Gambar atau visual individu berwajah kacak dan cantik mampu meransang otak dan kesihatan mental.
Penemuan ini menunjukkan bahawa ‘cuci mata’ dengan visual wanita cantik boleh memberikan manfaat yang positif terhadap kesihatan mental lelaki, sekaligus membuka perspektif baru dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi.
DILRABA DILMURAT pernah dinobat Wanita Tercantik Di Asia
Lihat Gambar LELAKI KACAK, WANITA CANTIK Bagus Untuk Otak
Penyelidikan menunjukkan bahawa melihat wajah yang kacak dan cantik boleh membuatkan orang lebih bersemangat untuk bekerja keras dan mempunyai ingatan yang lebih baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology ini telah menjalankan dua eksperimen untuk menentukan kesan melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik terhadap otak.
Pelakon Drama Netflix ‘Bridgerton’ Dilabel Lelaki Terkacak Di Dunia Menurut Sains
Kajian Pertama
Dalam eksperimen pertama, penyelidik dari East Carolina University telah mengkaji seramai 58 pelajar. Separuh daripada peserta diminta melihat wajah individu yang kurang menarik selama tujuh saat. Manakala separuh lagi diminta melihat wajah kacak dan cantik dari jantina yang berlainan juga selama tujuh saat.
Peserta kemudian diberi bahan bacaan cerita dan kebolehan mereka diuji melalui ujian ingatan untuk mengukur fungsi otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta yang melihat wajah yang menarik dapat mengingati lebih banyak butiran berbanding peserta yang melihat wajah biasa.
Ads
Secara khusus, kajian ini mendapati bahawa lelaki lebih banyak dipengaruhi oleh wajah yang cantik berbanding wanita. Lelaki cenderung mengingati lebih banyak butiran mengenai wanita cantik tersebut atau perkara lain yang berkaitan.
Kajian Kedua
Dalam eksperimen kedua, penyelidik menganalisis seramai 123 pelajar. Kaedah kajian adalah hampir sama seperti sebelumnya, namun kali ini pengkaji mengubah susunan kajian.
Kumpulan pertama bermula dengan melihat wajah yang menarik, mendengar cerita, melihat wajah biasa, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan kedua bermula dengan melihat wajah biasa, mendengar cerita, melihat wajah yang menarik, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan ketiga hanya melihat wajah biasa sebelum dan selepas mendengar cerita, kemudian mengambil ujian ingatan.
Ads
Hasil Dari Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik boleh mencetuskan keupayaan seseorang untuk menarik perhatian pasangannya serta meningkatkan fokus dan ingatan mereka.
Jisoo BLACKPINK Dipilih Wanita Tercantik Di Dunia 2022
“Memori adalah proses kognitif asas yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan hidup yang penting,” kata penyelidik yang dipetik oleh Medical Daily.
Ads
Sebaliknya, melihat wajah individu yang berwajah biasa tidak akan mencetuskan seseorang untuk bekerja lebih keras. Penyelidikan mendapati bahawa melihat wajah lelaki kacak atau wanita cantik sebenarnya lebih bermanfaat untuk kesihatan otak!
Kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid semalam merupakan satu lagi episod hitam terutamanya dalam arena bola sepak negara. Lebih menakutkan pelaku sasarkan ke muka!
Selepas minggu lalu, Akhyar Rashid disamun dan dicederakan ini merupakan satu kejadian yang lebih mengerikan.
Difahamkan kejadian menimpa pemain licik pasukan kebangsaan dan Selangor tersebut berlaku ketika dia membawa keluarganya membeli-belah di Damansara.
Menurut laporan Faisal Halim diserang oleh dua individu yang menaiki motosikal. Pemeriksaan pihak polis mendapati motosikal tersebut merupakan motosikal curi.
Lebih mengerikan lagi, pelaku sebenarnya sasarkan ke bahagian muka Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey.
Memetik sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya.
Namun begitu, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.
“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.
“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.
“Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri,” kata sumber itu.
Terdahulu Arena Metro melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.
Khamis lalu, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun dan didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.
Namun begitu, insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan yang berlaku dalam jarak masa yang dekat dipercayai tiada hubung kait.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut menyatakan kekesalan dan rasa terkejutnya dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim
Jelasnya, Faisal mengalami kecederaan pada tangan kiri dan badan sebelah kiri susulan kejadian tersebut dan berharap agar Faisal bertabah dengan dugaan tersebut.
“Keadaan dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak baik tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang tercedera.
“Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang. Ia agar dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Faisal di hospital semalam.
“Setelah berbincang tadi dengan (Datuk Seri) Shahril, kita berharap rawatan secepat mungkin diambil (jika perlu pembedahan).
“Pembedahan secepat mungkin perlu diambil Faisal dan kita akan memastikan doktor terbaik merawat Faisal,” jelasnya selepas melawat Faisal Halim.
Difahamkan Faisal Halim kini menerima rawatan di sebuah hospital di Shah Alam selepas pada awalnya dirawat di salah sebuah hospital di Damansara.
Semoga Mickey cepat sembuh dan pelaku dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. Get well soon!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Harian Metro & Astro Arena
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda memiliki masalah dengan perut buncit dan berlemak? Sebaiknya segera lakukan langkah-langkah yang tepat untuk mengecilkannya. Kerana perut buncit ternyata sangat merbahaya untuk kesihatan anda.
1. Risiko Penyakit Jantung
Banyaknya timbunan lemak pada area perut dan pinggang dapat memicu penyakit jantung atas pembekuan lemak yang masuk ke dalam aliran darah.
2. Diabetes
Kadar glukosa dalam darah meningkat dapat meningkatkan risiko diabetes. Lemak dalam perut juga telah dikaitkan dengan gangguan metabolisme yang merupakan alasan lain penyebab diabetes. Kenaikan berat badan sebesar 5 – 10 kg dari berat badan yang sihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap diabetes tipe 2 sebesar dua kali lipat daripada orang yang tidak mengalami kelebihan berat badan.
3. Kolesterol
Lemak perut secara langsung terkait dengan kolesterol tinggi total dan LDL (kolesterol jahat), penurunan HDL (kolesterol baik), dan resistensi insulin.
4. Stroke
Aterosklerosis atau penyempitan pembuluh darah yang menyebabkan pembekuan darah adalah kondisi yang menjadi punca utama stroke. Aterosklerosis dipicu oleh tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan kurang bersenam. Sehingga kegemukan dan perut buncit dianggap sebagai faktor risiko sekunder yang mampu mengakibatkan stroke.
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.