Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?

 

Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

1. Suhu air yang betul

Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

2. Cuci berasingan

IKLAN

Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

3. Guna wap air panas 

Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

IKLAN

4. Kering secara alami

Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

5. Jangan rendam terlalu lama

Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?

IKLAN

6. Elak jemur di bawah terik mentari

Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.

Bagi Penggemar Jeans, Ini Cara Mudah Untuk Elakkan Jeans Kamu Mudah Rosak!

7. Awasi penggunaan pencuci

Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.

Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI