Sindrom lelaki malas bekerja semakin menjadi-jadi hari ini. Mungkin ada kaitan dengan pencapaian golongan wanita hari ini. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah menyaksikan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pelbagai aktiviti perniagaan.
Ini bertambah rancak apabila, golongan hawa dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi. Perkembangan ini membuatkan kebergantungan wanita kepada lelaki atau lebih tepat suami semakin berkurangan memandangkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri yang kadangkala lebih tinggi berbanding lelaki.
FAKTA INI DISOKONG OLEH PERANGKAAN DIKELUARKAN OLEH UNIT PERANCANGAN EKONOMI, DI MANA GOLONGAN HAWA MELIPUTI 48 PERATUS DARIPADA PENDUDUK DALAM KUMPULAN UMUR BEKERJA IAITU 15-64 TAHUN. PERANGKAAN INI MENUNJUKKAN PENYERTAAN TENAGA BURUH WANITA BERTAMBAH DARIPADA 44.7 PERATUS PADA TAHUN 2000 KEPADA 45.7 PERATUS PADA 2005.
Bilangan wanita yang bekerja bertambah daripada 3.3 juta pada tahun 2000 kepada 3.9 juta pada 2005, di mana peratusan guna tenaga wanita daripada jumlah keseluruhan guna tenaga meningkat daripada 35.6 peratus kepada 36.7 peratus dalam tempoh yang sama. Penglibatan wanita dilihat tertumpu pada sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit serta pertanian. Dari segi struktur pekerjaan pula, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah lebih tinggi.
Perkembangan ini didorong oleh pencapaian yang lebih baik golongan Hawa dalam bidang pendidikan. Peratusan wanita dalam kategori pegawai kanan dan pengurus meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2000 kepada 5.4 peratus pada tahun 2005. Kategori ini masih didahului kaum lelaki yang turut mencatatkan peningkatan daripada 8.0 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Ads
Bagaimanapun, pekerja wanita nyata mendominasi dalam kategori profesional; juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan perkeranian dan; pekerjaan perkhidmatan dan jualan. Bagi kategori profesional, wanita terutamanya bekerja sebagai doktor, doktor pergigian, peguam dan arkitek. Ia menunjukkan pertambahan daripada 7.2 peratus pada tahun 2000 kepada 7.5 peratus pada 2005, berbanding lelaki daripada 5.1 peratus kepada 5.5 peratus dalam tempoh yang sama.
Manakala bagi kategori juruteknik dan profesional wanita mencatatkan penurunan kecil iaitu 14.1 peratus pada tahun 2000 kepada 14 peratus pada 2005. Begitu pun angka tersebut masih lebih tinggi berbanding lelaki yang mencatatkan peningkatan 10.9 peratus kepada 12.6 peratus. Secara keseluruhan peningkatan wanita dalam pekerjaan adalah hasil daripada akses pendidikan yang semakin baik.
Ads
Begitupun, bukan niat untuk menafikan kehebatan kaum lelaki, tetapi perkembangan ini seharusnya diterima oleh mereka sebagai satu cabaran untuk mereka turut berdaya saing dengan wanita. Kaum lelaki tidak harus melihat keupayaan wanita untuk menjana pendapatan sendiri sebagai satu kesempatan untuk mereka ber senang-lenang, sebaliknya mengambilnya secara positif untuk seiring memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan rumah tangga.
ISU INI BUKAN SAHAJA BERLAKU DI KAMPUNG, MALAH DI BANDAR TURUT MENGALAMI FENOMENA SAMA. “BANYAK TERJADI KES, SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DI RUMAH DAN ISTERI BEKERJA. GOLONGAN INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI SUAMI SEPENUH MASA.
“Sindrom ini berlaku apabila si isteri bersetuju untuk memikul tanggungjawab mencari nafkah dan suami menguruskan kerja di rumah. “Namun demikian, keadaan menjadi tidak sihat apabila suami hanya makan dan tidur di rumah tanpa menghiraukan hal anak-anak. Psikologi anak-anak yang sudah bersekolah dan mempunyai kawan-kawan akan terganggu kerana mereka akan tertanya-tanya mengapa bapa mereka di rumah sahaja sedangkan pada masa yang sama bapa orang lain bekerja.
Ads
“Sesuatu perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan ini. Golongan lelaki perlu lebih yakin menghadapi situasi ini. Jika berterusan, fungsi institusi keluarga akan terganggu. “Kembali kepada ajaran Islam, lelaki yang wajib mencari nafkah dan bukan sebaliknya. Isteri hanya membantu dan memberi sokongan kepada suami.’’
“ANTARA FAKTOR UTAMA IALAH ISTERI YANG BERKAHWIN DENGAN SUAMI YANG BERPENDIDIKAN LEBIH RENDAH DARINYA ATAU BERJAWATAN RENDAH. “MALAH ADA KES LELAKI YANG BEKERJA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN PENCEN AWAL PADA USIA AWAL TIDAK MAHU MENCARI PEKERJAAN LAIN.
“Mereka ini hanya mengharapkan sumber kewangan daripada isteri,’’ fenomena ini jarang membawa kepada penceraian kerana hak tersebut terletak pada tangan lelaki dan mereka lebih selesa dengan situasi seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.
AIR
Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.
SERBUK CILI MERAH
Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air. Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.
HALIA
Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.
BUNGA LOBELIA
Bunga lobelia membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.
MULTIVITAMIN
Merokok menyebabkan badan kita kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.
RADISH
Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.
LICORICE STICK
Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.
EKSTRAK BIJI ANGGUR
Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.
JUS ANGGUR
Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketgihan merokok.
HERBA WORT ST JOHN
Dalam kajian mengambil 450mg kapsul wort st john dua kali sehari dapat membantu mengurangkan tabiat merokok.
HYSSOP
Sejenis herba yang di percayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan reah dan dapat membersihkan paru-paru.
GINSENG
Campukan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.
VELARIAN
Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.
MADU
Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.
Sumber : maziahismail
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cermin mata Mahatma Gandhi cukup ikonik dalam sejarah dunia. Namanya bukan sahaja terkenal dan disebut di bibir rakyat India. Malah ikon spiritual dan tokoh politik dikenang sebagai antara figura penting mempromosikan gerakan demonstrasi tanpa keganasan. Wajahnya dengan cermin mata cukup dikenali seantero dunia.
Maka tidak hairanlah apabila cermin mata yang dipakainya dahulu mempunyai nilai yang luar biasa tinggi. Terbaru dilaporkan bahawa cermin mata Mahatma Gandhi telah berjaya dilelong dan dijual pada harga lebih RM1.42 juta. Ia telah dilelong dalam satu majlis lelongan di East Bristol Auctions.
Menurut laporan, cermin mata daripada pemimpin tersohor itu dibeli menerusi panggilan telefon oleh seorang pengumpul dari Amerika Syarikat. Harga jualan cermin mata tersebut juga dikatakan dijual melebihi daripada harga jangkaan.
Ia juga telah memecahkan rekod baharu buat East Bristol Auctions. Cermin mata Mahatma Gandhi tersebut sebelum ini dimiliki oleh seorang warga emas dari Magotfield, UK yang mengatakan cermin mata tersebut telah diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya dalam keluarga. Ia menjadi milik keluarganya selepas salah seorang ahli keluarga bertemu Mahatma Gandhi sekitar tahun 1920-an.
Lebih menarik lagi warga emas tersebut tidak sedar bahawa cermin mata tersebut mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Cermin mata itu telah disimpan di dalam laci almarisejak 50 tahun yang lalu.
Lelongan ini juga dikatakan antara yang paling tinggi dicatatkan untuk sebuah cermin mata dalam sejarah.
Sumber: BBC
Jika anda ingin mencari cermin mata hitam untuk gaya menarik, boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bertubuh muscular pastinya jadi idaman buat lelaki. Namun bagi wanita pula, jika mereka bertubuh tegap, berketul malah lebih menonjol daripada lelaki, pastinya akan menimbulkan persepsi yang berbeza.
Jika di luar negara, pertandingan bina badan wanita tidak asing lagi (dengan gelaran Binaragawati). Malah ada di kalangan mereka yang bertubuh lebih maskulin daripada lelaki. Jika di pasaran tempatan, wanita muscular kebanyakannya terdiri daripada jurulatih kecergasan mahupun ahli sukan. Namun, adakah wanita kategori ini bukan pilihan lelaki?
DARI KACA MATA LELAKI
GELI
Oh, semestinya in tidak adil tetapi ia tidak boleh dinafikan. Berdasarkan kajian yang Maskulin lakukan terhadap 30 responden, mereka berasa ‘geli’ dan tidak selesa jika berdampingan dengan wanita yang bertubuh tegap serta berketul. Bagi mereka, wanita sewajarnya lebih anggun jika bertubuh langsing dan biasa di mata mereka.
RASA TERCABAR
Ya, jika berpacaran dengan wanita bertubuh maskulin pastinya akan menimbulkan sedikit sebanyak perasaan tercabar malah merasa rendah diri apabila berdampingan dengan mereka.
Pastinya kelihatan janggal jika berjalan berduaan dengan wanita yang bertubuh lebih tegap berbanding lelaki itu sendiri. Apa agaknya akan berlaku jika tiba-tiba wanita tersebut diganggu dan anda sendiri tidak melindunginya. Malah, lebih perit jika dia sendiri dapat menepis gangguan tersebut tanpa perlukan bantuan anda.
PERSEPSI ‘SONGSANG’
Persepsi ini turut menjengah ruang minda lelaki kepada wanita yang berketul seperti lelaki. Lelaki mudah menganggap mereka terdiri daripada golongan yang songsang (lesbian) mahupun jolokan ‘pengkid’. Periksa dulu!.