Berita

Ismail Sabri Sambung PhD, Tidak Sangka Jadi Pelajar Di Usia Lanjut

Share

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Khabar itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di media sosial rasminya pada Khamis, berkongsikan gambar kad pelajarnya.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau belum mendedahkan maklumat mengenai bidang atau kursus pembelajaran yang diteruskan di universiti berkenaan.

“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan mengenai peringkat pengajian tersebut di ruangan komen laman Facebook untuk menjawab pertanyaan warga maya.

Sebelum ini, Ismail Sabri pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) pada 1980.

“Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar”

 Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu tidak menyangka bahawa beliau masih berkemampuan untuk melanjutkan pengajian walaupun sudah berusia 64 tahun.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya.

BACA: Kejar PhD Ketiga Pada Usia 36, Dr Alif Jasni Lawan Sakit “Arnolds Chiari Malformation”

IKLAN