Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutama di laluan berisiko tinggi, Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil proaktif dengan pelan pemasangan 385 unit lampu jalan jenis solar di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), termasuk di lokasi tragedi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Menurut Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim, langkah ini bukanlah susulan langsung daripada insiden nahas, sebaliknya sebahagian daripada inisiatif jangka panjang JKR untuk mempertingkatkan infrastruktur keselamatan jalan.

Jalan Raya Timur-Barat Bakal Lebih Terang: 385 Lampu Solar Dipasang Demi Keselamatan

“Berdasarkan siasatan awal pihak polis, kemalangan berkenaan bukan berpunca daripada keadaan jalan yang gelap, tetapi disebabkan faktor kelajuan kenderaan,” jelas beliau.

Namun begitu, pemasangan lampu solar ini tetap dilihat sebagai satu langkah bijak dan berani. Bukan sekadar memberi pencahayaan, tetapi juga memberikan rasa tenang dan keyakinan kepada para pengguna jalan raya yang merentas laluan sunyi dan berbukit itu terutamanya pada waktu malam dan awal pagi.

Ads

Difahamkan, keputusan pemberian tender bagi pemasangan lampu jalan itu dijangka diketahui pada Julai tahun ini.

 

Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.

Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda.

Pasukan forensik Cawangan Jalan dari Ibu Pejabat JKR kini berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan terperinci dan menyediakan laporan lengkap berkaitan nahas tersebut.

Ads

Jalan Raya Timur-Barat Bakal Lebih Terang: 385 Lampu Solar Dipasang Demi Keselamatan

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala 27 yang lain cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah.

Ads

Sumber :  Sinar Harian

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI