Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Khabar itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di media sosial rasminya pada Khamis, berkongsikan gambar kad pelajarnya.
Bagaimanapun, beliau belum mendedahkan maklumat mengenai bidang atau kursus pembelajaran yang diteruskan di universiti berkenaan.
“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan mengenai peringkat pengajian tersebut di ruangan komen laman Facebook untuk menjawab pertanyaan warga maya.
Sebelum ini, Ismail Sabri pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) pada 1980.
Berita hangat dari Timur Tengah, Arab Saudi dilaporkan sedang melonggarkan larangan ketat mereka ke atas alkohol dengan ‘menghalalkan’ penjualan dan penggunaan minuman beralkohol di lebih 600 kawasan tertentu.
Langkah ini sebahagian daripada inisiatif besar Visi 2030 yang dipimpin Putera Mahkota Mohammad bin Salman, bertujuan mengubah wajah sosial dan ekonomi negara.
Tapi, jangan bayangkan pesta bebas seperti di Ibiza atau Bangkok – penjualan alkohol akan dikawal rapi. Minuman yang dibenarkan hanyalah arak ringan seperti wain, bir dan cider, manakala minuman keras seperti vodka, whisky atau rum tetap haram.
Alkohol juga masih dilarang di tempat awam, rumah persendirian, kedai runcit dan kawasan penyokong (fan zones) – termasuk semasa Piala Dunia FIFA 2034 yang akan dihoskan Arab Saudi.
Arab Saudi selama ini terkenal dengan peraturan agama yang ketat, termasuk larangan alkohol yang menyeluruh. Namun, untuk merealisasikan transformasi ekonomi dan menarik pelabur serta pelancong, kerajaan kini cuba beri ruang kepada perubahan budaya yang lebih terbuka.
Visi 2030 ialah pelan besar yang mahu diversifikasi ekonomi Arab Saudi daripada bergantung pada minyak semata-mata. Ia termasuk memperluas sektor pelancongan, hiburan, dan perkhidmatan yang lebih liberal. ‘Penghalalan’ alkohol di kawasan tertentu adalah satu langkah kontroversi tapi strategik dalam usaha membuka pintu kepada dunia luar.
Namun, terbaru dakwaan beberapa media asing bahawa Arab Saudi merancang untuk melesenkan penjualan alkohol mulai 2026 adalah tidak benar dan palsu. Menurut sumber kerajaan Arab Saudi, dakwaan tersebut tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan dan tidak mencerminkan dasar atau peraturan sedia ada di negara itu.
Jadi, jom kita tengok apa lagi perubahan yang mahu dibuat oleh Putera Mahkota ini seterusnya!
Berjaya merealisasikan kerjasama strategik di antara tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids (AKE) dan kelab bola sepak terkemuka di Malaysia seperti Selangor FC merupakan perkara yang cukup membanggakan.
Itulah salah berita menarik disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim kepada MASKULIN.
Pada hujung minggu lalu satu acara besar-besaran telah dianjurkan oleh AKE di mana ia turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Penganjuran AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park, Selayang berjaya mencipta rekod perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Acara penuh bersejarah penuh tersebut berjaya mencatatkan penyertaan seramai 450 kanak-kanak berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang, diiringi ibu bapa serta tenaga pengajar AKE.
Menurut Pengurus Projek Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias, perhimpunan ini dianjurkan untuk mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak berkeperluan khas.
“Berbeza dengan program sama dianjurkan pada tahun sebelumnya, tahun ini AKE berjaya menghimpunkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dan mendapat pengikhtirafan Malaysia Book of Records.
“Selari dengan permintaan dan kerjasama ibu bapa hari ini, Al Kauthar Eduqids berjaya menawarkan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, kelewatan pertuturan, minor sindrom down, GDD dan ADH,” ujarnya.
Majlis perasmian AKE Fun Run Olympic Carnival disempurnakan oleh Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj. Nor Fadilah.
Sementara itu, Selangor FC hadir bertindak membawa peranan sebagai rakan strategik dalam acara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim, berkata setiap tahun keluarga besar AKE tampil gah dalam penganjuran karnival sukan ini, sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.
“Karnival sukan yang melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun ini diadakan bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan yang sesuai dengan usia mereka.
Acara seperti ini juga berjaya merapatkan silaturahim serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak,” tambahnya lagi.
Acara ini menyaksikan seramai 4,700 kanak-kanak termasuk yang berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang serta hampir 9,400 ibu bapa dan tenaga pengajar.
Al Kauthar Eduqids kini mempunyai 216 cawangan di seluruh negara dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Acara AKE Fun Run Olympic Carnival bukan sahaja mencatat rekod baharu, tetapi juga memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk menikmati keseronokan sukan dan mengembangkan keyakinan diri mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.