Casio Computer Co. Ltd. melancarkan ECB-2200HTR, sebuah model dalam rangkaian jam tangan EDIFICE hasil kerjasama dengan Honda TYPE R.
EDIFICE Honda TYPE R Edition baharu ECB-2200HTR membangkitkan semangat TYPE R dengan perhatian yang teliti terhadap warna, bahan dan kemasan.
Cat tulen Honda “Championship White” digunakan untuk mewarnai cincin dail, dan muka jam dihiasi dengan lencana “Red H”. Bentuk tiga dimensi lencana, dengan lengkungnya yang elegan, dihasilkan semula dengan teliti.
Ads
Selain itu, jalur kulit tulen putih dicetak dengan kod model kereta TYPE R.
Gelung jalur logam dan belakang sarung diukir dengan logo “TYPE R”, gesper penggunaan dengan logo “Honda”, dan butang pemasa jam randik dengan tanda “R”.
Ads
Selain itu, gesper penggunaan digunakan untuk mengikat jalur, untuk pemakaian yang lebih selesa, dan bahagian bawah jalur menampilkan Alcantara, bahan yang juga digunakan dalam kereta TYPE R.
ECB-2200HTR dilengkapi dengan ciri Pautan Mudah Alih untuk berpasangan dengan telefon pintar melalui Bluetooth®, menyediakan pembetulan masa automatik dan memudahkan untuk menetapkan masa dunia dan fungsi lain.
Untuk kemudahan, sistem pengecasan Tough Solar menukarkan cahaya untuk menghidupkan jam tangan, manakala lampu LED berkembar menerangi kedua-dua LCD dan dail untuk bacaan yang mudah walaupun di lokasi gelap.
Dengan harga RM 2,399, model ini kini boleh didapati di Malaysia menerusi laman web Casio E-Commerce dan semua Kedai G-SHOCK, G-Factory dan pengedar sah mulai 20 Disember 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Ramadan sudah pun hampir tiba. Jadi tidak hairanlah untuk kita lihat semakin banyak jenama pakaian fesyen memperkenalkan dan mula mempromosikan koleksi Hari Raya mereka untuk tahun ini.
Kebiasaannya jenama-jenama yang sinonim dengan fesyen tempatan sahaja yang tampil dengan koleksi tema Hari Raya. Tapi tahun ini cukup istimewa buat jenama sukan dan gaya hidup popular PUMA turut menlancarkan koleksi Raya mereka yang tersendiri.
Buat julung kalinya, PUMA Hari Raya Collection diperkenalkan dan sudah mula berada di pasaran bermula pada 17 Mac yang lalu.
Koleksi eksklusif ini merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri yang diangkat oleh PUMA dengan menggabungkan unsur rekaan Raya berciri ranggi dan klasik.
Bukan itu sahaja PUMA juga juga mengetengahkan gubahan yang versatil selain senang untuk digayakan dan pastinya dapat memudahkan pemakainya untuk turun beraya sepanjang hari.
“Di PUMA, kami ingin merangkap cerita setiap sambutan perayaan yang unik, dan pada tahun ini, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan PUMA Hari Raya Collection sempena Hari Raya.
“Berlandaskan pendekatan tersebut juga, kami berharap menerusi koleksi Hari Raya kami yang pertama ini para pelanggan kami dapat mengukir memori-memori yang unik bersama insan tersayang sepanjang musim lebaran ini,” jelas Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, Eleanor Wang.
Tambahnya lagi seleksi pakaian PUMA bersifat sepanjang zaman jadi untuk koleksi ini mereka memilih sesuatu yang tampak segar, menarik dan kena dengan tema Hari Raya.
“Rekaan koleksi ini serba minimalis umpama sebuah kanvas untuk pemakainya mencipta kenangan baharu. Malah selepas Hari Raya melabuhkan tirainya, pakaian tersebut masih boleh dipakai untuk acara istimewa yang lain kerana versatilitinya, justeru membolehkan anda terus mengukir kenangan untuk tahun-tahun yang akan datang,” tambahnya lagi.
PUMA Hari Raya Collection juga menampilkan variasi pakaian dan kasut buat lelaki dan juga wanita dengan mengutamakan keselesaan tanpa mengkompromikan gaya.
Gambaran yang berunsur tidak ketat merupakan elemen signatur koleksi berkenaan, memastikan pemakainya dapat menikmati keselesaan dan tarikan fesyen tersebut semasa sambutan Hari Raya.
Di samping itu, kombinasi warna koleksi antara hitam klasik dan pelbagai warna berciri pastel memberikan pemakai lebih banyak kebebasan untuk memperibadikan busana mereka.
Turut menyempurnakan koleksi tersebut adalah sneakers PUMA Roma Classic Gum, yang tampil kemas, praktikal dan pastinya sesuai untuk dipakai bagi apa jua acara.
Kempen Memori Aidilfitri bukan sahaja peluang untuk kelihatan bergaya, tapi untuk menyuntik semangat Hari Raya. Didatangkan bersama koleksi ini adalah sebuah aktiviti diilhamkan oleh Hari Raya yang akan berlangsung di outlet PUMA.
Bermula dari 17 Mac hingga 21 April 2023 pelanggan yang membeli mana-mana item PUMA Hari Raya Collection layak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ‘Shop Raya & Get Rewarded’.
Menerusi aktiviti tersebut, peserta dapat memilih sekeping Raya Reward Card, dan di belakang kad tersebut akan ternyata ucapan Hari Raya berserta hadiah menarik yang dimenangi, antaranya baucar beli-belah dan juga barangan PUMA.
Bagi peminat pakaian premium streetwear, nama Undefeated bukanlah asing lagi bagi mereka. Bermula daripada menjadi butik sneakers premium yang diasaskan oleh James Bond dan Eddie Cruz, ia kini telah melakukan banyak kolaborasi dengan jenama terkenal seperti A Bathing Ape, Champion, Nike, Vans, adidas dan banyak lagi.
Dan yang paling terbaru Undefeated telah dipilih oleh Starbucks untuk melakukan kolabirasi item istimewa. Kolekasi Starbucks X Undefeated ini turut bakal diperkenalkan di pasaran tempatan oleh Starbucks Malaysia.
Koleksi istimewa ini dijangka menjadi buruan bukan sahaja oleh penggemar streetwear tetapi juga pengumpul item eksklusif aksesori Starbucks.
Starbucks X Undefeated mengambil inspirasi daripada rekaan pakaian sukan dan budaya sneakers dengan penampilan tema warna neon dan rekaan ultra-moden berserta warna hijau trademark jenama kopi tersebut.
Rekaannya juga sebagai simbolik bagi meraikan kreativiti, ketahanan serta semangat kemanusian dua jenama besar ini berkongsi semangat mereka terutamanya pada ketika dunia berdepan krisis wabak yang meruncing.
Koleksi Starbucks X Undefeated meliputi pelbagai aksesori, alat tulis serta bekas minuman yang tampil dengan tema minimalistik. Berikut merupakan koleksi edisi terhad Starbucks X Undefeated yang bakal ditawarkan di pasaran:
Kesemua item kolaborasi eksklusif ini boleh didapati di outlet Starbuck yang terpilih di seluruh negara mulai esok, 8 Julai 2020. Manakala untuk pasaran Sabah & Sarawak pula pada 14 Julai 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak dengar lagu kuat-kuat bersama kawan-kawan mesti kena pakai speaker kan? Dengan teknologi serba canggih pada hari ini, membolehkan anda bawa speaker kemana saja kerana ia berbentuk mini. Namun, ada segelintir speaker yang harganya mahal sampai anda tidak mampu untuk beli. Penggunaan speaker mini menjadi trend di Malaysia kerana dapat memainkan muzik anda dari smartphone or PC. Di sini kami mengesyorkan beberapa pilihan speaker mini terbaik pada harga yang murah, sesuai untuk mereka yang mahukannya tetapi berjimat-cermat dalam pembelanjaan.
S815 Soundlink mini speaker mempunyai port USB membolehkan pengguna untuk mencucuk MP3 mereka dan mainkan lagu. Penggunaan USB juga dapat memudahkan pengguna kerana ianya bersifat universal dan lebih mudah. Baterinya juga boleh di cas semula melalui port USB tersebut, sekali cas, ia boleh bertahan sehingga 8 jam walaupun memainkan lagu secara berterusan.
Beratnya hanya 700 gram dan berbentuk petak sesuai untuk diletakkan di atas meja belajar ataupun masukkan ke dalam beg. Badannya yang diperbuat daripada aloi aluminium menjadikannya tahan lebih lasak dan memberikan rupa yang simplisiti.
ERA mini speaker tidak memerlukan kabel yang berselirat, pengguna hanya boleh terus mencucuknya pada audio jack komputer mereka dan digunakan seperti biasa. Pengguna juga tidak perlu install apa-apa driver daripada internet untuk menggunakannya kerana ianya bersifat universal, malah boleh digunakan pada mac dan windows.
Bentuknya yang bulat dan saiznya yang kecil memudahkan pengguna untuk menyimpannya atau di bawa bersama (On-The-Go). Penggunaan bateri litium menjadikannya tidak mudah panas dan mengurangkan risiko overheated dan kerosakan bateri.
Popupine M01 mini speaker mempunyai lampu LED di dalamnya yang akan berkelip apabila dihidupkan. Penggunaan speaker mini yang mempunyai LED agak popular di kalangan gamer kerana ia akan menampakkan anda seorang professional. Lampu LEDnya juga akan berkelip secara perlahan-lahan menjadikannya lebih menarik pada waktu malam. Reka bentuknya yang berunsurkan berlian menampakkannya lebih futuristik dan elegan.
Pengguna tidak perlu untuk mencari driver untuk PC mereka atau download aplikasi khas di dalam smartphone untuk menggunakannya. Anda hanya perlu cucuk sahaja di audio jack peranti anda dan seterusnya anda boleh mainkan lagu-lagu kesukaan anda.
New-Xigang Lenrue A2 menggunakan sambungan Bluetooth 2.1 sesuai untuk penggunaan handphone. Antara ciri khasnya iaitu terdapat mikrofon yang dipasang bersama padanya sesuai untuk voice recording ataupun menjawab panggilan walaupun sedang asyik mendengar lagu. Hal ini dapat memudahkan pengguna daripada perlu menutup sambungan dan call semula kerana suara anda tidak dapat disampaikan.
Reka bentuknya yang berbentuk silinder dan kecil memudahkan pengguna untuk membawanya bersama untuk mendengar lagu. Tambahan pula, terdapat port untuk SD card di mana pengguna tidak perlu lagi membuka Bluetooth untuk memainkan lagu dari handphone mereka. Hanya perlu pasangkan SD card dan nikmati lagu secara berterusan.
Penggunaan bluetooth semakin hari semakin hebat, Xiaomi Mi Mini speaker menggunakan sambungan Bluetooth versi 4.0 yang merupakan versi yang agak terbaru. Penggunaan sambungan Bluetooth 4.0 lebih cekap dalam penggunaan bateri dan boleh digunakan pada smartphone yang terkini seperti iPhone 6S dan Samsung Galaxy S6 sehingga yang terkini.
Ia menggunakan bateri litium menjadikannya lebih cekap dalam penggunaan tenaga dan mengelakkan overheated. Di samping itu, boleh berfungsi sehingga 4 jam walaupun dibuka pada kekuatan 60dBA
*Sumber: productnation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.