Nak kekal sado tapi tak boleh berhenti mengunyah? Ada 6 “super food” penuh khasiat yang korang boleh layan tanpa risaukan berat badan! Ucapkan selamat tinggal pada junk food!

6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

 

Buah kranberi bukan sahaja sedap dimakan, malahan ianya penuh dengan khasiat. Ianya rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Kranberi mengandungi proanthocyanidins yang melekat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing. Dengan hanya serendah RM10, kini anda boleh ubati dan elakkan dari terjadi jangkitan!

 

 

6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

Dikhabarkan berasal dari China, buah kiwi dikenali dengan khasiat perubatannya sejak zaman dahulu. Buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik ini mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren dan lemon! Kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan ia bersifat antioksidan yang kuat, sekaligus membantu dalam mengelakkan pertumbuhan kanser atau inflamasi. Selain itu, buah kiwi juga terkenal sebagai buah yang membantu meningkatkan tahap imuniti seseorang.

 

 

 6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

Buah tin mengandungi gula semulajadi, mineral dan serat larut yang tinggi. Ianya kaya dengan mineral termasuk kalium, kalsium, magnesium, dan zat besi dan merupakan sumber antioksidan A, E dan K yang baik. Segar atau kering, buah tin adalah sumber yang penting dari kedua-dua jenis serat makanan. Serat larut membuatkan kita berasa kenyang dan menggalakkan tahap gula darah dan kolesterol yang sihat, manakala serat tidak larut menyokong pencernaan yang baik dan usus yang teratur. Kalium dalam buah tin pula membantu menjaga cecair dan mineral seimbang di dalam dan di sekeliling sel-sel dan seluruh badan anda, yang penting untuk fungsi saraf, otot dan jantung yang normal. Dikenali sebagai buah yang turun dari syurga, buah tin semestinya datang dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kita semua.

 

 6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

 

Buah Betik kering

Betik adalah buah tropika dengan rasa manis yang unik dan eksotik. Ianya kaya dengan serat makanan, antioksidan, dan beta-karoten. Papaya kering adalah salah satu kudapan yang baik untuk memenuhi keinginan terhadap makanan manis sambil menyediakan tubuh dengan sumber tenaga nutrien. Selain itu, betik juga membantu sistem pencernaan kerana mengandungi enzim yang penting untuk mencerna protein, lemak, dan kanji. Tambahan pula, serat buah ini membantu dalam penstrukturan semula saluran pencernaan. Buah betik kering juga bersifat alkali, dan inilah salah satu sebab ianya sering dimakan untuk menenangkan perut yang terganggu.

 

 

 

 

 

 6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

 

Digemari oleh kebanyakan golongan vegetarian kerana potensi protein mereka, kacang kuda adalah sumber serat yang hebat. Ianya kaya dengan sumber protein yang baik dan tidak mempunyai kalori yang tinggi atau lemak tepu seperti yang terdapat dalam sumber protein yang lain. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi, kalium, vitamin C, dan vitamin B-6 menyokong kesihatan jantung serta membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian membuktikan bahawa pegambilan  4069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko kematian sebanyak 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1000 mg sehari).

 

 

 

 6 Super Food Power Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah!

 

Walaupun kecil, kacang pistachio adalah sangat berkhasiat. Kekacang kecil ini mengandungi protein, serat dan banyak vitamin dan mineral. Menambah pistachio dalam pelan pemakanan juga boleh memberi manfaat kepada hati anda. Kacang pistachio adalah sumber protein tumbuhan yang sangat tinggi, menyediakan jumlah asid amino yang mencukupi dan seimbang. Selain itu, ianya juga sangat kaya dengan phytosterols, yang secara langsung dikaitkan dengan menurunkan tahap kolesterol, dan boleh menawarkan perlindungan daripada beberapa jenis kanser. Kacang pistachio yang lazat ini telah lama dilihat sebagai simbol kesejahteraan dan kesihatan sejak zaman purba. Jom, kita mulakan hidup sihat dengan menjamah kacang penuh khasiat ini?

 

 

Kacang pistachio

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI