Segmen smartwatch atau jam pintar kini dilihat semakin besar dan mempunyai pasaran yang sangat kompetitif. Suatu ketika dahulu hanya beberapa jenama sahaja yang dilihat memberikan komitmen tinggi menghasilkan peranti kecil yang kebiasaannya digunakan untuk aktiviti kecergasan.
Namun kini jam pintar telah berubah menjadi peranti peribadi kedua paling penting selepas telefon pintar dengan kepelbagaian fungsi sambungannya dan juga kemampuan penyediaan data spesifik.
Melihatkan perkembangan ini maka tidak hairanlah gergasi teknologi terkemuka, Google turut memperkenalkan jam pintar mereka. Dalam tempoh beberapa hari lalu, Google telah mempertontonkan kepada umum Pixel Watch di acara Google October Event.
Desas-desus pengenalan jam pintar dari Google ini telah lama bertiup kencang dan rata-rata pemerhati industri ini cukup teruja untuk melihat produk akhirnya. Pengenalan jam pintar ini merupakan kesinambungan dari pelancaran telefon pintarnya, Pixel 7 dan Pixel 7 Pro di pasaran.
TEKNOLOGI DUA GERGASI
Pixel Watch dilaporkan menggabungkan teknologi dari dua gergasi tersohor iaitu Google dan Fitbit.
Hadir dengan rekaan stainless steel case, ia datang dengan reka bentuk bulat yang cukup memukau. Malah ia juga dilaporkan mempunyai katahanan yang baik dengan perlindungan kalis calar dan air.
Dari segi pilihan warna ia hadir dengan beberapa warna yang diinspirasikan dari barang kemas iaitu Champagne Gold, Matte Black dan Polished Silver. Lebih menarik ia turut menawarkan tali atau band yang hadir dengan pilihan pelbagai bahan seperti active, strecth, woven, metal dan kulit.
Seperti dijangka, Pixel Watch akan tersedia menyokong pelbagai aplikasi dan servis Google seperti Google Maps, Google Pay, YouTube Music dan Google Assistant. Bukan itu sahaja ia juga turut menampilkan sokongan pengesanan kecergasan yang disokong sepenuhnya oleh Fitbit.
Ini bermakna penggunanya akan mendapat data aktiviti dan juga akses Fitbit Premium untuk ciri kesihatan yang lebih meluas. Buat masa kini masih belum jelas adakah Pixel Watch mampu bersaing dengan produk sepertinya di pasaran seperti Samsung Galaxy Watch 5, Fitbit Sense 2 dan juga Apple Watch Series 8.
Ia kini masih lagi belum dipasarkan namun Google telah membuka pra-pesanan menerusi Google Store. Dari segi harga pula ia dilihat ditawarkan pada harga lebih kurang sama dengan pesaingnya yang cukup kompetitif.
https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=379s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI