Selepas beberapa bulan lalu kolaborasi North Face dan Gucci diumumkan, ramai penggemar fesyen global tidak sabar menantikan kemunculannya. Dan kini koleksi yang mendapat inspirasi zaman 70-an dan retro, diperkenalkan untuk tontonan umum.
Inilah koleksi kolaborasi terbesar untuk penghujung tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran. Jenama mewah terkenal, Gucci kini memperkenalkan seleksi foto rasmi untuk koleksi kolaborasinya bersama jenama outdoor, North Face.
Seperti yang dijangkakan ramai pemerhati fesyen, kolaborasi dua jenama ini menggabungkan warisan dan legasi rekaan mereka menjadi satu. Gabungan yang dilihat mewah dengan sentuhan minimalis ini khusus buat mereka yang gemarkan aktviti outdoor dan dalam masa yang sama tampil bergaya eksklusif.
Ads
ELEMEN VIVID
Mengambil pengaruh Gucci, warna yang dipersembahkan sarat dengan elemen vivid menjadikan koleksi ini nampak lebih menyerlah berbanding pakaian outdoor yang lain.
Ads
Ads
Manakala cetakan logo North Face dan monogram Gucci pula mendapat sentuhan inspirasi gaya rekaan 70-an. Kerjasama Gucci bersama North Face ini merupakan kombinasi yang unik kerana kedua-duanya dari dua dunia berbeza.
Koleksi yang dijangka mendapat sambutan luar biasa ini dilaporkan akan mula ditawarkan pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2021.
Adakah ia akan turut terdapat di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu! Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama ada anda menyarung baju Melayu cekak musang, teluk belanga atau versi klasik yang mewah bersulam, pemakaian samping tetap menjadi pelengkap gaya yang bukan sahaja memancarkan keanggunan, tetapi juga mencerminkan adab budaya yang diwarisi turun-temurun.
Namun begitu, tidak dinafikan masih ramai lelaki yang keliru – salah pakai, herot-berot, malah ada yang langsung tidak tahu cara sebenar menyarung samping dengan betul. Jangan risau, dalam artikel ini kami bongkarkan rahsia dan teknik mudah untuk anda tampil segak bergaya seperti pendekar zaman moden.
Samping bukan sekadar hiasan di pinggang. Ia mengandungi nilai simbolik yang mendalam dalam budaya Melayu. Ia melambangkan kehormatan, keanggunan serta menjaga batas aurat dalam kesantunan pemakaian.
Setiap helaian samping ada ‘kepala’, ‘badan’ dan ‘kaki’ – struktur ini bukan sekadar rekaan, tetapi menggambarkan kesempurnaan dalam berpakaian.
Malah dalam adat, panjang samping juga boleh melambangkan status seseorang:
Namun hari ini, gaya bebas menjadi norma. Apa yang penting adalah keyakinan dan kemasnya ikatan – asalkan tidak menjolok mata dan kekal sopan.
Kalau anda ingat semua ikatan samping itu sama, anda silap. Sebenarnya ada pelbagai cara ikatan – masing-masing membawa gaya dan fungsi tersendiri.
Berikut adalah empat jenis ikatan samping yang perlu anda tahu:
✨ Gaya bebas, sesuai untuk pergerakan aktif seperti menari atau berarak.
Kain lepas dibalut di sekeliling pinggang.
Hujung kain ‘dipancung’ dan dibiarkan terjuntai ke bawah.
Sering digunakan dalam persembahan atau acara seni budaya.
🧠 Tip: Gaya ini tampak ranggi dan maskulin jika dipadankan dengan songkok dan keris.
✨ Pilihan utama raja sehari – eksklusif dan tampak megah.
Kain ditarik ke tengah atau sisi badan.
Diikat dan disimpul kemas di pinggang supaya tampak sedikit ‘kembung’.
Popular dalam majlis akad nikah dan majlis persandingan.
🧠 Tip: Pilih samping songket atau tenunan tangan untuk efek elegan maksimum.
✨ Simple, cepat dan kemas – sesuai untuk raya atau majlis rasmi.
Lipat samping seperti kain sarung biasa.
Gulung ke atas dan lingkupkan ke bahagian depan.
🧠 Tip: Gaya ini amat sesuai untuk lelaki yang mahu tampil ringkas tapi masih segak.
✨ Ikatan klasik eksklusif untuk gaya bangsawan dan tradisional.
Letakkan kain samping di tengah-tengah badan.
Susun lipatan bertingkat dari atas ke bawah.
Gunakan bengkung untuk mengemaskan ikatan pada pinggang.
🧠 Tip: Gaya ini sesuai digayakan dalam acara rasmi berprestij atau perarakan diraja.
Walau zaman berubah, fesyen tradisi tetap relevan – dan lelaki yang bijak bergaya tahu bahawa kekemasan dalam berpakaian adalah lambang keyakinan diri.
Jadi, lepas ini kalau pakai baju Melayu – jangan lupa samping! Pakai dengan cara yang betul, dan anda pasti akan menyerlah di mata yang memandang.
Sumber: Omar Ali
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Larrie menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun ini. Bagi meraikan peristiwa istimewa ini, Larrie telah memperkenalkan koleksi bertemakan “Musim Bunga Serbia”. Terkenal dengan bandar yang meriah di Eropah Timur, “City That Never Sleeps” ini popular dengan seni bina sejarahnya, fesyen jalanan dan keceriaan suasana pada waktu malam.
Ciri-ciri yang ditampilkan dalam koleksi “Musim Bunga Serbia” Larrie dapat memberi kelainan kepada si pemakai. Warna-warna utama pada kali ini terdiri daripada ungu, hijau, biru, kelabu dan merah. Kelainan yang ditonjolkan kali ini adalah dari koleksi LaKnit Larrie, yang menampilkan kasut yang berteknologikan LaKnit.
Koleksi Larrie Untuk Lelaki
Dipengaruhi oleh kehidupan moden di bandar lama Belgrade, koleksi untuk lelaki bagi musim ini mengenengahkan rekaan kasual sukan dan sneakers dalam rona-rona gelap seperti coklat gelap, kelabu dan biru gelap. Loafers Larrie juga ditambah perincian seiring dengan transformasi dan pemodenan fesyen di Belgrade, Serbia. Rekaan klasik Larrie ini boleh didapati dalam warna biru laut, kelabu, coklat, dan hijau zaitun.
Rekaan utama bagi lelaki iaitu koleksiLaKnit Larrie direka sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti, serta selesa kerana diperbuat daripada bahan yang ringan dan mempunyai peredaran udara. Diperbuat daripada fabrik yang berkualiti dan bermutu menjadikan ia tampak lebih kemas. Setiap rekaan direka dengan fungsi tertentu bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada pemakai.
Koleksi Larrie Untuk Wanita
Diilhamkan oleh wanita-wanita moden di Belgrade, koleksi Larrie untuk perempuan menampilkan rekaan klasik dari warna-warna terang. Slip-ons, wedges dan sandal terbuka di bahagian jari dengan tapak yang nipis ini boleh didapati dalam warna gangsa, emas, ungu, putih, dan merah. Sandal kasual terbaru juga dilengkapi dengan straps boleh laras untuk keselesaan berganda buat pemakai.
Kasual sukan turut ditawarkan dalam rona-rona seperti merah, biru laut, merah gelap dan ungu. Rekaan Ballet ditambah dengan perincian untuk menambah gaya feminine pada koleksi tersebut. Kesemua kasut diperbuat daripada getah yang lembut dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada pemakai.
Koleksi terbaru Larrie boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan dalam talian di www.kutsukutsu.com . Harga bermula dari RM 89.00 hingga RM 179.00 bagi kasut lelaki dan dari RM 39.00 hingga RM 129.00 untuk kasut perempuan. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.facebook.com/Larrie78 atau www.larrieshoes.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Industri fesyen sentiasa berkembang, tetapi ada ketikanya ia melangkaui sekadar peragaan busana dan menjadi platform untuk menyampaikan mesej yang lebih mendalam. Acara fesyen yang dinantikan, SVG SS25 Runway, bukan sekadar mempersembahkan koleksi terbaharu tetapi turut menjadi medan suara bagi perubahan. Dipelopori Pengasasnya, Ahsraf Anuar, acara ini dihadiri lebih 500 tetamu.
SVG berjaya menjadikan acara pertunjukan fesyen ini sebagai pengalaman yang lebih besar daripada sekadar estetika—ia menjadi wadah untuk menyuarakan keadilan.
Mereka mengambil langkah berani dengan menjadikan pentas fesyen sebagai ruang untuk menyuarakan sokongan terhadap kebebasan Palestin dan hak bersuara demi keadilan.
Dalam dunia yang masih memberi ruang untuk kita berkarya dan bersatu, acara ini membuktikan bahawa kebenaran tidak boleh dibungkam. Melalui setiap helaian yang diperagakan, mesej solidariti dan perjuangan disampaikan dengan penuh seni dan makna.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, beberapa pereka tempatan—Janggutbear, Kenjichai, Fritilldea, Izzatisuza, dan Baihaqi Ismail—turut menyumbangkan rekaan khas bertemakan Palestin.
Setiap karya yang dipersembahkan bukan sekadar busana, tetapi juga satu ekspresi seni yang mengangkat suara mereka yang tertindas.
Sentuhan unik dalam setiap rekaan menjadi simbol kekuatan, harapan, dan perjuangan yang berterusan.
Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum Dunia—sebuah karya yang menyentuh jiwa dengan mesej keamanan, perpaduan, dan ketabahan.
Persembahan ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi satu seruan kepada mereka yang percaya pada keadilan. Dalam suasana yang penuh emosi dan semangat, hadirin terpaku dengan keindahan lirik serta keikhlasan yang terpancar daripada nyanyian Faizal.
Bercakap mengenai visi di sebalik koleksi musim ini, Muhammad Ashraf, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar, pengasas SVG, menegaskan komitmen jenama ini dalam menggunakan fesyen sebagai medium untuk menyampaikan mesej penting.
“SVG bukan sekadar jenama fesyen. Kami percaya pada kekuatan penceritaan melalui rekaan, dan musim ini.
“Kami mahu menggunakan pentas kami untuk mengetengahkan suara-suara yang perlu didengari. Fesyen bukan sekadar trend—ia adalah satu bentuk impak,” katanya.
Melalui koleksi SS25 ini, SVG menampilkan rekaan yang menggabungkan elemen-elemen klasik dengan sentuhan avant-garde, mencerminkan kekuatan dan harapan dalam setiap helaian.
Dari permainan warna yang simbolik hingga pemilihan fabrik yang berani, setiap perincian memberi gambaran tentang perjuangan yang diperjuangkan.
SVG SS25 bukan sekadar satu koleksi fesyen baharu. Ia adalah satu gerakan yang menggunakan seni, fesyen, dan budaya untuk menyampaikan kisah-kisah yang penting.
Selagi kita diberi ruang untuk berkarya dan bersuara, kita juga memikul tanggungjawab untuk berdiri bersama mereka yang suaranya cuba disenyapkan.
Dalam dunia fesyen yang sering dikaitkan dengan gaya dan trend, SVG membuktikan bahawa pakaian bukan sekadar kain yang menutupi tubuh. Ia boleh menjadi suara, mesej, dan perjuangan.
Dengan setiap langkah yang diambil di pentas peragaan, kita menyaksikan satu kisah yang lebih besar diceritakan—kisah tentang keadilan, harapan, dan keberanian untuk bersuara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.