Ads

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

IZIPIZI

Datang dari rutin yang kelihatan biasa, IZIPIZI mengambil inspirasi untuk koleksi terbaharunya, AW26 Morning Express, yang meraikan kesibukan pagi menerusi kaca mata dengan karakter lebih segar, praktikal dan mudah digayakan.

Berteraskan idea “Rush with style”, koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 daripada jenama kaca mata kelahiran Paris itu membawa pendekatan yang cukup dekat dengan kehidupan harian.

Ia tidak cuba menjadikan pagi lebih perlahan, sebaliknya menerima hakikat bahawa kesibukan, pergerakan dan perkara tidak dijangka sudah menjadi sebahagian daripada rutin kita.

Satu Koleksi Untuk Pelbagai Rutin Pagi

Setiap orang mempunyai definisi pagi yang berbeza.

Ada ibu bapa yang sudah bergerak seawal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Ada yang memulakan perjalanan ke pejabat dengan secawan kopi di tangan, sementara sesetengah individu memilih beberapa minit sunyi untuk membaca sebelum keluar rumah.

Morning Express direka berdasarkan ritma kehidupan seperti ini, sekali gus menghimpunkan tiga rangkaian utama IZIPIZI iaitu Reading, Sun dan Child.

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

Koleksi Reading, yang ditawarkan pada harga antara RM229 hingga RM269, disasarkan kepada mereka yang memerlukan kaca mata untuk membaca buku, menggunakan telefon atau meneliti bahan bacaan sepanjang rutin harian.

Sementara itu, Sun pula berharga antara RM269 hingga RM299, dengan rekaan ringan untuk kegunaan di luar rumah.

Bagi kanak-kanak, rangkaian Child ditawarkan pada harga RM189, direka untuk menemani rutin mereka daripada perjalanan ke sekolah hinggalah aktiviti di taman.

Ads

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

ECHO Bawa Siluet Baharu

Salah satu tarikan koleksi kali ini ialah pengenalan bentuk baharu dikenali sebagai ECHO. Rekaannya mengambil inspirasi daripada bentuk panto, tetapi diberikan garisan lebih lembut serta proporsi yang sedikit lebih besar.

Hasilnya ialah siluet yang kelihatan kontemporari tanpa terlalu mencuri perhatian, menjadikannya lebih mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya.

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

Pendekatan ini seiring dengan identiti IZIPIZI yang sering mengetengahkan kaca mata sebagai aksesori harian yang tidak perlu kelihatan terlalu formal atau rumit.

Warna Yang Diambil Daripada Suasana Pagi Kota

Karakter Morning Express turut diserlahkan melalui pilihan warnanya.

Ads

Palet koleksi ini diinspirasikan daripada suasana bandar dan perubahan cahaya pada awal pagi, merangkumi beberapa tona dengan personaliti berbeza.

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

Antaranya ialah Dark Expresso dengan rona lebih dalam dan hangat, Blue Line yang lebih bertenaga, Morning Ray yang ceria serta Urban Steel dengan karakter minimal dan bersahaja.

Pilihan warna ini memberikan ruang kepada pengguna untuk memilih bingkai yang lebih hampir dengan karakter masing-masing, sama ada mahu sesuatu yang mudah dipadankan atau sedikit lebih menyerlah.

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

Ads

Gaya Yang Bergerak Bersama Rutin

Apa yang menarik mengenai Morning Express ialah ideanya tidak dibina semata-mata atas trend fesyen bermusim.

Sebaliknya, koleksi ini cuba mengangkat momen kecil yang berlaku setiap hari sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

Daripada perjalanan ke pejabat, menghantar anak ke sekolah sehinggalah singgah minum kopi sebelum memulakan hari, kaca mata dilihat sebagai aksesori yang bergerak bersama setiap rutin tersebut.

IZIPIZI Bawa Ritma Pagi Kota Ke Dalam Koleksi AW26 Morning Express

BACA: iOS 27 Kini Tersedia, Ini 10 Ciri Baharu Yang Patut Pengguna iPhone Cuba

Kesibukan mungkin tidak boleh dielakkan, tetapi IZIPIZI mahu menunjukkan bahawa ia masih boleh dilalui dengan sedikit karakter dan gaya.

IZIPIZI AW26 Morning Express kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM189. Koleksi ini tersedia di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur, Aras 5, Lot P52 serta di SEIBU TRX, Aras 2 di dalam ANTE Shop.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads