih digunakan sebagai simbol fungsi “simpan” (save) dalam banyak perisian komputer moden.
Ketibaan siri terbaru Galaxy S24 benar-benar menarik perhatian bukan sahaja di kalangan pemerhati industri teknologi peranti pintar tetapi juga di kalangan peminat serta pengguna konvensional di seluruh dunia.
MASKULIN berkesempatan untuk mencuba sendiri Galaxy S24 Plus yang dilancarkan bersama Galaxy S4 dan Galaxy S24 Ultra.
Secara asasnya Galaxy S24 Plus hadir dengan paparan dan bateri yang lebih besar. Ia secara tidak langsung hampir menyamai Galaxy S24 Ultra dari segi paparan yang cerah dan lancar.
Cuma apa yang berbeza, Galaxy S24 Plus tidak mempunyai reka bentuk titanium, kamera periskop 5X dan juga S Pen.
REKA BENTUK
Menyentuh tentang reka bentuk, Galaxy S24 Plus ditonjolkan seperti ciri-ciri Galaxy khas yang telah digunakan selama beberapa generasi, malah cukup sangat mirip dengan Galaxy S23 Plus dari segi penampilan.
Tidak salah untuk MASKULIN katakan kedua-dua model ini berkongsi estetika dan bahan pembinaan yang sama. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Galaxy S24 Ultra yang dibuat dari titanium, Galaxy S24 Plus menggunakan Aluminium Armor dan Gorilla Glass Victus 2, sementara Ultra menggunakan Gorilla Glass Armor yang baru.
Kedudukan butang dan port kekal sama seperti edisi terdahulu. Selain itu, peranti ini juga mengekalkan penarafan IP68 untuk ketahanan air dan habuk. Bingkai sisi yang rata terasa nyata pada mulanya tetapi menjadi selesa dengan cepat.
Dari segi warna pilihan pula Galaxy S24 Plus ditawarkan dalam beberapa warna menarik iaitu Onyx Black, Cobalt Violet, Amber Yellow dan Marble Gray. Selain itu, Samsung Malaysia turut menawarkan warna ekskulisf untuk pesanan di atas talian iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.
PAPARAN
Salah satu tarikan yang paling utama pada Galaxy S24 Plus adalah penambahbaikan skrin atau paparannya yang bagi MASKULIN sangat signifikan. Dari segi saiz panel, ia telah ditingkatkan sebanyak 0.1 inci.
Walaupun kedengaran seperti tidaklah terlalu banyak, namun setiap inci cukup penting dalam penghasilan telefon pintar pada masa kini. Galaxy S24 Plus hadir dengan skrin 6.7 berserta resolusi dan oleh itu ketajaman juga telah meningkat.
Galaxy S24 Plus menampilkan paparan QHD+, suatu kembalinya ke bentuk yang mantap berbanding dengan panel FHD+ pada model Galaxy S Plus terbaru. Galaxy S24 Plus turut mendapat penambah baikan LTPO 3.0 pada Galaxy S24 Plus.
Ia bermaksud berbeza dengan telefon Galaxy S Plus sebelumnya, siri terbaru ini membolehkan kadar penyegaran yang sangat lancar dan boleh diubah secara dinamik antara 1 hingga 120Hz bergantung pada kandungan pada skrin.
Itu sebenarnya setaraf dengan Galaxy S24 Ultra dan kebanyakan telefon super-premium yang lain.
Akhir sekali ia juga tampil dengan kecerahan puncak luar biasa, iaitu 2,600-nit pada Galaxy S24 Plus. Sudah tentu, ini mungkin diukur pada bahagian kecil dari paparan dan telefon ini pasti akan mencapai kecerahan maksimum yang lebih rendah dalam penggunaan sehari-hari. Namun begitu, Galaxy S24 Plus akan jauh lebih terang daripada model sebelumnya.
KAMERA
Kamera Galaxy S24 Plus tampil dengan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP yang menawarkan zoom optikal 3X pada telefon baru ini juga. Di bahagian hadapan, kamera sudut lebar 12MP terletak dengan halus di dalam lubang punch.
Difahamkan, Samsung turut memperbaiki proses pengimejan dengan ketara. Selepas mencuba menggunakannya sendiri, MASKULIN dapati kualiti imej meningkat secara signifikan.
Samsung menyatakan bahawa ProVisual Engine yang terdapat pada siri Galaxy S24 baru menggunakan AI bersama dengan algoritma yang diperkemaskan untuk mencapai gambar malam yang lebih bersih tanpa gangguan bunyi serta kurang gegaran kamera dan kabur gerakan.
Samsung juga telah memasukkan banyak penambahbaikan yang dikuasakan AI. Sebagai contoh, kita mendapat Generative Edits, yang membolehkan anda mengisi kekosongan ketika anda memutar imej atau menggerakkan subjek, serta Edit Suggestion yang akan memberikan anda cadangan yang disesuaikan mengenai penalaan yang boleh anda aplikasikan pada foto anda.
GALAXY AI
Inilah tarikan utama yang ditonjolkan menerusi siri Galaxy S24 dan diangkat sebagai ‘tema’ tarikan utamanya. Sebagai pemerhati luar, MASKULIN boleh andaikan Samsung telah melakukan pelaburan yang cukup hebat untuk membangunkan ciri-ciri AI baharu dikenali sebagai Galaxy AI.
Salah satu ciri baru yang menarik adalah Chat Assist – yang jika dilihat beroperasi seperti ChatGPT akan dengan kecerdasan buatan mencadangkan penulisan semula teks dan mencadangkan nada yang berbeza bergantung kepada siapa anda berkomunikasi.
Ciri ini terbina secara langsung dalam papan kekunci Samsung, jadi ia akan serasi dengan apa jua aplikasi mesej yang anda mungkin ada pada Galaxy S24 Plus anda.
Dari segi terjemahan bahasa pula, Samsung mencuri perhatian ramai dengan pengenalan ciri Live Translate yang terbina dalam aplikasi telefon. Ia membolehkan terjemahan suara dan teks dua hala berlaku dalam ‘real time’ atau masa nyata.
Ciri Galaxy baru yang lain adalah Interpreter, membolehkan anda menjalankan perbualan dengan orang lain dalam mod skrin terbelah dan mempunyai perbualan anda diterjemahkan secara segera dari satu bahasa ke bahasa lain.
Manakala Circle to Search pula merupakan ciri baharu yang cukup sensasi baru bertenaga AI yang membolehkan anda hanya menekan ‘home button’, kemudian lakukakan sahaha bulatan apa sahaja objek di skrin anda untuk memanggil carian Google yang berkaitan.
Selain itu, kebolehan yang paling menarik perhatian ialah menghilangkan pantulan dari foto dengan kuasa AI pada peranti. Tidak ada yang lebih buruk daripada melihat pantulan anda dalam kaca ketika anda mengambil gambar melalui tingkap, tetapi itu tidak lagi menjadi masalah dengan kemampuan Galaxy AI.
Memperbaharui gambar juga menjadi sebahagian daripada pakej yang sama, dan begitu juga dengan Object Eraser yang tampaknya jauh lebih baik, yang melakukan pekerjaan yang lebih baik dalam menghilangkan objek yang tidak diingini dari karya fotografi anda.
BATERI
Selain dari saiz skrin, bateri Galaxy S24 Plus juga telah meningkat berbanding dengan siri Galaxy S23 Plus! Kita mendapat bateri yang lebih besar, 4,900mAh, yang sebenarnya hanya sedikit lebih kecil daripada bateri 5,000mAh pada Galaxy S24 Ultra.
Idealnya, ini bermakna Galaxy S24 Plus akan dapat memberikan ketahanan yang cukup baik, mungkin pada tahap yang sama dengan Galaxy S24 Ultra. Sudah tentu, kami akan menangguhkan penilaian kami sehingga ujian bateri yang akan datang yang akan mengungkapkan cerita sebenar.
Dari segi pengecasan, Galaxy S24 Plus akan menyokong pengecasan berwayar 45W dan pengecasan tanpa wayar pantas 15W, yang serupa dengan Galaxy S24 Ultra dan Galaxy S23 Plus tahun lepas.
Jika pengalaman dengan Galaxy S23 Plus tahun lepas diambil kira, Galaxy S24 Plus seharusnya dapat dicas sepenuhnya dalam masa sekitar satu jam. Secara tanpa wayar, ia kemungkinan akan mengambil masa sekitar satu jam empat puluh minit atau sedikit lebih lama.
Prosesor Exynos 2400 yang efisien bersama dengan paparan QHD+ 120Hz yang besarnya menjadikannya pilihan yang lebih baik bagi para pemain permainan yang banyak bermain dan konsumsi kandungan, sementara itu ciri-ciri AI Galaxy yang baru memberikannya aplikasi baru untuk kerja dan keseronokan.
Ketiga-tiga varian Samsung Galaxy S24 Series kini telah dibuka pra-pesanan oleh Samsung Malaysia dan pengedar yang sah. Bagi model Galaxy 24 Plus ia ditawarkan pada harga RM4,899 (256GB) dan RM5,399 (512GB).
Rating MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.