Ads

Itali Tolak Cadangan Ganti Iran Di Piala Dunia, Anggap Tidak Adil & Tidak Berasas

ITALI

Isu penyertaan Iran ke Piala Dunia kembali mencetuskan perdebatan apabila timbul cadangan agar Itali menggantikan tempat negara tersebut sekiranya berlaku penarikan diri saat akhir. Namun, cadangan itu segera menerima penolakan tegas daripada pihak berkuasa sukan Itali yang menyifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak berasas.

Cadangan Itali menggantikan Iran di Piala Dunia ini menjadi topik hangat apabila ia melibatkan faktor geopolitik dan integriti sukan antarabangsa. Dalam dunia bola sepak profesional, isu seperti ini sering mencetuskan perbincangan hangat kerana ia melibatkan prinsip keadilan dan merit.

Segalanya bermula apabila seorang utusan khas Amerika Syarikat, Paolo Zampolli, mencadangkan kepada bekas Presiden Donald Trump dan Presiden FIFA, Gianni Infantino, supaya Itali diberi peluang menggantikan Iran sekiranya negara Asia Barat itu tidak dapat menyertai kejohanan berkenaan.

Menurut Zampolli, cadangan tersebut bukan bermotifkan politik, sebaliknya sebagai pelan alternatif sekiranya situasi geopolitik semasa menghalang Iran daripada beraksi.

“Saya hanya ada satu impian. Permintaan ini adalah untuk rakyat Itali dan komuniti Itali di Amerika,” katanya dalam satu temubual.

Namun, cadanga tersebut itu tidak mendapat sambutan di Itali.

Itali Tegas Kelayakan Ditentukan Di Atas Padang

Menteri Sukan Itali, Andrea Abodi, dengan jelas menolak idea tersebut dan menegaskan bahawa penyertaan ke Piala Dunia tidak boleh diberikan melalui jalan pintas.

“Kemungkinan Itali kembali layak ke Piala Dunia dengan cara ini bukan sahaja tidak mungkin, malah tidak sesuai. Kelayakan perlu ditentukan di atas padang,” katanya.

Itali Tolak Cadangan Ganti Iran Di Piala Dunia, Anggap Tidak Adil & Tidak Berasas

Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Luciano Buonfiglio, turut berkongsi pandangan yang sama, malah menyifatkan idea tersebut sebagai sesuatu yang boleh menyinggung maruah sukan.

“Saya akan rasa tersinggung. Untuk ke Piala Dunia, anda perlu layak berdasarkan merit,” tegasnya.

Ads

Menteri Kewangan Itali, Giancarlo Giorgetti, pula melabelkan cadangan seperti ini sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak berasas.

Status Iran Masih Kekal, FIFA Bertegas

Walaupun konflik geopolitik di Timur Tengah masih berlarutan, Iran setakat ini tidak menarik diri daripada kejohanan dan sedang membuat persiapan untuk beraksi di Amerika Syarikat.

FIFA turut menegaskan bahawa jadual perlawanan Iran akan diteruskan seperti yang dirancang, termasuk aksi peringkat kumpulan di Los Angeles dan Seattle bermula Jun ini.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, sebelum ini turut memberi jaminan bahawa Iran akan tetap beraksi di Piala Dunia, walaupun terdapat pelbagai spekulasi dan tekanan politik.

Amerika Syarikat Beri Isyarat Berbelah Bahagi

Dalam perkembangan berkaitan, Donald Trump ketika ditanya mengenai penyertaan Iran memberikan reaksi yang agak berhati-hati.

Beliau pada mulanya berseloroh sebelum menyatakan akan mempertimbangkan isu tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menjelaskan bahawa tiada larangan terhadap atlet Iran untuk memasuki negara itu.

Ads

Namun beliau memberi bayangan bahawa sekatan mungkin dikenakan terhadap individu lain yang menyertai delegasi tersebut.

“Masalahnya bukan atlet. Tetapi individu lain yang mungkin datang bersama mereka,” jelas Rubio, merujuk kepada kebimbangan terhadap potensi ancaman keselamatan.

Reaksi Iran: Bola Sepak Bukan Alat Politik

Kedutaan Iran di Rom turut memberi respons keras terhadap cadangan tersebut, dengan menegaskan bahawa sukan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Bola sepak milik rakyat, bukan ahli politik. Itali membina reputasi bola sepaknya di atas padang, bukan melalui manuver politik,” kata kenyataan tersebut.

Mereka juga menyifatkan usaha untuk menyingkirkan Iran sebagai tanda ketidakmatangan moral pihak tertentu.

Itali Tolak Cadangan Ganti Iran Di Piala Dunia, Anggap Tidak Adil & Tidak Berasas

Realiti Kelayakan: Siapa Sepatutnya Ganti?

Iran sebenarnya merupakan antara pasukan terawal yang layak ke Piala Dunia menerusi slot Konfederasi Bola Sepak Asia.

Ads

Secara teori, sekiranya Iran menarik diri, tempat tersebut sepatutnya diberikan kepada pasukan Asia lain yang berada di ranking tertinggi tetapi gagal layak seperti Emiriah Arab Bersatu.

Namun, peraturan FIFA memberi ruang untuk pertimbangan lain kerana badan itu mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana persatuan sebagai pengganti tanpa terikat sepenuhnya kepada zon benua.

Situasi ini menyebabkan spekulasi seperti Itali ganti Iran terus menjadi perbincangan walaupun peluangnya sangat tipis.

BACA: Lari Sambil Berjalan Untuk 10km, Ini Strategi Hebat!

Pendirian Tegas Itali

Kontroversi ini sekali lagi menunjukkan bagaimana sukan khususnya bola sepak tidak dapat lari daripada pengaruh politik global.

Namun dalam masa sama, pendirian tegas Itali memperlihatkan satu prinsip penting dalam dunia sukan profesional bahawa kelayakan dan kejayaan perlu diraih melalui usaha di atas padang, bukan melalui keputusan luar.

Dengan Piala Dunia semakin hampir, perhatian kini tertumpu kepada sama ada Iran akan kekal menyertai kejohanan tersebut atau sebaliknya.

Apa pun keputusannya nanti, satu perkara jelas—isu Itali menggantikan Iran di Piala Dunia membuktikan bahawa integriti sukan tetap menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

10 Kelebihan Larian Bersama Running Club Terutamanya Buat Beginner

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Blind spot

Blind Spot Pemanduan, Bahaya Tersembunyi Yang Ramai Pemandu Masih Abaikan

Blind spot pemanduan sering jadi punca kemalangan tanpa sedar. Ketahui bahaya sebenar dan cara elak risiko ketika menukar lorong di jalan raya.