Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Isuzu MU-X 2017 ke pasaran tempatan. Model facelift berkenaan menerima kemas kini pada bahagian dalaman, luaran dan ciri keselamatan dipertingkatkan. Berikut senarai pembaharuan yang dilakukan pada model MU-X facelift.
LUARAN:
1) Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED bersama cahaya spektrum biru.
2) Lampu depan digabungkan dengan ciri pelarasan cahaya.
3) Lampu kabus belakang baharu.
4) Bampar belakang baharu.
5) Lampu belakang dengan grafik bahagian dalam baharu.
6) Spoiler dan rim rekaan baharu.
7) Tambahan warna baharu Havana Brown Mica (coklat).
KABIN:
Tidak ketinggalan bahagian kabin turut menerima pembaharuan antaranya:
1) Menerima kemasan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka.
2) Panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) bersama paparan multi-info (MID).
3) Kabin dengan warna baru Beige (kuning air) bersama kerusi kemasan kulit dengan corak terkini.
4) Sistem hiburan dikemas kini dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor yang boleh dilipat untuk penumpang belakang bagi varian 4×4. Sementara varian 4×2 dilengkapi dengan skrin sentuh DVD 7 inci.
5) MU-X juga kini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk memberikan sistem audio lebih jelas.
Ads
CIRI KESELAMATAN:
MU-X didatangkan dengan enam beg udara berbanding versi sebelumnya hanya dua beg udara. Versi 2017 turut dilengkapi dengan sistem keyless entry sebagai standard.
Ciri keselamatan lain termasuk ABS, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan HSA.
Ads
HARGA:
-MU-X 2.5L 4×2: RM176, 640.40
-MU-X 2.5L 4×4: RM183,000.40
(Harga atas jalan termasuk insurans dan GST).
Ads
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki kenderaan idaman merupakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan kereta yang sekian lama menjadi tatapan di dalam majalah atau skrin komputer akhirnya berjaya dimiliki. Pastinya menghadirkan seribu satu kepuasan tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Wak Doyok kepada Maskulin menerusi temu bual eksklusif bersamanya dalam segmen video istimewa ‘Roda Panas’.
Cukup kena dengan karakter dan gayanya yang sering tampil bergaya dengan kemas dan serba maskulin, Wak Doyok berkongsi kenderaan hebat miliknya, Ford Raptor F-150. Lebih menarik lagi, kereta pacuan 4 roda bersaiz gergasi ini sebenarnya dari model Ford Ranger.
Namun dengan kesungguhan dan minat mendalama, Wak Doyok melakukan transformasi model tersebut kepada Ford Raptor F-15O. Model pacuan empat roda yang cukup sensasi dan ‘liar’ di mata penggemar automotif.
Transformasi bahagian depan menurutnya dilakukan berdasarkan Ford Raptor versi tahun 2016. Hampir kesemua bahagian hadapan telah ditukar dengan bahagian yang dihasilkan secara kustom. Malah sebahagian besar daripadanya dihasilkan dengan menggunakan bahan karbon fiber. Lampu hadapannya cukup besar merupakan spare part original daripada model tersebut.
“Bumper pula dihasilkan dengan karbon fiber, manakala lampu LED ni saya buat macam Trasfomers. Macam Optimus Prime sikit. Untuk bagi tinggi pula saya guna lower arm dan absorber khas. Dan untuk bahagian pijak kaki untuk masuk ke dalam saya tukar kepada side step automatik. Bila pintu dibuka baru ia keluar”, jelas Wak Doyok lagi.
Jelasnya lagi, walaupun kenderaan kesayangannya ini diubah suai namun ia mengikuti spesifikasi ditetapkan oleh kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ikuti video RODA PANAS oleh MASKULIN di bawah untuk saksikan perkongsian eksklusif Wak Doyok bersama kami.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula minggu ini kita akan dapat saksikan lebuh raya di seluruh negara akan mula sesak dengan anak perantau yang ingin pulang ke desa halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ia adalah satu pemandangan yang saban tahun kita saksikan. Iyalah, Raya hanya setahun sekali. Pastinya segala onak dan dugaan mampu kta harungi demi beraya di kampung halaman tercinta.
Masih belum terlambat untuk anda segera memastikan kereta dalam kondisi yang baik dan selamat untuk mengharungi perjalanan jauh.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi yang cukup ngeri patah lagi jika berlaku ketika kita sedang berpuasa. Memang berat ujiannya.
Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang. Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
PENUNJUK ARAS MINYAK
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
MINYAK ENJIN
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu.
Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksimum. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minimum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
MINYAK POWER STEERING
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
AIR RADIATOR
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu.
Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
GETAH WIPER
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
AIRCOND
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower.
Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada buih udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Drive belt merupakan tali penggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
BATERI
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakna ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
TAYAR
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu membantu anda mengharungi perjalanan balik kampung selamat pergi dan pulang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas setahun ingin menanggalkan road tax lama dengan yang baru, tentu anda hadapi masalah bila kesan gam pada road tax lama masih melekat di cermin kereta. Kini anda tak perlu lagi nak guna benda tajam untuk mencungkilnya kerana ada cara lebih mudah untuk tanggalkan kesan gam tersebut.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsi cara-cara yang lebih mudah dan cepat untuk menanggalkan road tax lama tanpa perlu meninggalkan kesan gam pada cermin kereta. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
Meh nak share cara nak buang road tax yang tampal direct kat cermin macam saya (malas nak beli sticker). Guna air panas je. Senang buang. #sumberdrMrGoogle
1. Kain rendam dalam air panas.
2. Letakkan kain yang direndam tadi di luar cermin kereta pada tampalan road tax.
3. Tunggu 5-10 minit. Bagi gam dia cair.
4. Kemudian tarik.
5. Inilah hasilnya. Langsung tiada kesan gam pada cermin kereta. Voallllaaaaa ~~ the end.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.