Minuman detoks memang cukup bagus untuk membuang segala toksin dalam badan, tapi tahukah anda, detoks tidak boleh diambil kerap kali terutama detoks lemon. Pengambilan detoks setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan anda terima kesan yang buruk untuk kesihatan. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, kurangkan pengambilan detoks lemon ini.
1.Gigi terhakis
Ads
Lemon buah yang berasid. Jika diambil kerap kali, acid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
2. Pedih ulu hati
Ads
Ditambah dengan rasa masam dan diambil setiap hari akan menyebabkan pedih ulu hati. Selain itu, anda akan mengalami sakit perut dan pedih.
Air lemon mempunyai vitamin C yang tinggi. Pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien ini terkenal dengan sifat diuretic yang membuatkan anda kerap membuang air kecil.
Dehidrasi akan berlaku apabila mulut anda mula kering, kulit kering dan sakit kepala, jadi kurangkan pengambilan air lemon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan, begitulah keadaannya badan kita kalau kita dalam kategori gemuk air. Jadi, ini penyelesaian terbaik bagi kamu yang mengalami masalah gemuk air ini.
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam.Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh.Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
Tambahkan pisang dalam menu harian anda. Potongannya pisang boleh dimasukkan dalam bijirin, dibuat smoothie atau dikupas dan dimakan macam biasa. Pisang mengandungi banyak potasium yang membantu mengurangkan retensi air. Jika anda tidak menggemari pisang, pilihan lain yang terbaik adalah kismis.
Terlalu banyak menikmati makanan manis boleh menyebabkan perut kembung. Jika anda berlebihan makan makanan yang manis dan mula merasakan efeknya, cubalah makan yoghurt rendah lemak yang mengandung kultur aktif. Fungsi kultur aktif ini adalah meningkatkan bakteria baik dalam perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sel badan dan ada bermacam hormon untuk fungsi- fungsi yang berbeza untuk tubuh.Ini antara hormon yang ada dalam badan kita :
Terdapat berpuluh lagi hormon yang mana semuanya berfungsi secara harmoni dan seimbang. Ia bermaksud jika salah satu hormon terganggu,kebiasaannya hormon yang lain juga akan terganggu sama.
Bagaimana mengenal pasti gangguan hormon ini?
Terdapat beberapa petanda umum yang mungkin dialami mereka yang mengalami masalah gangguan hormon.
1) Kenaikan berat badan yang mendadak atau susah kurangkan berat badan.
2) Lemah lesu sentiasa. Tenaga yang berkurangan.
3) Susah tidur dan tidur tak lena.
4) Masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan perubahan kulit (kehitaman, tebal).
5) Masalah pencernaan seperti perut gas dan kembung. Perubahan najis seperti sembelit atau cirit birit mungkin berlaku
6) Masalah mood tidak stabil, kemurungan dan kerisauan juga kerap berlaku.
Gula meningkatkan hormon insulin. Rintangan kerana berlebihan insulin menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi hormon lain.
Gula juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman yang mengganggu kestabilan hormon.
SOLUSI: Elakkan gula proses. Jerawat disebabkan hormon juga boleh berkurang dengan pengawalan gula.
.
Kitaran tidur jaga merupakan “Master hormone” yang mengawal segala waktu aktiviti hormon dalam badan.
SOLUSI: Tidur lepas isya’ dalam keadaan sejuk, senyap dan gelap. Waktu pagi perlu diisi dengan aktiviti seperti berjemur tengah matahari, bersenam dan makan pagi yang sihat bagi menjaga keseimbangan hormon.
.
Logam berat, bahan kimia di dalam kebanyakan sabun, wangian, kosmetik digelar sebagai Kimia Penggangu Hormon (EDC). Ia merupakan XENOESTROGEN yang mengganggu hormon estrogen badan seterusnya semua hormon lain.
Hormon kejantanan testosterone akan berkurang kerana xenoestrogen yang meningkat. Badan jadi lemah..perut jadi buncit dan prostat lelaki boleh jadi bengkak.
Xenoestrogen juga dikaitkan dengan risiko KANSER.
SOLUSI: Cari pengganti alternatif organik bagi yang mampu. Elakkan penggunaan bahan kimia terutamanya dalam makanan dan penjagaan badan.
.
Usus yang sihat amat penting untuk keseimbangan hormon.
Estrogen dihasilkan dan dikawal penghasilannya oleh kuman usus.
90% serotonin yang penting untuk penghasilan “master hormone” iaitu melatonin terletak di lapisan sistem pencernaan.
Kerosakan sistem pencernaan juga dikaitkan masalah autoimmune yang berpotensi mengganggu pelbagai kelenjar hormon seperti tiroid, pankreas, adrenal dan sebagainya.
SOLUSI: Kurangkan makan. Kerapkan berpuasa. Percayalah anda tidak akan mati dengan makan sekali dua sahaja sehari malah hormon jadi lebih stabil insha Allah.
.
Stres meningkatkan hormon kortisol (steroid) badan..akhirnya, kortisol (steroid) kurang dihasilkan.. Ini menyebabkan gangguan hormon lain dan juga keradangan seluruh badan. Badan jadi penat. Sakit-sakit dan segala jenis keradangan dan alahan boleh muncul.
Stress juga merupakan antara risiko terbesar pencetus KANSER.
SOLUSI: Dekatkan diri dengan Allah. Elakkan terjerumus ke dalam aura dan persekitaran negatif.
Kegembiraan sementara mungkin menyebabkan kita stres sepanjang masa kemudiannya. Kejar impian kita.bermula tahun 2018 ini..mulakan dengan azam yang.lebih kuat. Saya mahu jadi manusia yang lebih baik.
“Dahulu rupa saya tidaklah seperti hari ini, berwajah kusam, bertubuh gemuk dan tidak punya apa-apa. Saya akur akan kelemahan itu dan menjadikan kekurangan itu sebagai pencetus semangat untuk saya mulai berubah. Sudah penat punya badan yang besar. Sedari kecil tidak pernah miliki tubuh yang kurus dan ringan. Dengan itu saya bertekad untuk mencipta transformasi fizikal ke arah yang lebih sihat dan bersaiz ideal.
Mahukan perubahan
Niat untuk berubah bukan semata untuk diri sendiri malah untuk melahirkan sebuah inspirasi buat orang sekeliling. Bayangkan saya pernah mencecah berat badan sehingga 130 kilogram. Dilabel sebagai penghidap obesiti, doktor juga menasihatkan saya agar mula menurunkan berat badan agar terhindar daripada pelbagai penyakit. Saya juga pernah tersinggung akan nasihat yang diberikan tentang fizikal dan masalah kegemukan yang saya hadapi. Bermula dari itu, saya mengubah ‘mind-set’ dan perspektif tentang kehidupan dan bersungguh untuk mengurangkan berat badan. Saya mengambil masa dalam tiga tahun untuk benar-benar mendapatkan bentuk badan impian dan berat badan yang ideal. Saya pernah menurunkan kadar berat badan sehingga 67 kilogram dalam satu masa kerana terlalu obses tatkala melihat hasil di peringkat permulaan. ‘Yes, of course’ saya teruja melihat hasilnya buat pertama kali.
Cabaran
Ya, cabaran sudah pasti perkara pertama yang harus kamu hadapi jika mahu berubah. Jika tiada cabaran pasti tidak ‘exciting’ dan keterujaan untuk berusaha itu tidak seindah yang tergambar. Saya tidak kisah dengan cabaran malah menyukainya. Kata-kata manusia sekeliling saya tepis habis-habisan dan tidak peduli segala persepsi negatif. Saya mahu cabar diri dan ‘set up my own goals’ untuk melaksanakan transformasi ini. Tipu jika saya tidak rasa bebanannya. Perlu bersedia mental dan fizikal agar tidak berhenti di pertengahan jalan. Jika jatuh pantas bangkit semula sebelum ia menjadi hambar. Bagi saya, diet adalah bahagian paling sukar untuk diamalkan kerana ia merangkumi sebahagian daripada keperluan rutin saya. Diet merangkumi 70% dan ‘workout’ hanya 30% sepanjang proses saya mengurangkan berat badan. Memang susah mahu bertahan dalam makanan. Kadangkala saya sehingga tidak punya tenaga untuk melakukan senaman. Namun, lama kelamaan ‘I get used to it’. Apa yang penting jangan mula berhenti sebelum tiba ke puncaknya. Itu resipi kejayaan saya.
Motivasi
Saya tidak mudah mengaku kalah. Motivasi diri tercetus kala melihat hasil dalam proses melakukan diet dan latihan. Inspirasi lahir dari dalam diri sendiri agar ia kekal bertahan. Jika motivasi perlu diambil dari orang lain, ia tidak semestinya konsisten dan harus bergantung kepada orang lain. Bagi saya, semuanya harus bermula dari sendiri. Saya konsisten kerana ada matlamat saya jelas. Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain melalui kejayaan yang saya miliki. Oleh itu saya harus tekad dan berusaha untuk mengurangkan berat badan. Saya turut memberikan tip pemakanan dan latihan untuk setiap dari mereka yang mempunyai visi dan impian yang sama. Jika ditanya tentang soal idola, sudah pasti saya ada meminati seorang jaguh bina badan iaitu Jeff Seid. Usianya sama dengan saya menjadikan saya harus mengikut jejak langkahnya terutama dari aspek latihan dan urusan diet. Rutin kecergasannya cukup lengkap, ditambah pula dengan usia yang sama menjadikan ia lebih mudah untuk saya aplikasikan dalam diri saya sendiri.
Pandangan dan persepsi masyarakat serta orang sekeliling sudah pasti beraneka rencahnya. Tidak kurang yang melihat rupa berbanding bakat. Mungkin jua ia salah satu sebab mengapa saya ingin berubah dan memperbaiki rupa fizikal saya ke arah yang lebih baik. Tidak menghiraukan persepsi negatif orang sekeliling dan menjadikannya sebagai sebuah cabaran untuk saya terus tetap fokus ke hadapan. Kadangkala saya terfikir akan sisi positif tentang apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Bagi saya, setiap individu memerlukan cabaran untuk dia berubah. Jika masih berada di dalam ‘comfort zone’ mungkin sukar untuk menginjak perubahan.
Kekal momentum
Kombinasi antara diet dan latihan adalah penting untuk hasil yang lebih berkesan. Konsistensi adalah cabaran paling besar kala sudah berada di dalam fasa berat badan ideal. Saya merasakan untuk mengurangkan berat badan adalah lebih mudah berbanding mengekalkannya. Fasa ini adalah proses terpenting untuk kekal fokus. Jika tidak, usaha selama beberapa tahun akan terlerai begitu sahaja. Saya mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan gula dan garam serta menolak karbohidrat dalam jadual diet. Latihan di gimnasium selama satu jam setiap hari sudah memadai untuk weight dan functional training. Setiap hari juga saya mengamalkan kardio untuk mengekalkan stamina dan tenaga berterusan untuk latihan di gimnasium. Selain itu, saya turut mengamalkan pengambilan supplement untuk membantu saya mengekalkan berat badan rendah dan bentuk fizikal yang menarik. Diet dan latihan setiap individu adalah berbeza. Kenali diri sendiri dan faham keperluan tubuh untuk menghasilkan diet dan latihan yang efektif.
Nasihat
Saya pernah tersalah langkah dahulu apabila pernah melalui fasa ‘over diet’ ketika dalam proses menurunkan berat badan. Dek kerana terlalu taasub dengan keinginan memiliki tubuh badan yang menarik, saya terlupa akan faktor kesihatan yang saya utamakan. Oleh itu, kepada semua individu yang mahu menurunkan berat badan, kamu harus mematuhi diet yang seimbang dan latihan yang lebih efektif dan bijak agar proses menurunkan berat badan ini menjadi suatu pengalaman yang menggembirakan serta menjadi suatu amalan gaya hidup setiap hari. Letakkan matlamat dan fokus untuk mencapainya. Ubah pemikiran bahawa anda mampu kurus dan menurunkan berat badan serta yang paling penting jangan mudah mengaku kalah!
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.